Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 20, 2014

PENGALAMAN BERSALIN KALI KE-4

Bismillahirrahmanirrahim....

Ade ke yang tertungu2 entry pasal pengalaman beranak aku ni???
Sorry la lambat nak update
pepaham je la bila dalam pantang ni kan
Bila baby tido baru la boleh nak menjoyah di alam maya

Ok...sebelum aku terlupa segala feel dan thrill
baik le aku mula mengarang ye dak??
Dimulai dari saat aku kena menyerah diri ke hospital
Sepatutnya aku kena pegi hospital pada 10/8/2014 [Ahad]
Tapi sebab aku pun tak sakit malah sebarang show bersalin pun takde
So aku lengah2 le masa tu kan
Dah le hari tu hari Ahad, so better la aku siapkan segala2 kerja rumah yang belum siap
Baju anak2 dan suami aku dah ironkan untuk stok seminggu
Pinggan mangkuk semua dah bersusun dalam kabinet
Dapur pun aku dah kemaskan... kalau ikutkan memang malas nak masak2 dah
Dan.... sempat lagi nak menonton Love U Mr Arrogant kat TV3...hehehehehe

Malam tu pulak sempat lagi aku pegi beraya rumah jiran sambil2 tengok baby baru dia
Dah dekat 2 bulan dah anaknya tu.. baru sempat nak menjenguk
Dahtu pulak dia pulak bercerita tentang pengalaman pahit dia bersalin di Hospital Selayang
Scary juga aku mendengarnya...
Aku malas nak cerita kat sini la pengalaman dia tu
Cuma dalam hati berdoa la aku tak ditimpa dugaan cam dia
Makin berdebar lak nak menyerah diri esok...huhuhu

Keesokan harinya [Isnin]  baru decide nak ke hospital
Malahan aku langsung takde rasa sakit nak beranak pun
Kalau ikutkan dah overdue 9 hari dah ni...
Hasben aku pun dah mintak cuti untuk bawa aku ke hospital
Perkakas nak dibawa ke spital [kuih raya tu tak termasuk okey...]
Semua all in dalam 2 beg ni saja... malas nak berbondong2 cam nak balik kampung 

Kali ni takde la kelam kabut sangat... dah paham sangat peel spital
Pegi awal2 pun mesti kena menunggu lama juga baru masuk wad kan...
So hasben decide pegi lewat sikit
Settlekan urusan anak2 ke sekolah dulu
Pastu suh hasben  beli bekfes - nasi lemak paru lagi tu..hehehehe
So dalam kul 11pg baru kitaorang bergerak ke Hospital Selayang
Hasben pun drive tenang je.. takde nak terkejar2 pun..
Tapi dalam hati aku tuhan aje yang tahu tahap gemuruhnya...

Sampai di Hospital Selayang masalah mencari parking la kan
Jauh la pulak kena parking sampai ke asrama jururawat tu
Makanya jenuh la menapak sampai ke Dewan Bersalin
Sampai je situ terus nurse suh masuk exam room
Buat CTG dan VE sekali..
Bila buat CTG memang takde nampak any contraction pun
Dah tu pulak graf aku pun tak cantik sebab baby tido katanya
Sampai nurse bagi aku air sejuk dengan ais [siap suruh aku kunyah2 ais tu]
untuk bangunkan baby.
Aku rasa cam maybe aku kena induce la jugak cam masa Amira dulu
Doctor & nurse bertugas haritu pun semua baik2
Alhamdulillah le kan...

Tapi paling aku takut sebab masa aku buat CTG tu orang sebelah katil aku tu dah mengerang2 nak beranak dah.. Katil depan aku tu pun sama.. 
Yang aku dengar deme dok sebut Allah...Allah.. disamping erangan diaorang
Takut sungguh aku dengar...

Lepas buat CTG, doctor datang nak cek bukaan
Aku agak paling2 koman pun baru bukan 1cm la kan
Sekali doktor cakap aku dah bukak 3cm... bila masa????
Agaknya sebab aku menapak jauh masa datang tu kot 

Lepas cek2 semua kena la ambik darah pulak
Dulu aku ngelat juga masa doktor nak masukkan jarum kat tangan tu
Aku cakap nak buat masa dalam wad
Tapi kali ni doktor tak kasi .. makanya pasrah la aku kena masuk jarum
SAKIT!!!

Dah le kena cucuk 2 kali sebab tak jumpa urat
Naik bengkak tangan aku tau...
Tapi memang tak selesa la pakai mende ni.. susah nak sembahyang
Nak2 pulak aku kena cucuk kat tangan kiri... susah la pulak nak basuh berak
Nak ikat rambut pun susah... BENCI!

Lepas tu tunggu pulak giliran nak masuk wad
Wad semua penuh hari tu [aku tengok kat dinding belakang nurse tu]
As usual selalunya dapat wad dalam lepas Asar gitu
So dalam 5.30 ptg baru la nama aku & beberapa orang lagi dipanggil untuk masuk wad
Alhamdulillah aku dapat Wad 5A.

Dah rasmi menjadi penghuni hospital 

Inilah katil aku...
Dok kelas 3 je... tapi selesa la pada aku

Bila dah masuk wad, aku suh hasben aku balik dulu
Kalau kena masuk labour room baru aku call dia suh datang 
Sian juga kat dia.. nak berulang Batang Kali-Selayang pun ambik masa juga 45 minit - 1jam juga

Lepas hasben aku balik, doktor datang nak cek bukaan
[sebab aku akan dimonitor setiap 4 jam]
Doktor cek aku dah buka 4cm.. tapi still aku tak sakit apa2 pun
Baby keras2 manja je dalam perut
Pehtu doktor kata sebab dah bukak 4cm so aku tak le kena induce
Tunggu sakit progress je la...
LEGA kejap disitu...

