Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 12, 2015

FINALLY... DAPAT JUGA DEGREE YANG DIIDAMKAN

Genap setahun umur Jasmin
Genap setahun juga le aku menyusukan dia
Hahaha.. susah payah mak ko ni tau Jasmin
Alhamdulillah setakat ni susu untuk Jasmin sentiasa cukup
walopun ada masa-masanya susu mama ni merudum teruk
sampai melecet2 puting memerah susu

Macam aku bagitahu masa aku dapat DIPLOMA dulu
[boleh baca kat sini]
Target aku untuk menyusukan anak sampai umur 2 tahun
dan aku pecahkan kepada 4 batch
1 batch adalah selama 6 bulan
so 2 batch yang pertama telah aku lengkapkan
tinggal lagi 2 batch
[very proud of myself lor.....]

Sebagai motivasi untuk aku setiap batch tu aku kasi la nama DIPLOMA, DEGREE, MASTER & PHD
Walopun ini semua hanyalah sijil yang aku reka sendiri
sebagai motivasi untuk terus menyusukan anak
[itupun selagi ada demand dari anak aku la kan]
dan selagi mana Allah izinkan  titisan emas ni mengalir dalam tubuh aku
aku bagi je la pada Jasmin.


Completing my DEGREE today
Phewww
[abaikan background yang tak mempesonakan langsung tu]


Another 1 year ahead to go
Cayok2 mommy!

Sedang menguji kemampuan diri sendiri, semoga dipermudahkan olehNYA.
First time dapat DEGREE ni memang rasa sangat WOW & Excited.. Maklum la 3 kali yang sebelum ni tak pernah sampai stage ni...



3 comments:

Unknown said...

taniah.. dan good luck dear. semoga segala urusan dipermudahakan.. in shaa allah perkara baik mudah urusannya.

eMMe said...

Assalam Syani, Alhamdulillah dah stahun breastfeed yea! tahniah yea..
saya baru nak masuk 6 bulan, moga Allah permudahkan urusan ibu2 spt kita yg menyusukan anak anak kita.. Amiin.........

lieyalatif said...

tahniah syani....satu perjalan yg sukar tu bukan mudah kan...alhamdulillah...dkpermudahkan semuanyer....

rindu plak lieya nak bf baby hihihihi