Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 17, 2019

WARNA WARNI RAYA

Warna warni la sangat kan..
Takdenya warna warni tara mana sebab semuanya biru belaka..hahahaha

Just nak share gambar2 di hari raya pertama kami di kampung
Tahun ni tak raya di Ipoh pun
Pulun beraya di kampung datuk aku ja di Pantai Remis, Perak.

Amira & Jasmin di awal2 hari
elok bertudungnya kan..hehehe
Tunggu dia buat hal japgi.. Tudung2 tu pun dah kemana😅



Ni anak dara adik aku Angah
Humairah namanya... memang suka bergaya
Siap ada handbag tau... Kalah mak long ni tau Aira!
Baju bling2 kalah mak datin
Kami panggil dia mami jarum..


Yang ni pulak anak2 dara adik aku - Acik
Alisya & Sofea..
Ada adik sorang lagi nama Heliza a.k.a Jija
Tapi Jija ada dengan mummy dia kat bawah rasanya.


Kanak2 riang di pagi raya
Ni baru sebahagian....


Aku- Adik bongsu (Ana)- Adib
Nampak besar sangat dah si Adib ni
Dah nak sama tinggi dengan aku dah ni.


Sepagi tu kami dok bergambar je la.. Sambil2 layan tetamu yang datang ke rumah. Berkecah di dapur pun pakai complete baju raya + tudung. Malas nak salin2 dah. Nasib la baju kaler gelap.. kotor pun tak nampak kan. 

Lepas Zohor kami pakat nak gi raya pulak
Lagipun rendang ketupat pun dah habis..Laris la pulak 😅
So kita tutup rumah dah.. Kami nak pi raya rumah orang lak.

Memula kami pergi rumah Tok Cik Siti. Tok Cik ni kiranya mak sedara mak aku la. Kat sana diaorang jamu laksa.. Ada la benda lain selain ketupat rendang nasi impit kuah kacang kan.. Tapi kami yang kemudian2 ni dapat makan sikit2 je la.. share sikit2 sorang sebab dah habis..huhuhu... Apapun dapat la jugak merasa semangkuk kecik share 4 orang.

Lepas rumah Tok Cik, kami pergi rumah Mak Teh Juriah. Mak Teh ni sepupu mak aku. Memang tiap2 kali raya kami  wajib pergi raya rumah dia.

Penuh rumah dia sekali rombongan kami sampai..
Ada la kot dalam 30 orang..
Rumah Mak Teh ni senang lapang, semua duduk atas lantai je.


Nampak tak si Adib tu.. Anti sosial tul.. Sibuk main game je kat henfon


Berminyak2 muka kitaorang.. Raya punya pasal kan




Yang menarik perhatian, budak ni la 
Siap keluarkan eyeshadow, tacap lak tu
Sofea... Sofea... Kecik2 dah bermekap2 ye 
Mak Long pun tak dan nak tacap2... tu yang berminyak2 muka  tu 😆😆



Sebelah rumah Mak Teh pun rumah sedara mak juga.. Tapi aku tak berapa kenal
Tapi sebab mak dah pegi situ, kami pun folo la
Kat sini dia buat konsep gerai je.. 
Pasang khemas je tepi rumah
Bagus juga idea ni kan... Takde la berkecah dalam rumah
Menu pun pelbagai kat sini 
Ada bihun sup, nasi impit, kuah kacang, kuih muih
Teh tarik pun ada... sedap la minum petang2 kan

Penuh meja dengan rombongan kami je



Inilah Jija.... Geram tengok budak ni..
Nanti next year raya make sure rambut dah banyak ye...hehehe



Tu baru raya belah siang
Sambung lagi raya belah malam pulak kat rumah Pak Lang aku
Rumahnya pun dekat2 je dengan rumah datuk aku tu


Jom serbu.....



Kami memang dah spare perut nak makan sini
Memang Pak Lang ajak adik beradik je datang
Menu utama Bihun Sup. Pastu ada la  dessert kek lapis & kek hati pari
Ha tu yang nak makan sangat2 tu...
Aku kan hantu kek... Semua tu menantu Mak Lang yang masak
Menantunya orang Sabah, bah.... memang rajin masak2 ni
Hai... untung la suaminya dapat isteri rajin masak.

Lepak2 lama juga la rumah Pak Lang tu.. Tak berapa kali ulang makan tah
Balik rumah kita pun apa lagi... terus panjat katil le.....
Esok la pulak kita sambung raya ye..








2 comments:

Warisan Petani said...

Salam raya
lawo membiru (termasuk khemah)

Eliss said...

meriah rayanya. kek hati pari tu menarik namanya.