Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 4, 2016

KENAPA DENGAN ADIB?

Kalau ikutkan selepas arwah suami aku meninggal
memang tak banyak benda berubah
Maybe selama ni pun banyak benda dah melatih aku berdikari
Bila arwah suami aku dulu dah kena kerja syif
So pergi keje balik kerja semua kena sendiri
Hal anak2 pun aku uruskan sendiri masa suami kerja
So tak berapa tertekan sangat la bab tu

Cuma aku ni tang sunyi la...
Memang lonely gila bila suami dah takde
Takde kawan nak sembang, nak mengadu, nak bermanja, nak bergaduh
Balik rumah tengok rumah kosong, dah tak nampak kelibat dia
Memang kalau tak kuat iman, boleh gila tau... tapi SABAR je la..

Ok la.. malas nak cerita pasal tu, tapi nak cerita pasal Adib
Antara ramai2 anak aku, Adib la yang paling  rapat dengan arwah
Maybe sebab dia sorang je lelaki, so hasben aku je yang pandai tackle dia
Aku ni takat typikal mak2 la kan... garang2...bebel2.. gitu



Al-kisah bermula pada hari kematian suami aku tu
Adib memang sedih sangat la
So malam pertama tu Pak Long dia pujuk Adib tidur rumah dia
Aku hanya benarkan je la.. sebabnya aku pun dalam keadaan bingung masa tu
Dan... disitulah bermulanya kesilapan aku
Ye silap aku!

Hari kedua, ke-3, ke-4 Adib masih di rumah Pak Longnya
Walaupun rumah Pak Long tu tak jauh mana pun dengan rumah aku
tapi aku tak tahu kenapa dia tak nak tidur di rumah
Hanya siang2 dia balik kejap2 jenguk2 rumah tu
Memula aku dah rasa Adib dah makin menjauh dari aku & adik2nya
Ada juga aku tanya dia kenapa dia tak nak tidur di rumah
Dia kata dia taknak sebab abah takde.. kalau balik dia ingat kat abah..
Dan.... aku biarkan lagi
Ada juga aku bersuara pada Cik Besah, Cik Besah kata "biar le dia tu.. kesian kat dia"

Lepas sebulan aku tanya Adib lagi..
Dia dah OK ke bila abahnya dah takde
Dia kata dia ok... aku dah nampak dia pergi main basikal dengan kawan2
So nampaknya dia dah tak berapa murung la
Tapi still dia tu tak nak tidur di rumah & buat rumah aku ni macam transit untuk salin baju, mandi.

3 bulan berlalu & aku makin terasa aku makin "kehilangan" Adib
Aku bersuara lagi pada cik Besah & biras aku
Diaorang kata diaorang dah suruh dah Adib balik, tapi dia taknak balik
Entah ye tah tak.. aku malas nak percaya
Kata Cik Besah, asal diaorang suruh2 Adib balik Pak Long dia backing
Katanya "tak payah suruh2 budak tu.. lama2 nanti dia balik la... Bukannya aku nak anak dia pun."
Sentap tau aku... oiii tu anak aku kot!!!!
Pastu dia siap cakap "äku dah janji dengan arwah, nak jaga anak2 dia"
Ewah.. tak salah nak jaga tu kan, tapi fikir la sikit yang budak tu masih ada mak iaitu aku.. apa perasaan aku bila anak buat camtu kan?

Aku dah cakap dengan Cik Besah & biras aku, dia taknak dengar cakap kita, dia cuma dengar cakap Pak Long dia je.
So Pak Long kena la bertegas dengan Adib.. Kena balik rumah jenguk mama & adik2..
Patutnya Pak Long tu kena la nasihat yang Adib sekarang dah kena gantikan abahnya untuk jaga keluarga
Bukannya suruh Adib duduk dengan dia je & biarkan je apa yang Adib buat sekarang.... geram aku tau!
Aku ni kalau ikutkan hati nak je marah2 & heret si Adib tu tapi aku takut lagi dia taknak balik nanti
So aku try calm & pujuk2 dia especially masa pagi2 aku nak hantar dia ke sekolah agama. Guess what???? Langsung tak berhasil. Aku ni kadang2 dah rasa give up dah.

