Kebetulan bawa external hard disk ke opis hari ni
So saja la godek2 gambar2 lama
Tetiba rasa nak compile gambar2 raya keluarga aku
[nak buat kenang2an kekdahnya]
Walaupun dah kawin awal tahun 2004
Gambar raya tahun 2004 takde sebab masa tu takde kamera
Handphone pun mana ada yang ada kamera lagi
Ada Nokia 3310 pun dah canggih dah rasanya masa tu
Kalau tak silap aku tahun ni aku beraya dengan perut beso sebab tengah pregnantkan Aleeya
Tahun 2005 pun takde gambar
Sebabnya balik beraya di Ipoh
Memang masa ni belum ada tradisi tangkap2 gambar satu family ni.
Masa ni baru ada Aleeya sorang
Giliran raya di Batang Kali
Masing2 kurus lagi masa ni..
Gambar 2007 pun takde sebab masa raya aku tengah dalam pantang
Baru tak sampai sebulan lagi
So memang takde baju raya
Pakai uniform T-Shirt dengan kain batik je..hehehehe
Tahun 2008 ni pun turn raya kat Batang Kali dulu
Masa ni dah ada Adib dah..
Tahun 2009 pun takde gambar gak
[Asal kalau turn raya kat Ipoh, memang jarang tangkap gambo]
Lagipun hari raya tahun tu, TokWan aku nak kahwin
So sibuk uruskan hal dia nak nikah le tu
[Nikah 1 Syawal okeh!!!!]
2010 - Kami masih berempat
Tema kelabu tahun ni..
Gambar 1 family kami sahaja takde, ada gambar dengan Cik Besah & Cil Zul je
2011- Turn raya di Ipoh
Tahun ni la baru start keluarga Ipoh ada sesi tangkap2 gambar ni
Sebabnya adik aku yang beria2 nak buat photoshoot.
Seronok bila semua sporting nak tangkap gambar.
2012- Tema biru
Tema kaler baju raya banyak rotate ikut kaler baju melayu yang hasben aku ada je
Baju Melayu biru ni baju hantaran masa kami kahwin dulu..
[Masa ni tengah pregnantkan Amira rasanya.. time tengah mabuk2 ni]
Udah bertambah ahli keluarga
Cik Gebu dah ada tu.. seketul atas riba
Baju Melayu Ungu tu mak aku buatkan untuk hasben aku
Patutnya pakai untuk majlis kahwin adik aku hujung tahun sebelumnya,
tapi udah tak jadi
Tu yang terus buat jadi baju raya..
2014 - Tengah heavily pregnant kan Jasmin
Tengah menunggu hari je masa ni
Sebab malas nak beli baju raya, so pakai je baju mengandung yang ada
Ala2 nak matchingkan dengan tema merah tu
Tu yang tercombine hitam-maroon jadinya
Asalkan tak lari tema udah le..
Raya tahun 2015 pakat pilih kuning
[perasan tak baju kuning ni kami laki bini dah pernah pakai tahun 2006 dulu]
Maksudnya?????? Badan kami maintain beb....
Boleh muat lagi baju lama...hahahaha.. untuk anak2 je kami beli
Ni pun masa ni Jasmin tidur so, gambar complete satu family masa raya memang takde la..
** Inilah raya terakhir aku bersama suami ku.. Kali terakhir anak2 beraya dengan abah diaorang... [tetiba sedih lak!]
Raya kami tahun ni...
Punnn tak cukup korum sebab Adib takde masa ni
Dia pegi rumah Opahnya...
Walaupun nampak senyum tapi di hati hanya Allah yang tahu
Pertama kali beraya tanpa suami...lain rasanya..
Gigih mencari kronologi raya2 kami ni
Bukan apa, nanti senang nak tengok bila letak dalam blog ni
Kat IG pun dah tepek tapi version collage la..
Inilah raya keluarga Ahmad Zaimi
** Patutnya dah 12 tahun kahwin, ada 12 keping gambar la kan
Tapi sebab ada 4 tahun takde gambar
tu yang ada 9 je..
** Sapa yang baca entry ni kalau tak keberatan silalah sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suami aku tu.. Thanks korang!!!
2 comments:
baju kuning tu tak perasan recycle sebab warna gambo tu berbeza...^_^
al-fatihah
Muka akak lain sangat masa mengandungkan jasmin.
Takziah kak ... suami akak nampak baik orangnya..InshaAllah ada syurga untuknya.
Post a Comment