Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 13, 2016

PERKEMBANGAN ADIB SELEPAS SEMINGGU

First of all, terima kasih pada semua nasihat yang korang kirim 
melalui pm, email, whatsapp & komen2 kat blog ni
berkenaan anak aku si Adib tu
[yang aku cerita kat blog ni haritu]
Sangat2 dihargai & sangat2 membantu tau

Apa yang berlaku selepas tu?
Mesti ada yang nak tau perkembangan kan
Ok ni nak cerita ni

Gambar selingan dengan Adib
[Mamanya tak pakei tudung tu kena tutup..hehehehe]


Entry tu aku buat hari Selasa minggu lepas (04/10/2016)
Malam hari Selasa tu selepas Maghrib, dia ada balik rumah
So aku pujuk dia tidur di rumah malam tu.. dia diam je
Tapi aku tunggu2 dia tak balik jugak.. so aku biarkan dulu
[walopun aku dah panas hati dah]

Esok paginya masa nak hantar ke sekolah agama
Aku terus terang tanya dia, dia nak aku ni sebagai mama dia lagi idak
Dia buat jungkit bahu je.. geram sungguh nengoknya
Pastu aku bagi arahan,

"Mama tak kira, mulai malam ni, mama nak ko balik tidur di rumah. Mama pujuk ko elok2 ko taknak dengar, ni mama nak berkeras dengan ko."

Dia diam je.. buat muka nohen
Pastu kat opis, aku whatsapp dia "ïngat apa mama cakap tadi tau!"
Aku nampak dia read  tapi dia tak reply

Malam tu dia ada tuisyen, so pas habis tuisyen
aku tunggu dia balik rumah ke idak
Aleeya pun tuisyen sekali malam tu
Pastu aku nampak Aleeya balik sorang dari rumah opahnya
Aku tanya Adib mana? Dia kata Adib tengah makan kueytiaw kat rumah maklong
Ok.. aku tunggu.. pastu Aleeya keluar nak kunci pintu gate belakang
Aku tanya Adib tak balik ke? Aleeya kata Adib taknak balik
[Menyirap dah aku ni masa tu]

Terus aku gapai tudung, ambik kunci rumah & buka balik gate tu
Aku pergi rumah Mak Long dia.. aku terus cakap dari pintu dapur, Adib, jom balik
Cik Besah ada kat luar masa tu
Pastu dia kata Adib tengah makan.. so aku cakap ok, biar dia makan dulu
Pastu aku cerita la apa aku pesan kat Adib dari pagi tadi.. apa aku cakap kat Adib

Pastu aku tunggu2, si Adib tak keluar2 dari rumah Mak Long dia
Takkan la makan kueytiau tu lama beno kan. Tu akal dia la tu nak lengah2 kan
Aku terus masuk rumah Mak Long dia.. dia makan kat ruang tamu masa tu
Aku tengok pinggan dia dah kosong dah
Pastu aku cakap dah habis makan, jom balik rumah kita
Dia boleh buat stone je.. keras je duduk kat kerusi tu
Aku tengok dia buat bodoh je.. terus aku sentap tangan dia.. kuat2 aku pegang
Aku tarik je dia sampai pintu dapur

Dia pun apa lagi.. menjerit2 la.. siap pukul2 tangan aku lagi
Udah le tangannya tulang je..memang sakit tangan aku tapi aku tahan juga
Tangan aku tak lepas dari mencengkam pergelangan tangan dia
Mak Long dia ade je dalam rumah tu... masa kejadian tu dia buat dono je
Selamba layan drama kat tv
Maybe dia pun taknak masuk campur kan

Pas tengok keadaan tu baru la Cik Besah marah2 Adib tu
Atok pun bising2 la kat Adib kenapa la jadi camtu
Pergi la balik rumah, kesian kat adik2
Luckily diaorang tak la halang aku buat camtu kat Adib
Baru deme tahu Adib tu jenis degil camtu.. memang tak makan pujuk2 ni
Pak Long Adib takde masa tu sebab dia pegi isi minyak motor

Sampai kat pintu dapur rumah Mak Long tu dia pun jerit2 la
Nak Abah... Nak Abah...
Memang sedih kalau ikutkan tapi aku terpaksa buat camtu
Pastu aku tinggi suara kat Adib.. ko sedar ke idak abah ko takde..ko nak jerit2 pi panggil abah ko kat kubur tu.. aku dah geram wei masa tu.. takleh dah aku nak guna ayat2 tersirat bagai...

