Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 16, 2017

APA NAK BUAT SELEPAS KEMATIAN SUAMI / ISTERI?

Assalamualaikum.....
Tetiba teringat nak buat entry ni
Sebabnya waktu aku mengalami benda ni
Aku memang clueless
Tak tahu nak buat apa dulu
Cari kat google pun aku tak jumpa
[kot aku la tak reti search kot...hehehehe]

Aku taknak cerita pasal apa nak buat selepas pasangan korang tu meninggal
Maksudnya cara2 nak uruskan jenazah - post moterm, mandi, sembahyang sampai kebumi semua tu
Bab ni aku rasa ramai yang dah tulis
Boleh google untuk kepastian..
Cuma dalam kes masa arwah suami meninggal dulu
kebanyakkannya khairat kematian persatuan penduduk yang uruskan
Alhamdulillah dipermudahkan di situ



Yang aku nak cerita hal lepas2 tu
Apa nak buat dulu ye
Emosi takleh cerita la... tak tahu  nak cakap cemana, nak rasa cemana
Memang celaru
Nak nangis, nak menjerit, nak meraung semua ada at once
Tapi sebagai teraju keluarga terpaksa la kita kuat demi anak2.

Diingatkan ini adalah berdasarkan pengalaman aku
Mungkin tak sesuai untuk semua orang

1] Benda pertama nak buat - fotostat banyak2 IC si mati, IC korang, sijil kematian si mati, surat nikah korang, & surat beranak anak2 korang.[ini yang utama la].

 Selain tu buatlah beberapa copy bank statement korang @ buku akaun korang [ini untuk transfer baki duit arwah ke akaun korang], salinan S&P rumah /tanah, geran kereta/motor dan apa2 yang dirasakan perlu la. IC mak ayah si mati pun perlu ada kalau diaorang masih hidup la. 
Penting tau step ni sebab memang akan banyak guna untuk urusan2 selepas ni.



2] Senaraikan harta benda si mati -  maksudnya segala2 benda & aset yang ada nama si mati

Contohnya : KWSP, akaun bank, simpanan,  ASB, unit trust, Tabung Haji,  rumah, kereta, tanah, motor, insurans, takaful. 
Sepatutnya benda2 pasangan patut tahu reta benda pasangan, tak payah tunggu mati, tapi tu la ada je yang rahsiakan dari pasangan.. Kalau tak tahu, just listkan mana yang tahu dulu. Nanti2 boleh add lagi.



3] Senaraikan hutang2 si mati - WAJIB tau!

Tak kira la hutang dengan orang ke, hutang dengan bank ke - loan rumah, loan kereta, personal loan, kredit kad, hutang AEON ke, income tax ke - listkan je semua yang tahu dulu. Kalau hutang dengan orang tu kita mampu bayarkan, kita bayarkan je la dulu.. Kalau arwah ni ada hutang dengan isteri & anak2 pun masukkan juga. Kalau ada nafkah yang arwah hutang pun boleh masukkan juga ye.  Tapi kalau nak halalkan nafkah yang tak lunas lagi tu, lagi la baik kan.



4] Next step - pergi la ke KWSP [EPF] & PERKESO [SOCSO]

Walaupun masa pasangan korang tu meninggal, dia tak bekerja a.k.a surirumah
ataupun berniaga sendiri & dah lama tak buat caruman KWSP & SOCSO
Tapi manalah tahu masa muda2 dulu, masa awal2 dia lepas habis sekolah, dia pernah kerja dan majikan pernah carumkan KWSP & SOCSO kan
Melainkan korang 100% yakin yang pasangan korang tu memang tak pernah ada caruman KWSP & SOCSO so boleh la skip step ni
Kalau tak sure, pergi je cek kat KWSP & SOCSO. 
Just bagi no IC si mati & diaorang akan cekkan [boleh buat di mana2 cawangan pun ye]

Kalau si mati ada duit dalam EPF, so waris boleh keluarkan la semua yang ada [bergantung pada penama yang ada]
Make sure korang bawa salinan IC, sijil mati, surat nikah, surat beranak dsb yang korang dah fotostat banyak2 tadi. Senang kalau dia minta, semua kita dah ada kan.
Masa stage ni, memang korang asyik usung file yang ada dokumen2 ni je.. Dah jadi cam orang nak cari keje pulak.. usung2 file... bukan apa, senang nak berurusan bila semua lengkap kan.

Proses serahan dokumen kat KWSP ni cepat je kalau semua lengkap. Dan dalam masa 2 minggu dah boleh dapat dah duit. KWSP akan transfer dalam akaun orang yang tuntut tu la.. [ tu sebab fotostat bank statement @ buku bank tu]
Perlu diingatkan orang yang tuntut tu @ penama  hanyalah sebagai pemegang amanah sahaja ye... bukan hak mutlak dia... Kiranya dia WAJIB agihkan duit2 tu ikut hukum faraid kepada waris2 simati yang berhak. Kalau tak buat berjawab la dia kat padang mahsyar nanti.. [ ni untuk yang beragama Islam je le]

EPF pun akan bagi duit khairat kematian tau.. RM2,500.

Di SOCSO pun buat benda yang sama. Cumanya ada borang kena isi. Lepas tu kena dapatkan pengesahan pegawai bank pulak untuk akaun kita. SOCSO pun akan buat pembayaran terus ke akaun orang yang tuntut.