Ada sekali tu aku terlalu geram so aku update satu status kat FB.. tapi aku tak pin point sesapa pun.. Aku just tulis:

"ada anak 4, tapi rasa cam anak 3. Sorang yang meninggal tapi 2 yang hilang." 

Tetiba biras aku nak sentap.. kononnya aku cakap dia kongkong anak aku.. Adui... lantak la... pastu dia pi jaja pulak kat jiran yang aku ni sebenarnya tak ambik berat kat Adib tu... Ate????? Well... silap aku jugak la pi up status tu... padan muka...

Ada satu hari tu aku gi rumah Cik Besah, pastu terkeluar la cerita2 Adib & pasal biras aku bengang kat aku pasal status FB tu. Cik Besah tanya apa yang aku tulis. Aku cakap la apa yang aku up tu. Memang takde sebut sapa2 pun, Kenapa pulak dia yang nak terasa kan.. Pastu pak mentua aku pulak kata biar je la Adib tu macam tu dulu.. Nanti lama2 dia balik la...Last2 aku cakap nak biar sampai bila? tahun depan? 10 tahun? 20 tahun? Esok2 adik2 dia pun tak kenal dia dah..Haaaa.. aku masa tu dah melenting jugak la.. tapi kontrol la sebab cakap dengan orang tua kan. Terdiam la pak mentua aku dengan Cik Besah.

Kadang2 aku sedih orang tak paham perasaan aku sebagai seorang ibu. Dah le dah ditinggalkan suami, now anak pun nak tinggalkan aku. Orang kata aku kena kuat tapi cemana aku nak kuat bila anak buat camni pada aku. Patutnya kami anak beranak kena stick together tapi aku dah rasa family aku cam nak runtuh... [aku sebak masa tulis ni tau!] And takde orang back up aku.. tu lagi sedih! Mungkin pada diaorang aku ni pentingkan diri kot tapi itu anak aku.... biarlah aku susah senang dengan anak2 aku sendiri..

Lagi satu pasal abang ipor aku ni pun aku nak bebel gak. Konon  nak jaga anak2 sedara dia, tapi aku nampak dia beratkan Adib dengan Aleeya je... support benda yang tak sepatutnya. Camne dengan Amira & Jasmin? Takde nak tanya apa2 keperluan pun. Kan sekarang nafkah anak2 aku tanggungjawab pak mertua aku & abang ipor aku kan??? Belikan basikal baru [fatbike] untuk Adib & Aleeya yang harga beratus2.. tapi idak pulak belikan basikal untuk si Amira@ Jasmin. Duit sebiji basikal tu dah boleh kaver yuran sekolah anak2 aku setahun tau! Ntah le...Kang aku bersuara, kata aku mata duitan pulak. Takpun biras aku kata aku nak numpang laki dia pulak... rimas la aku!

Pastu kan, Adib cakap atok suruh dia panggil Pak Long tu Abah. Berdesing telinga aku dengarnya weiiiii... Sampainya hati diaorang!!!! Pastu aku warning Adib, jangan nak mengada2 panggil abah pada orang lain. Abah ko ada sorang je & panggilan abah tu eksklusif untuk abah ko sorang je tau!.. Emo aku masa tu tau! Maybe pada korang benda ni biasa, tapi aku tersangat la sensitif isu ni. Nak2 pulak konon sebagai ganti abah yang dah takde... Siap boleh cakap Pak Long le abah Adib sekarang...waaaaaa banyak cantik muka ko..

Banyak lagi nak cerita sebenarnya.. tapi cukup la sampai sini dulu. Kang korang bosan lak. So that's why kenapa Adib selalu takde bila aku ke mana2. Sebabnya dia tak balik2 rumah & duduk bertapa rumah pak long dia. Aku paham dia sunyi & maybe sebab ada sepupunya kat rumah Pak Long tu.. tu dia asyik nak duduk sana. Tapi sebelum2 ni pun dia camtu juga dok ulang alik main dengan sepupunya tu tapi idak le sampai tak nak balik & tido kat rumah langsung. Aku ni dah tak tahu nak buat apa.

