Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 15, 2016

JALAN² KE MERSING

Plan percutian last minit
Dari asalnya berseloro, terus jadi nyata
Kebetulan Selangor kan cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor
Cuti tu carry forward sampai Selasa kan
So dapat la 4 hari cuti
Tup2 adik bongsu aku kata dia cuti hari Jumaat
So aku ngan  adik ipar aku yang kat Klang tu pun gedik nak cuti hari Jumaat tu juga
Kiranya boleh la travel awal sehari kan
Dapat la cuti 5 hari...😉
[Nasib la kami semua keje kat Selangor]

Ke Mersing tu pun sebab nak ke rumah adik aku yang kerja kat Johor
Sejak dia pindah sana, kami tak pernah lagi pergi Johor
Adik aku keje kat UiTM Pasir Gudang, adik ipar aku yang keje kat Politeknik Mersing
So dia ajak datang Mersing la..
Lagipun adik ipar aku dok kuaters.. tu yang dia ajak datang..hehehehe
Adik aku ni PJJ dengan wifenya.. sorang Pasir Gudang, sorang Mersing
Tetiap minggu dok ulang alik... haishhhh kesian jugak tengok diaorang tu
Semoga nanti dipermudahkan untuk mereka boleh duduk together2..

Ekceli mak aku la yang beria nak pergi
Dah alang2 anak2 dapat cuti kan jom la kita bawa mak abah jalan2
Aku ni pun sebenarnya tak pernah drive jauh2 ni
Takat balik Ipoh la pun yang paling jauh aku bawak
Ni pulak ke Mersing...hujung.....Johor lak tu
adik aku kata perjalanan dalam 5-6 jam jugak le...
Wahhhhhhh... kematu la bontot aku.. kejang le kaki...
Tapi tawakal je lah.. semoga Allah bagi kami selamat sampai.

Petang Khamis, mak, abah & adik bongsu aku datang rumah aku
Plan nak gerak sesama pagi Jumaat tu
Asalnya adik aku kat Klang pun nak jalan sekali
Sekali hasben dia kene keje lak pagi tu
So diaorang gerak lepas solat Jumaat
Kitaorang gerak dulu la pagi tu
dua biji kereta je...

Adik aku naik dengan aku sebab nak menjaga 2 budak kenit di belakang tu
Aleeya naik kereta Atok


Perjalanan kami guna highway PLUS- Masuk Sg Buaya - Exit Ayer Hitam - Kluang-Mersing
Tapi dalam perjalanan tu ada la juga berenti2 kencing & isi minyak
akhirnya lepas lebih kurang 5 jam perjalanan, kami tiba di Ayer Hitam

Dari Ayer Hitam ada lagi 100++ km lagi nak sampai Mersing
So stop dulu la kasi regang2 urat
Kami sampai sini dalam pukul 12.30 camtu la
Bertolaknya dari Batang Kali dalam pukul 8 la lebih kurang.

Dia pulak yang streching.. macam dia pun letih..hahahaha
Amira tu aku pakaikan pampers sebab dia ni kalau nak kencing jenis takleh tahan
Kalau dia kata nak kencing tu, time tu la dia nak kencing
daripada terkencing dalam kereta, aku suruh dia pakai pampers..

Selfie jap dengan anak2..
Still tak pas buat peace budak bertuah ni


Dengan Aleeya...

Lepas rehat dalam setengah jam, kami teruskan perjalanan
Lebih kurang 2 jam jugak le nak sampai politeknik Mersing tu
Keluar masuk felda 
Nasib la takde yang muntah monggek sepanjang perjalanan
Jalan agak bengkang bengkok juga

Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami 
POLITEKNIK MERSING

Poli ni poli baru kot
Bangunan lawa2 lagi


Akhirnya... sampai juga Saga ni ke Johor
Tuannya je tak sempat nak sampai 😓


Apapun, syukur kerana selamat sampai
dan aku pun kagum dengan diri sendiri sebab berjaya memandu sejauh ini...
Fuh...fuh....








6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bila dah tak ada siapa otomatik jadi kuat dan gigih Sya
Tak terus ke JB ke? Boleh ke Legoland sekali:)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tahniah Syah..
Jauh tu drive..
Akak pun paling jauh balik gemenceh..
Itu pun sbb keje..

Alhamdulillah sampai..
Tentu adik syah seronok..
Ada mak abah dtg sama..

Qhaifa Nur said...

Ct lama seronoklah jenjalan
Sampai ke mersing yup Syani, bestnya

eima said...

jauh nye berjln .... syani nk lagi dekat lalu lpt exit gambang ..lalu jln kuantan - muadzaM ...lalu jln kuala romping ..terus ke tg gemuk ... lps tu sampai mersing ..klu lalu plus mmg jauh..sbb mersing msk ke dlm ....

OKje said...

Bila suami dah tak ada, tak ada sapa lagi yg nak di harap, barulah kita tahu yg sebenarnya kita ni bolehkan Syani....Tahniah Syani.
Jauh tu...kalau ye tak ye mmg kematu vontot haha....

Tapi kekadang bila najk berjalan rumah adik beradik, suami tak de lagi senang.... senang nak semban kita dengan adik beradik kita je

SYANI said...

Eima..
Lagi dekat ye ikut lpt.. Tq for info
Nanti boleh suruh adik try bila dia balik Mersing nanti