Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 12, 2010

Perbuatan Keji Yang Menimbulkan Amarah

Hanginnya aku dengan kucing2 kat rumah aku ni. Walaupun aku tak bela kucing tapi kucing2 tu suka benar masuk kat laman rumah aku. Tau la rumah aku ni lapang & penuh dengan rumput untuk korang berak.

Petang semalam elok je sampai kat pintu, aku dah tercium bau yang kurang menyenangkan. Aku ingatkan bau taik kucing yang aku citer entry lepas tu  tak hilang lagi. So aku diam je le tapi hanya ade satu bahagian je yang baunya kuat. Memula ingatkan pembawakan angin.

Lepas tu encik somi rajin lak nak menyiram tumbuh-tumbuhan kat luar tu. Pastu dia cakap ade kucing berak dalam pasu. Aku tanya pasu yang mana??  Katanya dalam pasu pokok keladi tu... [Pasu tu memang aku letak sebelah pintu]. Aku pegi jenguk dan... ini la dia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

nampak tak??? 2 longgok pulak tu.. tak tahu la kerje satu kucing ke 2 kucing... dah habis ke tanah lapang rumah aku ni sampaikan nak berak dalam pasu aku lak??? Bengang tul!!!!

Pasni tak tahu la pokok keladi aku tu boleh hidup ke tak??? Hampeh punya kucing!

Thursday, February 11, 2010

Perlukah aku beli aircond????

Semenjak dua menjak ni kan ke panas tahap gaban. Hangat pijor kata orang Perak. 
Bila time siang takde la panas sangat sebab ade angin. Tapi bila malam mula la bahang naik ke langit. Punya la panas sampai nak tido pun tak selesa. Ketiak pun naik basah jer...

Rumah aku lak rumah tepi habis haba2 diserap kat dinding. Walaupun ade slidimg door tapi tak banyak membantu sebab malam kan takde angin so takde efek sangat. Makin luas bukak pintu sliding makin teruja lak kucing2 nak singgah. Buatnya dia berak dalam rumah tak ke  haru??? Kes bau semalam pun tak hilang lagi ni..

-gambar google jer...-

Pikir punya pikir, en somi suggest pasang ekon kat rumah. Ala takat 1 hos power tu mana nak sejuk rumah aku... [demand tinggi nih].. Ye la kan, umah cik Besah pakai 1hp la tak berapa nak sejuk.. (lokasi di ruang tamu ye... bukan dalam bilik). So aku cakap kat dia paling kurang kena pakai 2hp. Kalau pakai 1hp kena letak dua bijik la kat hall aku tuh...Berapa ribu riban nak kena keluar pitih ni????

Baru nak berjimat cermat [bil letrik umah aku ni tak pernah cecah RM30 tau...] buatnya pasang ekon ni mau melambung berkali ganda.... Koyak poket mak wei.... Jadi haruskah aku meneruskan niat suci murni laki aku tu??? [Padahal dalam hati best jugak kalau umah ade ekon ni... sejuk jer...heheheh].

Uols ade ke cadangan membina untuk aku?? Perlu ke tak perlu beli?? Brand apa yang bagus?? [tingin nak beli yg inverter2 tu... tapi cam mahal jer].. Cemana korang berjimat guna aircond ni?? Apa2 aje la yang berkaitan aircond pun korang boleh report kat aku.. Mekacih!!!!

Lupa lak.. hall aku berukuran 15 x 25 (lebih kurang la).. Apa cadangan korang??? Nak kena beli 2 ke atau 1 tapi 2 @ 2.h hp???

Hanya perubahan kecil tapi efeknya besar

Apa yang kecil??? Apa yang besar????

Suspenda je aku ni... hahahaha

Dah namanya cuti yedak??? tentulah penuh dengan keboringan... Ulang rutin yang sama (tapi hari ni aku tak basuh baju- so segala berkenaan baju2 tak buat hari ni). 