Hari ni pun dah 129 hari arwah suami aku pergi, dah selama itu jugak le Adib berkeadaan camtu. Kadang2 satu hari suntuk aku tak jumpa Adib. Aku whatsapp, dia tak balas.. katanya bateri phone habis @ takde kredit.  129 hari aku hidup tanpa Adib, aku takut lama2 aku yang jadi kekok bila dia duduk dengan aku nanti... Macam dia pulak yang baru masuk keluarga aku..huhuhu.. 

Kot2 korang ada cadangan yang boleh membantu aku, boleh la email aku ye... Tengs...


13 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Setiap pagi..masa hantar dia cuba cakap "mama rindu adib" jangan berkeras tapi lebih kepada tarik perlahan-lahan dlm cara memujuk.

Jangan paksa dia, jangan arah dia cuma just sembang2 cakap "mama rindu abah tapi mama rindu sangat kat adib juga.."

Anak lelaki ni ko kene tarik pelan2 jangan sentap. Okey.

Aku paham perasaan ko..org perkotak katik mcm ko takde perasaan. Ko kene kuat demi dapatkan adib balik.

Sedih aku baca entry ko nie. Rasa nak peluk ko kuat kuat.

Unknown said...

Sedih sangat.. Mengalir air mata.. Anak kite kot. Mesti lah nak kena duk nga kite kn.. Doa lah sis agar adib balik.. Cuba buat perkara simple dan mintak adib ada sekali.. Buat besday simple je pn ok.. Gotong royong kemas rumah mintak adib bantu.. Selalu mintak dia bantu apa2 hal pun.. Ckp kat dia mama nak adib tdo rumah bg mcm2 alasan. Biar dia berfikir yg dia perlu ada tuk mama dan adk2. Arap membantu sis.

Unknown said...

Sedih sangat.. Mengalir air mata.. Anak kite kot. Mesti lah nak kena duk nga kite kn.. Doa lah sis agar adib balik.. Cuba buat perkara simple dan mintak adib ada sekali.. Buat besday simple je pn ok.. Gotong royong kemas rumah mintak adib bantu.. Selalu mintak dia bantu apa2 hal pun.. Ckp kat dia mama nak adib tdo rumah bg mcm2 alasan. Biar dia berfikir yg dia perlu ada tuk mama dan adk2. Arap membantu sis.

Izwa Kamaruddin said...

Beb..sampai tak boleh tido aku malam tadi. Nangis aku :(

Kau buat surat beb, bagi kat Adib. Masa ko hantar dia pegi sekolah agama tu ko bagi surat tu.

Ko tulis..

Adib
Mama dah kehilangan abah, mama tak nak kehilangan anak lelaki kesayangan mama..
Mama rindu sangatg abah, dan mama bertambah rindu pada anak lelaki kesayangan mama..
Adib,
Mama takut adib jauh dari mama dan adik-adik..Adib baliklah.
Mama sayang sangat Adib sama seperti mama sayang abah dan adik-adik.

Serius beb..aku sedih aku nangis semalam :(

eima said...

sedihnye hai ... aku ni hati batu tapi cerita ko buat aku tak kuat wei ... kalau aku tak kuat nak baca kisah ko ni ... lagi berat ko menanggungnya ...

aku harap adib kembali kepada ko dan adik2 ...
tapi yang peliknye selalunye anak lelaki ni lebih kan ibu dia dari org lain ... yg aku nampak pd anak aku... ahli keluarga aku ..suami aku ....
tapi kes adib ni agak berbeza ..aku risau waktu adib tengah bersedih tu paklong dia dah tanamkan satu perasaan baru dalam hati adib aku rasa... tu membuatkan adib menjauh dari ibu dia tu ...

diorang tak ada anak lelaki ke syani ??

SYANI said...

