Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 28, 2016

BICARA HATI

Semalam genap 60 hari arwah berhijrah ke alam kubur
Meninggalkan kami selama2nya
Alhamdulillah masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan ketiadaan dia
Walaupun kadang2 terasa sangat kehilangan tu

Anak2 pun Alhamdulillah dah boleh terima keadaan ni
Cuma Amira la kadang2 asyik ingat abah dia
Hari2 tanya esok mama pergi "rumah"  [read:kubur] abah tak?
Kalau aku cakap tak, mula la dia marah
[camne nak pergi sebab hari bekerja kan]
Pastu kena la pujuk balik cakap pada dia, hujung minggu mama cuti kita pergi la
Baru la dia OK. 
Yang paling menyentuh hati, setiap kali sebelum tidur mesti dia cakap
MAMA, BACALAH FATIHAH UNTUK ABAH
Kadang2 aku lupa, dia la ingatkan aku 
[Suci sungguh hatimu nak, walaupun mungkin dia tak mengerti kenapa buat semua tu]

So kami ramai2 baring kat tilam [tido kat ruang tamu je..hehehe]
Pastu sama2 baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas untuk disedekahkan pada arwah.
Kadang2 tengah baca tu aku boleh tertacing pulak.. bergetar2 suara aku
Allah... sukar nak gambarkan perasaan aku  tu.. sebak... rindu... semua ada.



JAGALAH DIRI - Jaclyn Victor

Mata kau berhentilah menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana dia takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjatkan pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun berpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Kupertahankan ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi
Tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon Kau
Jagalah dirinya






3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Sabarlah sahabat :(

Qhaifa Nur said...

Alhamdulillah..ank2 memahami bahawa ayahnya telah tiada..
Bijak betul mereka Syani..

Hidup Adalah Perjuangan said...

Yang sabar mbak. Semua sudah berlalu.
esok mari raih masa depan yang cerah
Salam
menang BERSAMA
hidup adalah PERJUANGAN