Ni nak citer pasal Kakcik pulak
Kan haritu dah kabo kemahiran dia ialah memunggah
Sekarang laaaaagi kuat memunggah
Dulu punggah benda yang senang dia capai
Sekarang habis segala laci yang dia boleh buka dia punggah
Letih mak nak kemas tau!
Yang paling dia suka punggah
mainan si Adib dalam TV Cabinet tu
Mainan si Adib tu pulak kecik2
Ala kereta2 mainan yang kecik2 tu
Aku letak dalam bakul
Sekali dapat kat Kakcik dia terap bakul2 tu atas lantai
Bila suruh dia kemas balik selamba je cakap "NANOK" [baca TAKNAK]
Stress mak ko ni ha...
Disebabkan itu, terpaksa la ambil langkah kawalan
Hasil kreativiti hasben aku
Pakai tali rapia je ko... wakakakaka
Habis segala laci diikat dek abahnyaPehni takleh la Kakcik memunggah laci lagi
Pasni tak tau akai dia nak memunggah apa pulak.
5 comments:
anak saya pun samaa.... kuat memunggah.. 😂😂😂
hihi... dah berikat xdapat la nak bekerja :)
hahaha...kreatif...boleh tiruvasi nie...
hehehe..budak bijak!
KU PASRAH DAH ... pas die punggah aku sumbat balik brg2 dlm laci kabinet tu ... sbb anak kite sama perangai huhu
Post a Comment