Pastu  aku lepas tangan dia.. dia pun duduk peluk lutut kat situ
Tersedu sedan.. pastu dia kata nak salam pak long..
Aku cakap.. ok... mama tunggu paklong ko balik.. 
Pastu ko balik.. kalau tak balik, sampai rumah mama seret ko

Tak lama pastu pak long dia pun balik
Cik Besah cakap, Adib nak salam pak long dia
Pastu Pak Long pun pujuk la dia..siap hantar balik ke rumah
Kat rumah masa tu ada Aleeya sorang je
Amira & Jasmin dah mengikut aku masa aku keluar rumah tadi
Kata Aleeya Adib masuk rumah terus sepak pintu, sepak kerusi, sepak Aleeya sekali
Hangin le tu..

Aku masa tu tak peduli la... biar la dia benci aku masa tu, marah aku masa tu
Janji aku nak anak2 aku.
Masuk dalam rumah terus dia kelubung diri dalam selimut.. merajuk la tu.. sepatah pun tak keluar dari mulut dia..
Aku biarkan aje sampai esok
Hah.. tu baru 4 bulan dibiorkan... kalau lagi lama bior, rumah aku pun dia dah taknak jejak dah gamaknya..adik2 pun dia tak nak ambik tau dah gamaknya.

Esok pagi aku hantar dia pergi sekolah agama cam biasa
Bila dah sampai dia tak salam aku  pun.. marah le tu
Dia taknak cakap dengan aku... fine... aku pun buat silent treatment je hari tu
Aku balik dari keje senja tu, dia pun balik rumah
Opahnya suruh balik & tidur kat rumah
Masa tu baru la dia nak cakap2 dengan aku.. dia yang start cakap lak tu
Aku diam je.. last2 aku layan juga dia sembang

Alhamdulillah since kejadian tu dia dah tak tidur rumah Maklong dia.. 
Sampai malam tadi dia masih tidur di rumah
Cuma malam minggu lepas dia mintak izin nak tidur rumah Pak Long dia
Aku cakap tak boleh buat masa ni..[terpaksa bertegas buat seketika]
So dia pun tak bantah....
Aku cakap kat dia, "Adib, mama tak larang Adib nak pergi rumah opah @ rumah Mak Long tu.. Pergi la 20 kali sehari pun takpe.. Tapi masa tidur please tidur kat rumah."
So far dia paham & folo instruction aku
Agaknya dia mesti tak sangka aku boleh bertindak sampai stage camtu sekali
Takut jugak dia  sebenarnya...hahahaha

Dalam masa tu pulak aku period so terhad la bacaan2 aku kan
So mana2 selawat, zikir & doa yang aku boleh amalkan aku buat
supaya hati Adib lembut & tenang
Dalam seminggu ni semua back to normal.. macam bila arwah ada lagi
Harap korang doakan keadaan ni akan berterusan & Adib tak buat hal lagi



Maybe korang ada yang cakap cara aku salah ke apa ke, tindakan aku drastik ke 
Aku tak kisah le tu... dah macam2 style tak jalan
So cara ni je yang jalan... aku terpaksa wei.. sebab aku sayang anak aku la aku terpaksa bertindak macam tu
Esok2 dia makin beso, makin kuat dilawannya aku ni kan...
Agaknya selama ni Adib tengok aku ni cam lembut je.. boleh dibuli2
Ha sekali mamanya naik hangen.. mau tak terkejut dia..hahaha
Tapi bagus juga dia ingat yang mamanya boleh buat sesuatu diluar jangkaan dia
Jangan nak main2 dengan mama dia ni...ada masa garang jugakkkk

