Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 10, 2011

KISAH BIRAS AKU & POLYPS

Semalam biras aku sms aku, katanya dia kena masuk wad di PUSRAWI
Al-kisahnya, sepatutnya semalam dia pegi check-up kat sana sebab dia tumpah darah yang banyak. [biras aku ni tak mengandung pun]
Bila lepas doktor cek, memang kena tahan sebab kena buat D&C

Al-kisahnya, biras aku ni sejak setahun dua ni dia mengalami period yang tak teratur
Dah tu, bila sekali period, mesti darah keluar banyak macam orang keguguran tu
Kiranya boleh kata everytime dia period, dia memang boleh pitam sampai nak pengsan.

Pertama kali kena tumpah darah tu dia ingat biasa je.. buat cek up kat klinik doktor just bagi ubat.Bila dia mengadu kat laki dia kata dia pitam la, tak larat la, laki pulak kata mengada². Tapi bila dah berlarutan, pi cek kat PUSRAWI 
Risau la jugak kan kot² la kanser ke, fibroid ke... tahu je la pompuan ni banyak beno penyakit dalamannya.. pastu baru la dapat tahu dia ada POLYPS
After diagnos ada polyps memang doktor suruh buat D&C  pastu buat operation untuk buang polyps tu. So every month memang kena pegi check up & bergantung pada bekalan ubat yang doktor bagi. Makan pun memang la kena pantang kan..

Aku ni sebenonya idak le tahu apa jadahnya polyps tu
Gigih pulak aku men'google' pasal menda ni
Menurut hasil gugel'an aku dari pelbagai website dapat disimpulkan cenggini:
Polyps ialah ketumbuhan bukan kanser yang bertangkai di dalam ruang rahim ataupun di bahagian pangkal rahim. Polyps boleh jadi satu sahaja atau tumbuh dengan banyak... yang kecil tidak akan memberikan sebarang masalah tetapi polyps boleh menyebabkan gangguan haid seperti banyak berdarah, haid tidak teratur, haid berpanjangan, cramp pada bahagian tundun, gangguan kencing jika polyps terlalu besar dan menolak pundi kencing dan juga kegagalan untuk mengandung. 


Ada banyak cara rawatan tapi yang paling berkesan adalah melalui pembedahan kecil untuk membuang polyps tersebut. Macam kes biras aku ni, polyps yang dulu dah buang sekarang tumbuh pulak polyps yang lain..

** Banyak info lagi pasal polyps ni korang leh cari sendiri la kat google. Aku pun just ambil tahu sikit² sebagai panduan. Ye la kan, menda ni pun kita tak tahu bila dia jadi.. Seeloknya lengkapi diri dengan pelbagai ilmu berkaitan kesihatan wanita.


** Yang hasben dia pulak kata, kalau susah² sangat buang je rahim tu sedangkan doktor pun tak advice camtu. Ada ke patut???




26 comments:

Misz-ella said...

Hrmmm .. perempuan sensitif bab-bab buang rahim ni. tak tau la napa. tp kan, KC ada 2, 3 org kwn yg dh buang rahim. Mereka kata, lebih bahagia dan selesa. Hihi.

Qhaifa Nur said...

betul tu banyak beno sakit dalaman yg kita sendiri tidak ketahui...mulalah saya takut sekarang ni...minta2 dijauhkan juga..

rasp said...

smoga ur fren tu cepat2 lah sembuh...
kita kena lebih peka dgn body kita nie kan....

mr icham said...
This comment has been removed by the author.
mr icham said...

sediakan perlindungan takaful...check up, rawatan, follow up, semua cover...tak payah keluar duit...he he he...boleh contact aku kalau nak penerangan lanjut...nak perlindungan penyakit khusus wanita pun boleh...yesza....

Rinna said...

Moga lepas operation nie biras Syani cepat sembuh tapi kalau dia penah buang folyps dulu mungkin akan berulang lagik tuh iye laa bila period benda tuh akan dtg balik.. mintak nasihat doktor.. Mungkin dia akan bagi advise yg lebih baik..

