Bukan melibatkan arwah suami aku
Tapi berkenaan arwah abah aku
Kalau tak sebab2 tertentu, dah tentu takkan jejak kaki kat Mahkamah Syariah ni..
SULH ni sebenarnya ala2 perbincangan damai la tentang macam2 perkara. Mostly kalau kat mahkamah syariah ni pasal tuntutan harta sepencarian, nafkah, mutaah, hak penjagaan anak - mostly yang berkaitan undang2 kekeluargaan islam la. Kalau semua sepakat so kira settle la... tapi kalau ada yang berbantah2 tu baru masuk bicara [yang masuk dalam kandang saksi & ada yang arif tu..].
So proses sulh ni hanya akan dihadiri pihak yang menuntut [PLAINTIF] , pihak yang dituntut [DEFENDAN] & pegawai sulh je.
Kiranya dalam kes mak aku ni:
- PLAINTIF - MAK
- DEFENDAN - Disebabkan abah dah meninggal so jatuh kepada pewaris harta abah iaitu semua anak2 abah & isteri mudanya.
Plaintif vs Defendants
Semua single & available gittew hahahaha.....
Mak dah bagitau semua anak2 kena attend
tarikh pun dah tau siap2.. so kena la kami apply cuti
Mak aku buat permohonan tentang HIBAH & HARTA SEPENCARIAN
So kami yang waris abah ni [termasuk mak tiri & anak2nya] kena la hadir. Tapi sebab anak2 mak tiri aku tu di bawah umur, so tak datang le..
Memandangkan hibah ni takde buat bentuk bertulis
Tu yang mak aku mohon untuk buat tuntutan hibah
Harta yang nak dihibahkan tu pun hanyalah rumah sebuah yang mak aku duduk sekarang ni
Mak aku buat tuntutan harta sepencarian sekali in case kalau tuntutan hibah tu tak lulus.
Proses sulh ni kejap je sebenarnya kalau semua pihak setuju
Pegawai sulh ni akan tanya sorang2 la setuju atau tidak
Macam kes mak aku ni memang kami jadi saksi pasal hibah tu
dan mak tiri aku pun akui abah ada cakap pasal rumah kami tu abah nak hibahkan pada mak
So kiranya mak tiri aku ni idak le nak buat apa2 tuntutan atas rumah tu..
Ekceli proses menunggu tu yang lama
Ikutkan surat turn kami pukul 9 pagi tapi pegawai sulh pun datang kul 9.30 pagi.. ate cemana kan..
Pastu ambik attendance bagai...
gedebuk gedebak pukul 10++ juga le baru turn kami
Memandangkan kes hibah tu lulus, so mak aku tak proceed la kes harta sepencarian tu
Udah kena pi jumpa pendaftar untuk tutup file pulak
Rugi je bayar masa nak buat permohonan tu...hahahahaha
Ha... segala makneka sekaraang ni semuanya berbayar weh!!!!
Tapi asalkan semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah pun dah cukuo syukur dah
Alhamdulillah.
Kes settle before lunch, so sempat balik rumah masak lunch dulu
Lepas lunch nak balik Batang Kali dah.
4 comments:
klu ko tak cerita ni aku pun tak paham ....
kiranya bertolak ansur jg la isteri kedua ayah syani ye ... alhamdulillah selesai dengan aman
alhamdulillah..
selesai dgn mudah bila ada sefahaman ye syani..
syukur semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah...dipermudahkan...WARIS SEPAKAT
Post a Comment