Bila dah boring (nak blogwalk/chatting/YM & sewaktu dengannya pun malas), otak tu mula la pikir  macam2. Akhirnya sesuatu benda baru yang aku buat ialah ubah kedudukan meja makan.... (Hek eleh itu pun nak citer)

Dulu meja makan aku straight je kedudukannya dengan baris lantai. Tapi hari ni aku ejas sikit. Aku sengetkan sikit kedudukannya. Maknanya pusing 45 darjah dari kedudukan asal. (Kome paham ke maksud aku ni???)  So jadi le cenggini...

-dulu-

-sekarang-

Nampak tak beza??? Maybe kalau aku ambik gambar dari atas baru nampak difference kot.. Tapi takkan aku nak panjat dinding cam spiderman lak kan??? Very the impossible. Sapa yang tak paham, paham2 kan le...

Ruang akan ade dimensi yang berlainan. & view kita pun bila makan dah tak macam dulu. Nak2 sape yang duk kat sebelah tandas tu kini dah tak mengadap ke jamban la.... Satu lagi perubahan dalam rumah aku... Sila beri tepukan 30x...hehehehe

Yaya ada Mama pun nak jugak!!!

Ingatkan duk umah (MC & EL) 2 hari ni dapat le jimat duit belanja. Rupanya makin parah!!!!

Semalam Yaya nak buku Barbie (buku kaler2) & buku citer hantu (macam la reti baca). Dah belikan total habis RM14. (Ye la kan, kalau beli kat Yaya, Adib pun nak jugak tapi tak beli la buku Barbie. Kang dia "auw" kang aku gak yang susah. Belikan buku atomen [ultraman] je)

Hari ni balik sekolah Yaya nak beli selipar. Memula tu pujuk la tunggu balik Ipoh (nak beli kat Billion je), tapi dia nak time tu jugak. Last2 beli la kat kedai Ah So Raget. Bila Yaya beli selipar mama pun terjebak sama sebabnya selipar mama memang dah hazab ya amat. Total habis RM19.

ni la selipar ibu & anak...(Yaya tentulah kaler pink)

2 hari je dah dah habis RM33. Cemana ni??? Baru nak jimat terus rugi... Kalau mama cuti lagi sehari alamat habis la gaji mama bulan lepas. (Ni pun ade hutang bank tak bayo lagi nak oiiiii... Uwaaaaaaaaaa)

Sape la punya bau semerbak ni????

Dari pagi sampai ke petang satu rumah aku berbau semacam jer... Aku rasa macam familiar je bau tu sebab selalu sangat bau tu 'terbang' kat rumah aku. Bau apa la yang semerbak sangat ni?? 

Hantukah????   Pontianakkah???   Buniankah???   Setankah???  Sampah rumah orang belakangkah???

Jenuh mencari punca bau tu rupa-rupanya ada kat belakang dapur aku... Durjana punya kucing!!!!

-view from my kitchen window. Tu dia....-

Nampak tak??? Kalau tak nampak ni aku kasi zoom sikit lagi.
now ada nampak???? Kucing mana la punya  kerja ni.... tinggal taik merata2...


Punya kuat pekong baunya sampaikan aku yang hidung tersumbat ni pun boleh bau... Ni kucing tak educated la ni. Len kali berak la dalam longkang tu senang la orang nak jirus!!!!!

Kemalangan Ngeri Di Jalan Meranti

Tak pernah2 ade eksiden kat Jalan Meranti ni (umah aku le tu), tetiba terjadi satu eksiden ngeri  hari ni.
Bak ekspress (ke bas kilang ye sebab kaler biru) terbahagi di tengah, semua seat tercabut ke luar.. Dahsyat giler.....

Sape yang mengandung atau sakit jantung tak digalakkan untuk melihat...







Dahsyat tak?? Siap boleh tercabut tempat duduk ke bawah bas....


Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku.

Hehehe...sekian entry merapu untuk tengah malam ini...

Berita terkini!!! Bas tersebut telah selamat dihumban ke dalam tong sampah gara2 keganasan rejim makudib yang makin berleluasa & sebagai langkah2 keselamatan sejagat... Harap maklum!