Lepas doktor cek, aku pun gi mandi & tukar unifom pink tu
Masa tu pulak dah dekat pukul 6.. aku dah le lapo sangat2
Lambat pulak makanan sampai..
Sementara tunggu tu, aku layan la whatsapp & fb kat tablet aku
Nasib la mobile data ada lagi...
Dekat kul 7 baru dinner sampai... 
Dinner hari pertama di spital

Sambil menikmati dinner, aku layan la online drama Rindu Awak 200% tu
Dah masuk wad pun sebok nak layan Zil Faezrul lagi..hikhik!
Dalam dok layan tu nurse pulak tanya cemana aku boleh tengok tv kat tablet
Udah aku perturunkan ilmu download tv kat playstore kat nurse tu
Bukan main kecoh lagi deme....lawak pulak nurse2 tu..

Lepas nonton drama tu baru la siap2 nak solat Maghrib pulak
Kali ni aku tak gi surau pun.. sembahyang dalam wad je
Aku ada bawa sejadah ngan telekung
Cuma kain lapik je aku mintak kat nurse
Alhamdulillah ada kawasan yang cukup luas untuk aku sembahyang atas lantai
Idak le kena sembahyang atas katil

Dok zikir wirid dan baca surah Yaasin kejap dah masuk Isya pulak
So terus sembahyang Isyak, pastu buat solat Hajat dan solat taubat
Harap2 dimudahkan untuk aku bersalin nanti..

Dalam kul 10 lebih datang pulak la satu team budak intern dengan lecturer diaorang ke katil aku
Udah aku pulak jadi bahan pembelajaran deme...
Nasib la aku tak sakit masa tu
Habis la perut aku dibelek2nya.. nasib la semua student perempuan
Cuma lecturernya je yang lelaki [Dr Param] tu
Takpe la.. aku pasrah jadi experimen deme...

Kul 11 mlm,  doctor datang lagi nak cek bukaan
Katanya dah 5cm.. lagipun lendir2 darah dah keluar sikit masa ni
Contraction pun manja2 je...
Pastu aku jenjalan je dalam wad untuk cepatkan bukak jalan kekdahnya
Nurse pun dah bagi aku ubat berak siap2
Memang laju je la aku ke jamban... lega dapat berak!
Harap2 idak le ada insiden aku terberak masa nak push baby nanti..

Bila dah letih jalan2 aku pun duduk balik kat katil..
Macam slow je progress bukaan kali ni.. tak macam masa Amira dulu
Nurse pun kejap2 tanya juga, aku sakit ke idak tapi aku cakap sikit2 je
Nurse cakap kalau sakit bagitau @ tekan bell... aku pun yelah kan je la
Aku expect aku akan bersalin dalam kul 12 @ kul 1pg tp sebab contarction tak kuat so cam takde harapan je nak beranak hari tu.. 
So aku decide tido je la... lagi baik dari menunggu tah bila nak beranaknya
Sebelum tido aku dah sms hasben aku suh standby
Maybe tengah malam aku kena masuk labour room

Kul 1.30pg, aku terjaga, cam rasa basah kain aku
Ingatkan air ketuban yang pecah rupanya darah
Aku pi toilet, tengok banyak lendir dah melekat2 kat kain aku
Dah gi cuci & tukar kain, aku jenjalan lagi dalam wad
Sebab kalau dah camtu kiranya dah nak dekat bersalin le tu
Kiranya aku ni semua anak kembar darah le...

Aku sms hasben tanya dia kat mana.
Rupanya dia dah ada kat spital.. tido dalam kereta je..
Sian le pulak kan.. tapi nak buat camne...
Dalam kul 2 lebih tu contraction makin kuat
Aku cakap kat nurse yang aku sakit sangat.. so nurse cek bukaan katanya dah 6cm
Tapi idak jugak dia menolak aku ke labour room
Dia kata tunggu jap lagi.. kalau sakit sangat kita cek lagi

So aku pun bersabar la dengan kesakitan yang ada...
Tapi aku idak le rasa nak teran pun.. kiranya boleh tahan lagi la
Tak sampai 5 minit aku cakap sakit sangat2 dah...
Nurse pun cek lagi katanya macam dah 9cm
Patut le aku dah ngeliat kemain dah... terus nurse panggil doktor
Sekali doktor seluk dia kata biar betul... ni bukan 9cm ni tapi dah full
WHAT????? Dah 10cm...
Terus deme tolak aku dengan katil2 sekali ke labour room
Berlari2 nurse yang menolak katil aku tu

Dalam masa kena sorong tu sempat la aku call hasben cakap yang aku dah nak beranak sangat2 dah
Sempat cakap tu je... pastu tak ingat lain dah..
ingat Allah je masa tu...

Apa jadi kat labour room??? 
Tunggu sambungannya....
PENGALAMAN YANG AKAN BUAT AKU RASA TAKMO BERANAK LAGI...

3 comments:

uncle gedek said...

uncle tak pernah ada pengalaman bersalin...

kecuali bersalin kulit.

hehe

Unknown said...

wow! saspen sangat!
sejuk2 dah tangan saya membacanye.
x sabar nak tunggu sambungan citer. heheehhe

ibuayu said...

Download program apa kat play store..akak pun nak tahu gak hehe..suspen lak rasa bila terus buka 10cm ya