Ya-Allah korang.. aku bersyukur dengan apa yang dah berlaku
Harap korang pun doakan2 yang terbaik untuk aku & anak2 aku ye
Aku hidup untuk anak2 aku kerana Allah Taala..
[walopun jiwa aku ni dah "mati" separuh sebenarnya...]
Adoi.. rindunya aku pada arwah.. [lap air mata]



8 comments:

skuterlady.blogspot.my said...

tak salah kalau dah cuba bermacam cara tapi still tak berkesan... semoga tabah syani... inshaallah... mudah - mudahan anak - anak syani semua sentiasa baik2 belaka dan selalu dengar kata mak dia... inshaallah...

Abil Fikri Ahmad said...

InsyaALLAH, lama kelamaan faham la dia tu. Budak budak cm tu la gayanya..Sabar la.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Alhamdulillah..
Adib kembali tido semula dirumah tu ..
Akak pun tak sempat nak email syah
Maaf ye.. sibuk sikit..
Apa yang akak nak syah buat seterusnya..
Buat sesuatu yang menggembirakannya dirumah tu..
Masak makanan digemari ..
Pastu beri hadiah padanya...
Kecik pun tak apa..
Cakap dengan nya .. terima kasih dengar cakap mama ye sayang..
Pastu sebulan sekali bawa gi jalan2..
Pastu cuba cerita2 dengan dia tanggungan mama ni.. Cakap hanya adip sekrg yg bantu mama jaga adik2..
Aduhai akak pulak yg sedih taip komen ni..


Unknown said...

Alhamdulillah kak..
Sy rasa sy faham apa yg adib rasa tu, sy hilang ayah umur 20 tahun pun loss sgt2 mula2 tu, ni adib kecik lagi, dia terbayang abah dia di rumah..sy ambik masa setahun jugak kot utk betul2 redha, tu pun sy bukan duduk rumah 24hours sbb study masa tu.huhu..
Ok la tu kak,elok dah dia balik rumah tu, slow2 bagi dia masa, sbb masing2 tgh sensitif lagi, insya Allah ok tu..cuma anak kecik lagi, mmg baya2 yg tgh rapat dgn mak ayah tu yg hati dia serabut agaknye..cuma part in laws akak yg kurang membantu keadaan tu, mmg susah nk ckp, sbb mmg itu lah benda yg jadi, been there, nak deal hal tu yg paling menuntut kesabaran..

Gee Lion said...

Saya rasa nak bersetujulah dengan cara awak nih. Tegas. Nak buat camne kalau dah cara lembut tak jalan. Lagi satu, kena juga tegas dgn famili Pak Longnya in caselah dorang nih ikutkan sangat peel si Adib. Huhu.

eima said...

aku kuat lagi bila hat atas2 tu ... tp bila sampai part bawah ...sedihnye hai ...
ko dah buat yg terbaik .... alhamdulillah ...
tak semua budak mkn ngan cr psikologi .... ada yg mmg kena guna kekerasan .... mcm fahim aku tu ... klu ckp elok tak jln kena maknye naik hantu baru dia insaf ... tak dimarah dipujuk2 mmg dok takat tu je ...

aku doakan adib lembut hati ... dan boleh terima kenyataan ....
aku doakan syani terus kuat demi anak2 ... besar sungguh dugaan ko ni .... Allah maha mengetahui syani .... teruskan berdoa dear

Unknown said...

alhamdulillah dah berjaya.. semoga allah permudahkan segala urusan syani.

cik dah faridah said...

alhamdulillah..adib dah lembut hatinya..smga berkekalan la...jaga anak elok2 ye syanie..lepas ni kena sentiasa bertegas la..tindakan syanie bg sy betul dah..kalu dibiar makin x dgr kata nnt..