Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 28, 2015

BERZIARAH KE KOTA KEMUNING

Pakcik hasben aku ada seorang yang tinggal di Kota Kemuning
iaitu adik kepada bapa mertua aku la
Dia ni kategori orang "ada-ada" la berbanding kitaorang yang marhaen ni
Tu sebab kitaorang jarang ke rumah dia...
Segan pastu jauh juga la kan dari Batang Kali

Tapi sebab pakcik hasben ni [we call him PAKCIK]
dan wife dia [MAKCIK] bakal menunaikan haji
[by the time aku tulis entry ni, diaorang sedang menunaikan haji la]
so bapa mertua aku nak le menziarah dia sebelum diaorang berangkat ke tanah suci

So hari Ahad 13/09/2015 tu kami pergi la ke rumah dia
Memandangkan jarang sangat pegi rumah dia, so banyak shortcut tak tahu
plus ada sesat2 sikit kan, so perjalanan jadi lama la juga [almost 2 hours]

Plannya bertolak dalam pukul 11.30pg, alih2 lepas Zohor baru bertolak
Aku yang dah mekap lawa2 [cewah] udah kena tanggal balik mekap & tudung bagai sebab nak solat Zohor dulu

Ni sebelum  bertolak
Sempat lagi tengok tutorial pakai tudung
Usah tanya cemana aku pakai pesen gini
Sebab lepas sembahyang Zohor, aku dah tak tahu cemana nak pakai camni balik..


Sebab nak ke Shah Alam, senangnya ikut highway la kan
So kami masuk PLUS kat tol Sg Buaya
Taknak ikut Rawang, sure sangkut dalam jem
Berjerubu kuat juga uolssss



Tak lama pastu hujan jugak dalam perjalanan
Syok la Jasmin tido sejuk2 tu

Sementara dia tido, kita wefie la dalam kereta

Tengah2 wefie, si kenit pun bangun
Sambung la wefie sekali...hahahah


Dalam kul 3.30 kitaorang pun sampai kat kawasan rumah Pakcik

Lega bila sampai..
Perut pun dah keroncong kooooo

Yang tak syoknya bila ke rumah orang kaya2  ni
kena la berenti kat pak guard
isi details bagai...
Safety la katakan...

Ok dah sampai rumah Pakcik

Masa kami sampai tu ada la juga tetamu lain dalam rumah tu
Tapi diaorang pun dah nak beransur dah
Bial diaorang dah balik, tinggal family kitaorang je dalam tu
ok la kan... selesa sikit [hehehehe]

Duduk sana, borak2, lepak2, makan2 ada la sampai pukul 6 ptg
Pastu nak beransur balik la.. esoknya nak kerja
budak2 pun nak sekolah

View from the yard
Keadaan masih berjerebu teruk masa kami nak balik tu


Oo.. sebelum balik, harus la tangkap gambo kan..
Kenang2an gitu 
Bukan selalu dapat datang kan...

First tima hasben aku senyum camni dalam gambo
Kalau tak asyik masam je..hehehe




Sesi bergambar beramai2...
Sampai 3x shoot... takde satu pun yang elok

Yang atas, tak nampak semua [Jasmin tak masuk frame]
Yang tengah tak cukup korum [abang ipar aku takde, Adib tak nampak muka]
Yang 3rd, udah Cik Besah pulak pandang bawah...
Jadi le ye daripada takde...
Tah bila2 lagi nak ke Kota Kemuning ni..



SEMOGA PAKCIK & MAKCIK MEMPEROLEH HAJI YANG MABRUR... AMIN..



2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

meirah nyer raya!

Unknown said...

lama nye x bukak blog.. dh besar dah 2 anak dara kecik tu. yg Ameera cam anak omputih rambutnye.