Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 24, 2010

Kali Kedua Ke Tesco Rawang

First time pegi beli tepon aku.. 2nd time pegi nak beli tepon cik abang pulak. This time kitaorang pegi malam lepas maghrib. Habis angkut semua yang ade kat rumah masa tu..(kebetulan mak & adik2 aku datang rumah aku so ajak la depa ikut sekali).



Masa laki aku ngan adik lelaki aku pegi beli tepon, aku, anak2, mak & adik bongsu aku gi merayap ke tingkat atas. Last2 singgah le kat Aussino. Mak aku pun menghabiskan duit kat situ sebab belikan cadar baru untuk adik yang akan masuk UTM minggu depan. Cantik2 cadar kat sana wei... tapi harganya boleh tahan jugak mahalnya. Itu pun mak aku beli yang offer RM29.90 jer...

 -makcik sorang ni gile ambik gambo sendiri... pantang jumpa cermin besar mesti mau tangkap gambo dia-

Lepas shopping kitaorang nak balik. Tapi before balik baik la gi makan dulu kan. Singgah le kat Medan Selera.. Tempat agak cozy & spacious (maybe sebab takde orang kot). Warna2 kerusi meja pun memang attractive di samping kebersihan yang memang wajar dipuji (tak macam food court carrefour wangsa maju). Duk lepak2, makan2 & en somi duk belajar tepon baru dengan adik lelaki aku..Pukul 11 baru gerak balik. Puas hati aku dapat tawaf TESCO...tah bila tahun lagi nak pegi pulak ye dak???

 -insan2 yang kebuluran kat medan selera-

-ini le makanan yang menjadi santapan-

**MR, hang kata nasi ayam TESCO yang sedap tu kat mana???

Entry Tanpa Motif... Nak tunjuk jer..

Dah beli tepon baru ofkos la test sana sini function2 yang ade kan. Yang penting untuk aku haruslah kameranya... (itu la purpose aku beli tepon ni pun).  Nak kata canggih sangat tu idak le, sekadar cukup untuk memuaskan hati aku jer.. Still dalam mood belajar tentang selok belok sony ericsson ni..

gambar testing awal2 masa beli dulu.. masa ni tak reti pilih setting lagi..

*** Buat masa sekarang, amat berpuas hati dengan henpon ni. Sangat gumbira sehingga en somi bagi peringatan , "Jangan lak pegi pos henpon ni dekat kastemer lagi udah ler.."!   (-__-)"

Pernah Dengar Tak Tentang Ridaf Yani???

Korang pernah dengar tak tentang produk ni??? Hari tu aku gi pasar dengan en somi. Tetiba ade satu orang tu beria2 promot dekat laki aku pasal produk ni. Yang aku dah cabut dulu2 dah.. kang tak pasal2 terjebak lak. Bila aku toleh belakang rupanya en somi tak terselamat.. Lama lak tu aku kena tunggu dia kena lecture dengan budak tu.

Dah agak lama tu bila laki aku sampai dengan beg plastik di tangan, dah sah2 terjebak dengan budak tu. Pandai sungguh budak tu perdaya laki aku. Melayang la RM50 untuk 6 botol.. Ekceli satu kotak ade 3 botol. 1 botol RM15 so sekotak RM45. Bodek punya bodek dapat le 2 kotak for RM50. Ni le menatang Ridaf Yani ni.


Bila sampai rumah, aku pun belek2 hasil pemborosan laki aku tuh. Baca la pamplet sekeping yang dia kasi & aku buat conclusion benda ni sama dengan produk Dempo Snow [kalau korang pegi TESCO, GIANT, CARREFOUR belambak2 mamat indon/bangla dok promot benda ni] Akupun pernah terpedaya gak dengan Dempo Snow tu tapi aku tengok takde perubahan pun last2 aku buat sapu kat parut2 kaki anak2 aku. Kalau korang nak tau perasaan pakai krim ni semua macam pakai krim Hazeline Snow dulu2 tu. Buh dalam peti ais pastu sejuk2 tepek kat muka... nyaman gitu!

 -search kat google je gambo nih-

This time aku tak nak try la. Bior la cik somi sorang yang pakai.. Kalau muka dia cun, alhamdulillah... Sedap sikit mata mendang (nak macam Mark Dacascos tak dapat... dapat sipi2 pun jadi ler..) Kalau sebaliknya pun alhamdulillah jugak (takde la minah endon cam Kiptiyah si MR datang mengorat..hehehe). Kalau aku yang  pakai tetiba naik jerawat lak alamatnya sengsara lagi la aku.. Dah le nak menghilangkan jerawat sedia ada pun punya la payah, tak nak la buat koleksi lagi... Bertahan dengan apa yang ade udah le...