Lepas isi borang, ada pegawai akan interview kita. Apa dia tanya jawab je la. Dia akan taip pastu dia suruh kita semak betul ke tidak apa yang dia taip tu. Ala2 macam buat laporan polis pulak..hehehehe. Kalau orang tak ramai, sekejap je urusan di SOCSO ni. SOCSO pun ada bagi bantuan khairat kematian tau.. RM1,500 kalau tak silap. Selalunya untuk pembayaran pertama & duit khairat ni diaorang akan pos cek ke rumah. So make sure buat alamat yang betul la ye.. Kang tak sampai pulak cek tu kat korang. Selalunya dalam seminggu dua lepas submit tuntutan, dah boleh dapat cek.

Untuk pembayaran seterusnya, diaorang akn terus masukkan dalam akaun. Diaorang akan pos statement tentang agihan duit ni pada orang2 yang layak - pasangan & anak2  contohnya. So korang WAJIB la agihkan duit tu ikut bahagian masing2 ye...Tetiap bulan kena buat ye sebab duit SOCSO ni dia bank in setiap bulan selagi layak terima. SOCSO ni konsepnya macam pencen la.. Kalau kes kematian cam aku ni, namanya PENCEN PENAKAT.

Kalau nak lagi mudah, mintak tolong je dulu orang ambilkan borang tuntutan di EPF & SOCSO ni. Lengkapkan di rumah pastu dah siap isi lengkap semua baru la pergi ke EPF/SOCSO ni untuk serahan. Idak le berulang 2-3 kali ke situ kan. 


5] Hubungi Agen Insuran/Takaful

Kalau si mati ada insurans/takaful sila la hubungi agen tu untuk buat claim. Senang melalui agen ni sebab semua dia yang akan uruskan. Tapi kalau sendiri nak pergi ke pejabat insurans/takaful ni boleh je... Ada borang kena isi & dokumen2 yang perlu disertakan. Tanpa ejen ni letih sikit la sebab kena turun naik pejabat



6] Bayarkan zakat/fidyah si mati

Macam aku haritu terus ke pejabat zakat.. senang nak tanya kan. Kalau ada zakat yang kena bayar, kita bayarkan la untuk arwah ni. Pastu kalau ada fidyah, pun boleh bayar terus. Kot2 la pasangan ada tinggal puasa, tak ganti lagi so kena la bayar fidyah kan. Seeloknya bayar ni guna duit arwah, tapi kalau nak bayarkan guna duit sendiri pun tak jadi hal.


7] Pergi tutup akaun si mati - simpanan & pinjaman [bank/ASB/ Tabung Haji/ loan/ unit trust]

Yang ni banyak kalau banyak bank, kena pergi la ke setiap bank yang berkaitan. Jenuh sikit la kan. 
Pergi je bank2 yang berkenaan - mana2 cawangan pun boleh dan jumpa pegawai tu & cakap nak tutup akaun arwah. Ada la dokumen2 yang diaorang nak. Kan dah fotostat banyak2 tadi.. sertakan je apa yang dia minta tu. Tapi nak bagitahu bukan semua boleh settle hari tu juga. Ada juga yang perlukan surat kuasa.. bergantung pada amaun. Surat kuasa nak dapat kat mana??? Tu proses yang lama sangat tau...nanti aku buat entry khas pasal surat kuasa.

Oh ye, masa kat bank tu jangan lupa minta latest baki akaun yang ada.. especially untuk akaun pinjaman. Minta diaorang printkan untuk kegunaan korang mohon surat kuasa nanti. Semua baki2 duit tu perlu ada statement ye, sebab duit2 tu nanti kena faraid tau sebab dah jadi harta pusaka si mati.. Jangan ingat nak joli pulak.

Ate kalau semua kena faraid, nak belanja cemana???? Ok aku faham... bukan semua duit yang ada tu kena faraid. Yang kena faraid hanyalah harta pusaka si mati. So duit2 khairat kematian tu, boleh la belanja untuk kegunaan harian & bayar hutang si mati. Duit2 derma orang bagi tu pun boleh je belanja. Contoh yang kena faraid ialah - duit2 simpanan, epf, insurans/takaful yang tak dihibahkan, asb, saham, rumah, tanah....yang dimiliki oleh si mati..Pham ke idak???

Oh ye.. dah alang2 ke bank yang ejen ASB @ pergi ke PNB, jangan lupa tuntut duit KHAIRAT KEMATIAN ASNB  juga tau kalau si mati ada akaun dengan PNB  seperti  ASB, ASN, ASW, ASD dll. 
Cara2nya korang boleh baca entry aku yang terdahulu [banyak orang tak tahu ni]
BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN ASNB


So ini antara benda2 yang perlu dibuat terlebih dahulu selepas kematian pasangan kita. Memang susah tapi demi menguruskan kehidupan kita & urusan arwah yang telah pergi agar dia aman di sana, kita perlu buat juga.

Aku harap ini sedikit sebanyak dapat membantu insan2 yang mengalami nasib yang sama seperti aku. Walaupun tak details aku cerita tapi at least boleh bagi pencerahan. Bukan nak tunjuk pandai tapi dari pengalaman yang ada aku kongsikan dengan korang. At least idak le buntu sangat nanti. Tapi kalau aku ada silap tulis sudi2kan la tegur aku.

Next entry aku cerita pasal surat kuasa pulak. Kat mana nak mohon & prosesnya..





5 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum

Terima kasih share info yang sangat bermanfaat ini. Semoga kehidupan Puan sentiasa diberkati dan permudahkan Allah.

Unknown said...

Alhamdulillah..boleh follow entry ni..terima terimkasih

Syakeedo said...

Alhamdulillah menarim entry ni. Sebagai panduan saya.

endless love said...

Thanks for sharing.. Tgh dok google2 camne nak uruskan ni smua sbb sy anak sulung.. Adik llaki pon masih blajar lg..

Unknown said...

Tq share