Semalam biras aku sms aku, katanya dia kena masuk wad di PUSRAWI
Al-kisahnya, sepatutnya semalam dia pegi check-up kat sana sebab dia tumpah darah yang banyak. [biras aku ni tak mengandung pun]
Bila lepas doktor cek, memang kena tahan sebab kena buat D&C
Al-kisahnya, biras aku ni sejak setahun dua ni dia mengalami period yang tak teratur
Dah tu, bila sekali period, mesti darah keluar banyak macam orang keguguran tu
Kiranya boleh kata everytime dia period, dia memang boleh pitam sampai nak pengsan.
Pertama kali kena tumpah darah tu dia ingat biasa je.. buat cek up kat klinik doktor just bagi ubat.Bila dia mengadu kat laki dia kata dia pitam la, tak larat la, laki pulak kata mengada². Tapi bila dah berlarutan, pi cek kat PUSRAWI
Risau la jugak kan kot² la kanser ke, fibroid ke... tahu je la pompuan ni banyak beno penyakit dalamannya.. pastu baru la dapat tahu dia ada POLYPS
After diagnos ada polyps memang doktor suruh buat D&C pastu buat operation untuk buang polyps tu. So every month memang kena pegi check up & bergantung pada bekalan ubat yang doktor bagi. Makan pun memang la kena pantang kan..
Aku ni sebenonya idak le tahu apa jadahnya polyps tu
Gigih pulak aku men'google' pasal menda ni
Menurut hasil gugel'an aku dari pelbagai website dapat disimpulkan cenggini:
Polyps ialah ketumbuhan bukan kanser yang bertangkai di dalam ruang rahim ataupun di bahagian pangkal rahim. Polyps boleh jadi satu sahaja atau tumbuh dengan banyak... yang kecil tidak akan memberikan sebarang masalah tetapi polyps boleh menyebabkan gangguan haid seperti banyak berdarah, haid tidak teratur, haid berpanjangan, cramp pada bahagian tundun, gangguan kencing jika polyps terlalu besar dan menolak pundi kencing dan juga kegagalan untuk mengandung.
Ada banyak cara rawatan tapi yang paling berkesan adalah melalui pembedahan kecil untuk membuang polyps tersebut. Macam kes biras aku ni, polyps yang dulu dah buang sekarang tumbuh pulak polyps yang lain..
** Banyak info lagi pasal polyps ni korang leh cari sendiri la kat google. Aku pun just ambil tahu sikit² sebagai panduan. Ye la kan, menda ni pun kita tak tahu bila dia jadi.. Seeloknya lengkapi diri dengan pelbagai ilmu berkaitan kesihatan wanita.
** Yang hasben dia pulak kata, kalau susah² sangat buang je rahim tu sedangkan doktor pun tak advice camtu. Ada ke patut???
Hrmmm .. perempuan sensitif bab-bab buang rahim ni. tak tau la napa. tp kan, KC ada 2, 3 org kwn yg dh buang rahim. Mereka kata, lebih bahagia dan selesa. Hihi.
ReplyDeletebetul tu banyak beno sakit dalaman yg kita sendiri tidak ketahui...mulalah saya takut sekarang ni...minta2 dijauhkan juga..
ReplyDeletesmoga ur fren tu cepat2 lah sembuh...
ReplyDeletekita kena lebih peka dgn body kita nie kan....
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesediakan perlindungan takaful...check up, rawatan, follow up, semua cover...tak payah keluar duit...he he he...boleh contact aku kalau nak penerangan lanjut...nak perlindungan penyakit khusus wanita pun boleh...yesza....
ReplyDeleteMoga lepas operation nie biras Syani cepat sembuh tapi kalau dia penah buang folyps dulu mungkin akan berulang lagik tuh iye laa bila period benda tuh akan dtg balik.. mintak nasihat doktor.. Mungkin dia akan bagi advise yg lebih baik..
