Sinilah penginapan kami semasa berada di Melaka
Cari last minit, memang la camni...hahahahaha
Itupun nasib baik ada kan....
Tak kisah le janji selesa.
Aku memang target cari area ayer Keroh je sebab dekat nak exit tol
Tak payah pening2 kepala nanti
Menggodek trivago.com... ha inilah hotel yang murah untuk memuatkan kami 12 orang
Kalau ikutkan cari homestay lagi murah tapi malas nak calling2
So booking online je lah....
Aku ni kalau ramai2 lagi syok duduk satu rumah @ apartment
Kalau hotel kan lain2 bilik.. kang tetiba pulak dapat bilik jauh2 antara satu sama lain
Tak meriah gitu sebab takleh nak bising2 kan...
Alhamdulillah aku dapat book the last premier apartment yang ada
King's Hotel ni ada hotel & apartment
So kalau ramai2 better pilih apartment la kan
Apartment pulak ada 3 jenis - 1 bilik, 2 bilik & 3 bilik
Yang aku book tu jenis yang 3 bilik la
Ngam2 la untuk family aku, mak abah aku & family adik aku
King's Hotel ni senang je nak cari
Guna je waze...hahahahaha
Pastu bangunannya kaler oren semua
Satu baris shoplot tu kaler oren...
Setentang tu pulak ada Pantai Hospital
View dari apartment aku
Main lobby & hotel ada kat bangunan shoplot2 ni
Tapi apartment bukan dekat situ
Dia kat blok lain & kat belakang bangunan shoplot tu
Jauh sikit la... tapi jangan risau sebab tempat parking disediakan
Kalau parking kat kawasan shoplot tu kena bayar parking
Tapi untuk apartment ni free tau
Ini bangunan apartment...
4 tingkat semuanya
Ada lif tau...
Aku punya apartment kat tingkat 3...
Nak kata mewah sangat tu tak le tapi kira selesa la
Aku janji ada ekon & katil empuk...hahahahah
Ni view dari pintu masuk apartment
Bilik ada 3
bilik 1 & 2 ada 1 katil queen + 1 katil single
Bilik ke-3 ada 2 katil single
Setiap bilik ada bilik air
Paling best showernya air laju..... syok ooo
[sorry takde gambo bilik yang elok2 nak attach kat sini...]
Pastu bilik 1 & 2 ada balcony tau... so cerah ceria je bilik tu
[aku takleh duduk bilik takde tingkap... rasa lemas gittew!]
** Yang tak bestnya, takde wifi free... ada kat hotel je...cis!
bayo mahal2... wifi tarak...terpaksa le guna data ciput ni...
Ni view dari balcony kat ruang tamu tu
Semua facility ada dekat je... stesen minyak, bank, hospital, kedai makan
Kira senang la duduk sini nak cari mende makan kalau lapar2 tengah malam
Tapi yang paling budak2 suka
pergi kat balcony bilik aku
sebabnya.....
Boleh nampak kolam kat bawah tu
Eksaited nak mandi
Tapi sebab dah senja kan.... esok pagi je la deme boleh mandi
Aku booking apartment ni include breakfast tau
So laaaaaaagii la tak payah fikir bab nak kuar beli sarapan
Cafe hotel ni kat bangunan lobby tu
so kalau dari apartment ni kena menapak la sikit
Don't worry ada je jalan shortcut ikut tepi kawasan kolam ni
Ada gate kecik pastu terus ke pintu tepi cafe tu
Untuk dewasa memang dapat kupon,
untuk budak bawah 6 tahun pulak FREE je
So aku kena bayo untuk Aleeya & Adib je... sorang RM11
Tapi makanan memang mewah la... sapa jenis kuat makan berbaloi2 wei
Time aku pergi tu ada nasi lemak, bihun, roti bakar, cereal, omelette, buah, bubur nasi...ish.. memacam la [tak ingat dah]
Waktu breakfast pulak dari pukul 7 sampai 10 pagi
Kalau ikutkan aku nak je duduk sampai habis tempoh tapi sebab anak2 aku dah ajak balik apartment
sebabnya nak mandi kolam.....
4 comments:
pernah kursus kat sini dulu lama dah ... ok la hotel ni ...
apartment tu rasanye baru lagi dulu tak de ...
Ok la kan tempat pun nampak tak scary sgt hehee..
Yang best ada kolam..
itulah kegemaran anak2 kan syah..
Janji anak2 gembira..
Kings Hotel ni selalu je lalu kalau balik Muar tu. Berapa semalam Syani. Yelah, kalau dah ramai ramai mmg best le duk apartment ek. Senang nak nyembang hihi...
Post a Comment