Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 13, 2015

DINNER @ D'POLO CAFE

Ni cerita masa cuti balik Ipoh hari tu
Sebelum terlupa kan.. buat la entry sikit

Mak aku kan tak ada kat rumah hari yang kami balik tu
So bab2 masak tinggal kami adik beradik je la
Waktu lunch memang aku la yang masak simple2
Nasib la mak ada beli ikan/ayam
Tapi nak tunggu defrost..hehehe.. jenuh juga..

Tapi waktu dinner, malas la pulak nak masak
Lauk waktu lunch tu memang dah sold out
So adik aku ajak dinner kat luar
Ada yang ajak makan stimboat, tapi hasben aku ajak makan western pulak
Sudahnya, aku ajak makan kat Padang Polo
Kat situ ada D'polo Cafe
Pastu tengok kat fb ada yang promote burger bakar kat gerai Sumo Kitchen kat situ
Ha... cantek la kan... lagipun aku pun dah lama tinggalkan Ipoh
Tak tahu nak redah restoran mana yang sedap2 untuk makan

Pas semua setuju, kitaorang ajak abah sekali
Kesian juga kat abah sebab makan apa je la kan sepanjang mak takde
Bini muda pun jenis "rajin" sangat masak.. hai.. nasib leeeee
Yang lagi kesian masa aku masak lunch, banyak pulak abah makan
Alah takat ayam masak kicap je aku masak pun 
[itupun sebab anak2 aku yang request]

Ok lepas Maghrib kami pun siap2 la nak keluar
Kebetulan adik aku Acik pun baru sampai
Hah, ajak le join sekali
Alhamdulillah masa kami sampai cafe tu tak ramai orang lagi
So senang la nak oder

Konsep kat cafe ni jenis open concept ala foodcourt
Ada banyak stall, pelbagai jenis makanan
Ada satay, dimsum, western, burger, mee udang dsb
Kalau nak, terus gi stall mana yang korang nak, oder & terus bayar
Cuma kita tak payah tunggu la makanan tu, nanti diaorang akan hantar
Air je kita sampai terus waiter datang ambik order air

Yang diraikan juga adalah abah
Sempena birthday dia la kononnya



Semua dengan gajet masing2
Aduhai....



Sebahagian dari rombongan
Kami semua ada dalam  18 orang
Siap cantum meja tu.. nasib la kawasan sini luas



Antara stall yang ada
Aku teringin nak makan beger bako so suruh hasben order burger dari Sumo Kitchen tu



Sementara menunggu order, kita selfie dulu
Dengan budak yang asyik nak menggigit je


Bersama Adib & Haikal



Ini anak buah aku namanya Alisya
[anak Acik... comel & petah budak ni]



First time Jasmin makan kat restoran
Dah boleh duduk ni, boleh la duduk atas kerusi baby



Budak ni pulak tengah tengok bola kat TV
Perak lawan apatah masa tu



Jeng..jeng..jeng....
Akhirnya makanan dah sampai
Besar gile burger ni
Nasib baik hasben aku order 2 je
Kalau tak, memang tak larat nak habis
Aku punya tak habis, sampai kongsi dengan abah


View dari atas pulak [gambar gegar]
Pastu adik aku order satay lak
Lagi la berlambak makanan...

Overall makanan kat situ idak le sedap mana pun
Boleh le daripada nak kata tak sedap
Cuma bab air tu ada lembab sikit la.. 
Nak2 pulak air yang kita order takde pulak
udah kena queue untuk order baru
Air Adib dengan Aleeya masa semua dah habis makan baru sampai
Diaorang pun dah kenyang mana nak minum air lagi
Yang lagi best, Jasmin berjaya menumpahkan air laci ke seluar aku
Menjerit kebasahan & kesejukan ai tau!
Nasib baik la dah nak balik... Sabo je la..

















4 comments:

Nieyla Nadia said...

sedap burger tuh nampaknya...

Rosmawani♥ said...

Suka kan mkn ramai2... hihihi.. burger tu mgancam... nyummy...

eima said...

bab tak sedap ok lgi jgn lembab ,....mmg sakit ati

piejah said...

haah kak.. kat situ bab ayor memang lambat.. makanan pun bese2 je..