Termasuk la aku ni (walaupun result anak aku tu so-so je kan)
Tah kenapa SBP & MRSM ni memang top la kalau kalau untuk lepasan UPSR & PT3 ni kan
Branding deme tu mengatasi sekolah2 yang lain
Lagi satu sekolah2 agama (SMAN/SMKA) pun ok juga
Tapi memandangkan Adib pun tak cenderung ke jurusan agama ni, so memang tak apply la mana2 sekolah agama pun
(Lagipun PSRA pun dia tak ambik😅😅)
Last year ramai budak2 yang result UPSR 2-3A dapat je MRSM/SBP so tahun ni aku pun menaruh harapan juga la kot2 Adib tersangkut kat salah satu sekolah ni. Orang lain mohon, kita pun mohon la jugak kan.. Mana la tau ada rezeki si Adib. Di samping tu, aku ni tetap berdoa Adib ditempatkan di sekolah yang terbaik untuk dia. Dan kalau dua2 pun tak dapat aku doa Allah jadikan aku ni berlapang dada saja dengan keputusan tu. Terpaksa la Adib sekolah di sekolah harian biasa je.
Bulan 12 haritu result untuk sekolah2 yang dipohon dah keluar
Cek online je pun
dimulakan dengan MRSM
Well.. takde rezeki
Tak layak langsung (sampaikan butang rayuan pun takde ha)
Adib punya happy tak dapat sebab dia memang taknak
Mama frust juga sikit la kan
Takpe la... masih ada harapan untuk ke SBP
Hari result SBP nak keluar server pulak buat hal
Kata result keluar pukul 3 petang, sampai pukul 9 malam still tak boleh access
Tak lena tido mama ni (over nau kan)
Aku terjaga tengah malam terus capai henfon nak cek result
dan hasilnya...
Tak berjaya juga
Sedihnya aku rasa
sebab rasa anak aku ni memang tak layak kemana2 pun
kesian anak aku..huhuhuhu..
[sampai aku takleh tidur dah lepas tu]
Aku jadi frust la sebab apa yang aku harapkan tak kesampaian kan
Kadang terfikir ni sebab keinginan aku atau keinginan anak aku kan
So aku bangkit buat tahajud jap
Lepas zikir sikit, doa sikit (plus nangis sikit)
baru la hati aku lega
Aku tau Allah nak bagi Adib benda yang lagi best untuk dia
cumanya kami kena bersabar kan
Aku ni bukannya apa, berharap Adib dapat duduk asrama supaya dia lebih fokus pada pelajaran & lebih berdisiplin dan terkawal persekitarannya. Sebab selama ni dia memang kurang fokus, banyak dipengaruhi kawan2. Risau tau.. nak2 anak lelaki.
Esoknya aku bagitau Adib, yang SBP pun dia tak dapat
Dia relaks je sebab dia pun tak rasa nak sangat ke SBP tu
Mama je yang lebih2 kan... Adeh
Aku just tanya dia, mama ada buat rayuan, kalau dapat Adib nak pegi tak?
Dia kata taknak..huhuhu
Well, i rest my case.
Mana2 le Adib ye... janji ko sekolah😅
2 comments:
Assallam Syani,
Belajar mana2 pun sama Syani, anak akak sekolah biasa je, sekarang semua kat Universiti...IPTA pulak tu. Malahan masuk U pada masa yang sama dengan anak kawan yang belajar di MRSM, tak de beza masa pun. Yg penting sokongan kita untuk mendorong dia belajar. Dulu akak pun kecewa tapi dengan hasil sekarang, akak bersyukur dia ada dengan akak sampai habis SPM.
NZ, terima kasih kak... Ye pbetul.. kita yang kena support anak2. Semoga dipermudahlan semuanya untuk anak2 kita ye kak
Post a Comment