Idzwa,
Jenuh dah aku pujuk tapi dia buat stone je.. Tu yang aku fed up.
Last2 aku berkeras dengan dia pagi tadi.. "Mama nak Adib balik tidur kat rumah malam ni. Jangan tidur rumah orang, Mama tak suka"..

SYANI said...

Norlina,
Thanks atas cadangan.. Akan cuba diusahakan tapi tu la Adib ni cepat mengelat.

SYANI said...

Eima,
Pak Longnya tu ada 2 anak lelaki je... Agaknya Adib syok berkawan dengan sepupu dia tu kot. Tapi yang sulung dah belajo kat Politeknik, tinggal yang sorang lagi [sebaya Aleeya] yang jadi kawan Adib tu.

Kakzakie Purvit said...

Eh.. kakak pulak yg mengalirkan airmata
Membayangkan hilang dua lelaki harapan dalam sekelip mata siapa tak sedih. Adib yg menjadi wali pada anak perempuan kena dipertahankan Sya. Cuma dia masih mentah. Kena tarik perlahan-lahan.

Sesekali instead Adib tidur rumah sepupunya cuba ajak mereka tidur di rumah Sya pula. Buat makan-makan sikit. Risiko bila duduk berdekatan rumah inilah salah satunya Sya.

Moga ada perubahan.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedih akak baca sya..
Kalau sya ada depan akak ..
Akak dah peluk sya kuat2..
Nangis sama-sama..
Akak dapat rasa kan kehilangan anak macam tu..

Nanti akak email sya ye..
kat sini tak sesuai nak cerita..

Mar Mansor said...

semoga terus tabah

Gee Lion said...

Orang zaman sekarang ni pelik.
Suka meletakkan sesuatu bukan pada haknya.
Dugaan sy pula, dicop selfish sebab tak bagi MIL&FIL saya jaga anak sulong saya.
Keluarga belah husband ada yg masuk campur.
Nasib baik husband saya ni jenis tegas, walaupun teruk gak dia kena tapi dia tetap dgn pendirian dia.
Tak dapat saya bayangkan kalau husband saya ikut jejak langkah arwah husband Syanie.. silap hari bulan mungkin itu akan dijadikan point utk anak saya diambil oleh mereka.. hurm..

Jarang dah nak jumpa belah lelaki bertanggungjawab pada anak-anak abang/adik dia selepas abang/adik dia meninggal dunia. Kebanyakkan suka lepas tangan & paling sadis jika abang/adik berharta; terus disapunya langsung tak bagi kat anak-anak yang berhak.

Jadi, lebih baik utk Syanie tidak terasa dgn perbuatan mereka. Ini utk kebaikan Syanie juga spy tak sakit hati. Bersiap sedia dari awal utk sebarang kemungkinan ye.

Doa banyak2 supaya Adib ingat pada emak & adik-adiknya. Mungkin dia rasa Pak Long tu pengganti abah dia yang meninggal (adik-beradikkan, so mesti ada persamaan dari segi wajah & sifat). Hati Adib, Allah yg pegang bukan Pak Long dia. Apatah lagi Syanie ibunya, inshaAllah doa dari seorang ibu pasti mustajab.

Bersabarlah Syanie, sedih sangat saya baca kisah awak ni. Apapun yang saya atau kawan-kawan lain cakap di sini mungkin tak mampu hilangkan kesedihan awak. Ingatlah Allah swt sentiasa menguji hamba yg Dia sayang, dan Dia sayang awak, Dia nak dengar awak merintih merayu pada Dia. Mintalah pertolongan dariNya dengan sabar & solat ye.

BTW, saya setuju dengan cadangan kawan-kawan kat atas ni. Pujuk lembut-lembut, menangis jika perlu. Psiko sikit Adib tu. Biar dia rasa simpati + bersalah baru dia terfikir tentang perasaan awak..

Unknown said...

Syani..
doa ibu itu tiada hijab di sisi Allah. dan kena ingat, doa orang teraniya pon tiada hijab. berdoa dan berdoalah kawan. yakin dgn janji Allah k.
InsyaAllah. Allah akan bantu ko.
Serius.. sedih sampai mengalir air mata baca n3 nih.