ReplyDeleteMoga lepas ini beransur pulih. Tapi benar bila sel dah ada risiko utk tumbuh lagi memang ada. Namun jika spt kata suaminya buang terus rahim, ia akan jadi sama seperti wanita menopause. Risiko mendapat berbagai penyakit lain lebih besar...
ReplyDeleteCarilah yg terbaik.
bahaya jugak penyakit nih.. terima kasih atas info yang sgt berguna nih..
ReplyDeletegeram plak bila baca part husband dia suruh buang jek rahim.. tak patut langsung!
issshh mintak dijauhkan la, takutt..
ReplyDeletetu la kan perempuan ni banyak sangat pengorbanan yang kene tanggung kan kan.
hmmm bile dah bace pasal info ni memang nanti kene lebih prihatin la dengan diri sendiri.
Kakchik,
ReplyDeleteAgaknya depa selesa sebab dah takde period ke?? Jimat duit pad kan..
Qhaifa,
ReplyDeleteSemoga kita dijauhkan dari penyakit² macam ni.. AMIN!!!
Rasp,
ReplyDeleteKena sentiasa peka dengan perubahan diri. Always consult doctor sebab penyakit macam ni susah nak trace awal².
Mr Icham...
ReplyDeleteAmboi sempat lagi promot takaful ko ek... Biras aku ni pun insurans dia yang tanggung..
Rinna,
ReplyDeleteMudah-mudahan cam tu la.. Sian jugak kat dia.
KakZie,
ReplyDeleteYe ke risiko dapat penyakit makin besar kalau buang rahim?? Saya baru tahu..
Nafiraa,
ReplyDeleteKadang nak marah jugak abang ipar saya tu tapi mungkin jugak dia fikirkan yang terbaik untuk wife dia.. wallahu'alam.
Mappiau,
ReplyDeleteMemang takut memikirkan kemungkinan benda ni boleh jadi pada kita pulak. Ish.. mintak dijauhkan!
akak pun ada cyst....dalam pemantauan kat Hospital Serdang.
ReplyDeletetakut la dengar benda2 pyakit pompuan ni... minta la dijauhkan...
ReplyDeletekawan akak kat ofis pun penah kena camni. minta dijauhkan penyakit yg pelik2. tapi syukur dia dah ok sekrg ni
ReplyDeletetakut juga dengar penyakit2 dlmn ni..moga dijauhi dari penyakit ni semua.. semoga biras syani..cepat sembuh
ReplyDeletesemoga biras awak cepat sembuh...
ReplyDeleteInfo tdi berguna pada kaum wanita..
Mukin kita ta sedar perkara itu berlaku pda kite juga suatu hari..
Mencegah lebih baik dri mgubati..;)
Tq bgi info adik. Semoga cepat sembuh biras ya. Skg ni akk pula, ada polip darah lebih dr biasa. Kak tkut nk. Pi cek. Ank nk ambil. Spm x, lama lagi..
ReplyDeleteSy bru cek klinik private mmg nangis dktor kta sy de polip.btul darah tu selalu kuar dlam kuantiti sikit²..x sakit dafah kuar tp ht kita rsau sgt²...kata dktor kena buang sbb klu bersama suami akn kuar darah...ia mmg x berbahaya..tpi kits still takut mcm² main dlm fikiran ni.sy masih di KPJ mnggu dktr ke2...doakan urusan sua di permudahkn🤲😢
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAlhamdulillah sy dh buang polip tu hr yg sama juga...tiada bius ye..tdak la sakit smpai x blh tanggung...proses 15-20minit...doktor ambil sampel polip untk hntr ke mammal...syukur sgt²selesai buang polip..doktor beri sya 2jnis antibiotic dn ubat tahan sakit...boleh whtup/call untk bertanya prose buang polip..0174795373..sy akn share pngalam n apa yg perlu kita buat..
ReplyDelete