[hari2 pun aku belek sebenarnya]
Baru terperasan ada lagi gambar2 dalam phone dia yang aku belum transfer
Maka cepat2 la transfer ke dalam hard disk..
[Nasib la tak banyak sangat]
Dalam tu banyaknya gambar2 dia kat tempat kerja
Itupun rasanya gambar2 yang kengkawan dia snap
Pastu send kat dia..
Meh nak tepek sikit
gambar2 suami di tempat kerja...
FYI, arwah kerja dalam bidang automotif
So memang banyak gambar dengan rangka kereta je..hahaha
Ni pun aku tepek yang elok2 je le
Discuss pasal cat kereta kot..
Arwah ni kerja bahagian paintshop
Bab2 kualiti cat2 kereta ni, dia kena monitor la
Gelak pasal apa tu bang???
Arwah ni memang suka menyakat orang
Kadang2 aku pun tergelak tengok kelaku dia
Ni dengan supplier kot
Aku agak je
[sebab orang tu tak pakai uniform pun..hehehehe]
Oooo ngelat ye...
Sempat lagi member kandid gambar dia tengah merokok
Aku ni ekceli tak tahu sangat nature kerja suami aku ni
Tau2 gitu je... tapi nak imagine keadaan tempat kerja dia memang tak boleh
Sehinggalah waktu aku pergi tempat kerja dia hari tu
Untuk ambik gaji terakhir dia
Bila lalu satu2 tempat tu, baru la aku tau lokasi2 mana yang dia ambil gambar tu
Memang terbayang2 je arwah masa tu tau..
Inilah pekerjaan suami aku selama 22 tahun dia berkhidmat di situ
Dengan pekerjaan inilah dia menafkahi kami anak beranak
Terima kasih, abang. Semoga segalanya diganjarkan oleh Allah.
Kini abang berehatlah.. setelah sekian lama abang bersusah payah untuk keselesaan kami.
Keep missing you everyday.
#12 Zulhijjah 1437 = 109 hari
1 comment:
Al Fatihah..Moga ALLAH merahmati arwah dan juga keluarganya..aaminn
Post a Comment