Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 31, 2019

BADAL HAJI

Salah satu benda yang kena buat selepas kematian seseorang ialah Badal Haji
Itupun kalau orang tu tak pernah buat Haji lagi la
Kalau dah pernah buat Haji tak perlu la nak buat badal haji lagi
sebabnya arwah dah tunaikan kewajipan tu
Dan seelok2nya badal haji ni dilakukan dengan menggunakan wang si mati tu sendiri (selepas ditolak hutang piutang dia). Lepas tu baru la selebihnya boleh difaraidkan kepada waris.

Arwah suami aku pun tak sempat buat haji semasa hidup
so jadi tanggungjawab aku untuk buatkan badal haji untuk dia

Ada banyak je company yang sediakan perkhidmatan badal haji ni
Ikut le kemahuan & kemampuan diri sendiri
Macam aku, pilih untuk buat dengan Tabung Haji
Memang la kosnya mahal sikit tapi aku lebih yakin dengan TH
sebabnya setahu aku TH akan interviu setiap orang yang nak jadi wakil untuk badal haji tu
Kalau syarikat2 lain aku tak pasti la... dan kenapa dia lebih murah dari TH (separuh kosnya dari TH).
Apapun terpulang la pada masing2 nak pilih yang mana.

2 tahun aku cuba untuk buat badal haji dengan TH tapi tak dapat
Untuk badal Haji ni memang kuotanya terhad, so memang kena berebut la
Tahun pertama aku buat, aku tak sempat nak pi rebut sebab dah terlepas tarikh untuk daftar badal haji
Aku ingatkan bila2 masa je boleh daftar badal haji
rupanya akan ada 1 tarikh & waktu yang ditetapkan (selalunya dibuat pada bulan Rejab).. Kena datang TH pada tarikh tu sahaja & daftar badal haji masa talian dibuka. Talian tu dibuka seluruh malaysia tau & akan tutup bila kuota habis. Camne nak tahu tarikh tu???? Masuk je bulan Rejab, cepat2 call TH tau. Tanya diaorang pasal badal haji.

Sebab dah tahu pasal benda tu, masa tahun kedua aku alert. Masuk je bulan Rejab, aku terus call TH untuk dapatkan tarikh untuk daftar badal Haji. Masa tarikh tu cepat2 la pergi cawangan tabung haji berdekatan sebab awal2 orang dah beratur tau. Aku datang haritu pukul 8 ingatkan dah awal, rupanya ada orang awal lagi.. barisan pun dah panjang. TH buka pukul 8.30 kan. Masuk2 terus ambil no giliran pastu tunggu la talian dibuka (dalam pukul 9). Masa ni ikut nasib la... bila2 masa kuota akan ditutup. Staf TH pun cepat2 je masukkan nama sebab nak book nama. Tak sampai 10 minit, pegawai tu dah announce kuota dah penuh.. Ya-Allah.... tak sempat juga la giliran aku... Masa tu aku punya giliran no 43 kot, tapi sempat sampai orang yang ke 40 je... Adoi.. takde rezeki kan. Agak frust jugak la tapi cuba bersabar.

MAKE SURE AKAUN TH KORANG ADA 3K TAU SEBAB DIAORANG AKAN TOLAK DUIT BADAL HAJI TU DARI SITU. CAJ BADAL HAJI KAT TH ADALAH RM 3RIBU YE. KALAU KORANG PUN DAH DAFTAR HAJI MAKE SURE KENA ADA BAKI RM1,300 DALAM TU JUGA (MAKNANYA KENA ADA MINIMUM RM4,300 LE DALAM AKAUN TABUNG HAJI KORANG TU)

Lepas tu pegawai tu kata kalau yang tak dapat, tapi nak terus daftar untuk kuota tahun akan datang pun boleh. Kiranya booking siap2 untuk next year pulak la. So aku pun malas nak tunggu beratur & berebut lagi so aku pilih daftar siap2. Tapi yang daftar siap2 ni dia takkan tolak duit RM3 ribu tu masa tu. Just booking nama je dulu. Nanti next year diaorang akan call untuk konfirmkan nak buat badal haji tu, masa tu baru duit akan ditolak dari akaun.

So tahun ni, sebelum TH buka pendaftaran badal haji, diaorang dah call aku dulu untuk datang cawangan TH- buat confirmation & bayaran untuk badal haji.
Dah settle tu, tunggu je la sampai habis musim haji, pastu pihak TH akan call untuk ambil sijil & cenderahati. (Selalunya dalam sebulan dua lepas habis musim haji la)

Alhamdulillah dah selesai buat badal haji untuk arwah suamiku
Kepada wakil TH yang buatkan badal haji bagi pihak suami aku, aku doakan beliau dikurniakan kesejahteraan, kebaikan & kehidupan yang berkat di dunia & akhirat. Selayaknya Allah sahaja yang mengganjari beliau. Terima kasih banyak2. TH bagi sijil & sejadah sebagai cenderahati
Semoga roh arwah sentiasa tenang disana










1 comment:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Selesai dah rukun Islam untuk arwah suami Aisyah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi..
Al fatihah..

Bertuah arwah suami Shah kerana mempunyai isteri yg solehah.. semoga kalian berdua bertemu Di jannah firdausi 😍💖