Tuesday, June 22, 2010

Gelak Kejap : Part 1



MENJERIT BERSAMA

Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai. Tiba2 salah seorang dari mereka terjatuh ke dalam sungai sedangkan mereka semua tidak tahu berenang. Lalu salah seorang dari budak2 itu menjerit ,"Tolong, Tolong". Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain, lalu salah seorang bdak lain berkata, "Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit bersama." 'Ya.. idea yang sanagta bagus," jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua menjerit," Bersama! Bersama!."



BAYI JEPUN

Herman: Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kurusu bahasa jepun. Kenapa?

Jamri : Kami barau sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami...Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap bahasa Jepun dengan kami.

Herman: ?????



MENU RESTORAN ITALI

Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum  pernah masuk sebelum ini, tapi demi mengambil hati teman wanitanya dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu. Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan, si lelaki mengambil menu. Kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali, dia memilih sembarangan... "Waiter, bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang', kata lelaki tadi... "Maaf, encik", jawab waiter, "itu nama pemilik restoran ini!"


KULIAH

Seorang profesor sedang memberikan kuliah kepada 300 orang anak muridnya disebuah universiti. Kata profesor, "Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar bila-bila masa". Semasa kuliah berjalan selama 30 minit, sedikit demi sedikit penuntut di kuliah tersebut keluar sehingga hanya tinggal seorang sahaja. Setelah profesor menghabiskan kuliahnya, profesor itu berkata, "Terima kasih kerana sudi mendengar kuliah saya." "Tidak mengapa tuan, sayakan driver tuan", balas orang itu.

Bila Bini Ada Laki Pun Nak Jugak

Last week kan dah citer yang aku beli tepon baru. Erm, disebabkan itu.. encik somi pun mana boleh kalah ye dak??? Last wiken hubby dapat duit kutu + duit hasil jualan tepon lama so dia pun plan nak beli tepon baru jugak. Masa time aku beli tepon itu hari duit kutu tak dapat lagi so pospon le hajat tu.

Finally, Sabtu lepas after menjelajah ke merata Batang Kali, tapi tak jumpa yang berkenan (kalau berkenan pun nak kena tunggu stok la pulak). Last2 pi singgah Tesco Rawang.. Lepas jalan2 akhirnya singgah ke kiosk yang aku beli tepon dulu. Kebetulan ade offer lak untuk hp yang dia suka tu. [Hasben aku ni pengguna NOKIA tegar.. orang pomot henpon lain pun dia tak nak jugak]. Dah le tu demandnya bukan main - nak WiFi la, GPS la, kamera la...bla..bla..bla... [walhal functionnya tak guna semua pun...bini dia je yang akan guna semua tu..heheheh.. untung ahkak!]

Dan inilah dia tepon yang telah dibeli dengan harga bawah RM800 & memenuhi semua kehendak2 napsu serakah laki aku & free 8GB memory card... [aku dulu pun nak jugak yang cenggitu tapi apa nak buat bajet aku kecik jer...]

 -picture credit to google... tapi exactly the same dengan en somi punya-


** Peh ni semua tepon kena letak tinggi2... Kalau tak habis la kena godam dengan budak2 dua ekor tu..

**Pengajaran setelah gambar2 gi kenduri kawin minggu lepas yang aku tangkap guna tepon aku kena delete dengan adib!!! Keciwa! Tinggal 2 keping jer..

Aku Sangat Sibuk Dan Sangat Buntu Untuk Menulis Blog Semenjak Dua Menjak Ni


 Tah kenapa semenjak dua menjak ni aku dilanda virus kemalasan & kebuntuan untuk menulis kat blog ni. Maklum la semenjak collection kompeni aku keje ni meningkat berganda2 sampai berjuta-juta  (acah mak labu!!) so memang mengambil masa untuk aku merekod sana sini, sampaikan  takde masa nak jenguk blog korang semua. Jangan kata blog korang, blog aku sendiri pun aku dah jarang bukak (blog aku ni sure dah jatuh terbenam dalam listing korang kan??? encik nuffnang usah citer la...)

Banyak story nak citer tapi disebabkan tepon baru aku ni takde usb cable cam nokia punya set so takleh la nak donlod gambo untuk letak kat blog. Asyik kena blutut je...PC opis lak tak leh nak blutut so kena peram je la gambo2 dalam tepon. Balik umah baru blutut... [maleh nak ngusung lappy gi opis la.. buat senget bahu aku].

Till then.. nanti la aku tulis kisah kembang kuncup aku di hujung minggu lepas.. chow!!