Kakzakie Purvit said...

Moga lepas ini beransur pulih. Tapi benar bila sel dah ada risiko utk tumbuh lagi memang ada. Namun jika spt kata suaminya buang terus rahim, ia akan jadi sama seperti wanita menopause. Risiko mendapat berbagai penyakit lain lebih besar...

Carilah yg terbaik.

|| NaFiRaa || said...

bahaya jugak penyakit nih.. terima kasih atas info yang sgt berguna nih..

geram plak bila baca part husband dia suruh buang jek rahim.. tak patut langsung!

KakD said...

issshh mintak dijauhkan la, takutt..

tu la kan perempuan ni banyak sangat pengorbanan yang kene tanggung kan kan.

hmmm bile dah bace pasal info ni memang nanti kene lebih prihatin la dengan diri sendiri.

SYANI said...

Kakchik,
Agaknya depa selesa sebab dah takde period ke?? Jimat duit pad kan..

SYANI said...

Qhaifa,
Semoga kita dijauhkan dari penyakit² macam ni.. AMIN!!!

SYANI said...

Rasp,
Kena sentiasa peka dengan perubahan diri. Always consult doctor sebab penyakit macam ni susah nak trace awal².

SYANI said...

Mr Icham...
Amboi sempat lagi promot takaful ko ek... Biras aku ni pun insurans dia yang tanggung..

SYANI said...

Rinna,
Mudah-mudahan cam tu la.. Sian jugak kat dia.

SYANI said...

KakZie,
Ye ke risiko dapat penyakit makin besar kalau buang rahim?? Saya baru tahu..

SYANI said...

Nafiraa,
Kadang nak marah jugak abang ipar saya tu tapi mungkin jugak dia fikirkan yang terbaik untuk wife dia.. wallahu'alam.

SYANI said...

Mappiau,
Memang takut memikirkan kemungkinan benda ni boleh jadi pada kita pulak. Ish.. mintak dijauhkan!

Yana Halim said...

akak pun ada cyst....dalam pemantauan kat Hospital Serdang.

dalila said...

takut la dengar benda2 pyakit pompuan ni... minta la dijauhkan...

♥MAMASYAZA♥ said...

kawan akak kat ofis pun penah kena camni. minta dijauhkan penyakit yg pelik2. tapi syukur dia dah ok sekrg ni

munna said...

takut juga dengar penyakit2 dlmn ni..moga dijauhi dari penyakit ni semua.. semoga biras syani..cepat sembuh

dEyda Mahamad Arsad said...

semoga biras awak cepat sembuh...
Info tdi berguna pada kaum wanita..
Mukin kita ta sedar perkara itu berlaku pda kite juga suatu hari..
Mencegah lebih baik dri mgubati..;)

Unknown said...

Tq bgi info adik. Semoga cepat sembuh biras ya. Skg ni akk pula, ada polip darah lebih dr biasa. Kak tkut nk. Pi cek. Ank nk ambil. Spm x, lama lagi..

Intansofea said...

Sy bru cek klinik private mmg nangis dktor kta sy de polip.btul darah tu selalu kuar dlam kuantiti sikit²..x sakit dafah kuar tp ht kita rsau sgt²...kata dktor kena buang sbb klu bersama suami akn kuar darah...ia mmg x berbahaya..tpi kits still takut mcm² main dlm fikiran ni.sy masih di KPJ mnggu dktr ke2...doakan urusan sua di permudahkn🤲😢

Intansofea said...
This comment has been removed by the author.
Intansofea said...

Alhamdulillah sy dh buang polip tu hr yg sama juga...tiada bius ye..tdak la sakit smpai x blh tanggung...proses 15-20minit...doktor ambil sampel polip untk hntr ke mammal...syukur sgt²selesai buang polip..doktor beri sya 2jnis antibiotic dn ubat tahan sakit...boleh whtup/call untk bertanya prose buang polip..0174795373..sy akn share pngalam n apa yg perlu kita buat..