Ada yang
mengatakan bahawa memilih seutas jam tangan boleh dianggap sebagai satu
keputusan mendalam yang melibatkan peribadi seseorang. Kini di luar sana
terdapat begitu banyak jenis jam tangan untuk lelaki dan wanita yang anda boleh
dapatkan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda sentiasa beringat untuk
mencari jam yang sesuai dengan stail gaya anda. Tetapi bagaimanakah caranya
ataupun tips memilih jam tangan wanita yang terbaik?
Jam tangan amat disukai oleh lelaki kerana kaum Adam menganggapnya
sebagai sebahagian daripada cara untuk beraksesori. Tidak kiralah sama ada anda
suka jenis analog yang klasik ataupun jenis digital yang tampak lebih
moden, semuanya ada untuk anda. Jam tangan kini boleh dibeli secara online
kerana terdapat banyak online shopping website Malaysia atau blogshop yang
menawarkan koleksi jam tangan lelaki terdiri daripada jenama-jenama
antarabangsa dan tempatan yang berpatutan harganya. Namun anda sendiri haruslah
tahu jenis jam bagaimanakah yang anda suka?
Dalam blog post
ini saya akan berkongsikan dengan anda beberapa tips mudah untuk mencari jam
tangan wanita yang cukup berguna.
- 1. Pertama sekali anda haruslah tahu apakah jenis jam tangan yang anda mahukan, yang sesuai dengan cita rasa serta stail anda sendiri. Adakah ianya analog? Digital? Ataupun kedua-duanya sekali?
- 2. Soalan yang kedua adalah jenis tali jam tangan mana yang anda lebih gemari? Rubber? Polyurethane?
- 3. Selepas itu barulah anda boleh beralih ke soalan yang seterusnya iaitu rangkaian harga yang anda selesa, agar tidak melebihi bajet anda.
- 4. Stail jam tangan amatlah penting untuk diambil kira. Jika anda mahu gaya yang sofistikated, anda mungkin perlu dapatkan jam tangan ‘silver’ dengan rekaan yang ‘sleek’. Manakala jika anda mahu tampil menarik dengan gaya yang ‘classy’ pilih jam analog ‘meta’.
1 comment:
ooo ni ek job zalora tu ye ..anyway tahniah
Post a Comment