Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 27, 2014

GOING ISLAMIC

Sikit-sikit membuat perubahan ke arah yang sepatutnya
Aku ni idak le muslimah sangat
Tapi berusaha menjadi muslimah sejati
Haiyo! Banyak lagi yang perlu diusahakan tu...

Another baby step ke arah islamic
is converting my ordinary credit card to islamic a.k.a syariah compliance credit card
Haah.... sekarang ni aku dok pakai kad kredit Maybank conventional
Aku tak pernah apply pun credit card ni
[dulu cukup takut kalau nak pakai kad ni]
Tapi sebab aku ada fasiliti dengan Maybank
So diaorang sendiri offer aku kad kredit ni

Latest yang diaorang offer is Maybankcard 2 cards tu
Lama dah aku guna ni.. ada la dalam 2 tahun
Perlu ke kredit kad tu???
Pada aku agak perlu especially dalam situasi kecemasan
Aku sendiri pun guna kad kredit untuk isi minyak & bayar bil2 utiliti
[Memang every month dah ada bajetnya]

Kad kredit ni hanya finance tools okeh... bukannya tiket untuk korang belanja sesuka hati
So hanya orang2 yang tegar je boleh pakai kad ni
Kalau rasa takleh nak disiplin... lupakan le hasrat kome nak ada kredit kad ni

Apa tah aku melalut ni
Sebenarnya nak citer yang sebagai pelanggan MAYBANK
takyah susah2 nak apply card credit islamic pulak
Korang boleh je convert terus kad kredit konventional tu kepada kad kredit Maybank Islamic  [known as Ikhwan card]
Just isi conversion form je... senang je
Kalau nak apply lain leceh la nak fotostat IC la, slip gaji la, penyata bank dll
So gi la kat website MAYBANK2U tu, download je conversion form, isi form & fax @ email kat Maybank
Sekarang kan semuanya di hujung jari


Ok sekarang kita tunggu je kad baru sampai
Dalam masa tu, selagi kad baru tak sampai, boleh je pakai kad sedia ada
Nanti kad baru dah sampai, baru call Maybank untuk aktifkan kad baru tu
Nanti balance outstanding kad lama akan ditransfer ke kad baru
Paham tak???
Kalau tak paham korang call je la customer service 
[nombor ada kat kad kredit korang tu]


*** Hanya untuk kad kredit Maybank sahaja ye... Jangan gatai nak convert kad kredit bank lain pulak..


Pasni ni nak try convert loan rumah pulak ke Islamic Loan
Harap2 Allah mudahkan laluannya.... AMIN..


2 comments:

Inani Hazwani said...

semoga allah merahmati perubahan akak :)

eima said...

tak de annual fee klu yg islamic ni lebih untung ..aku je mls nk tukar lg .. hihi