Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 21, 2014

SAKIT BERJEMAAH

Memang musim orang sakit la ni kan
Family aku pun terjangkit sama
Demam + batuk+ selsema
[tak menahan sungguh]

Kita yang tua ni pun tak tahan bila kena serangan sakit 3 serangkai ni
Apatah lagi la budak2 kan
Nak2 pulak bila si Kakcik pun kena
Sian kat dia... nak minum susu pun tak boleh sebab hidung tersumbat

Mula2 kena si Adib, tapi takat selsema je la
Jangkit pulak dekat mamanya
Mamanya pulak selalu digomol dek Kakcik
Maka terjangkit la dekat dia sekali


Pastu terjangkit la pulak ke abahnya
Aleeya pulak dari Isnin asyik pening & badan nak demam
Ingatkan nak suh dia duk rumah je
Tapi sebabkan dia ada periksa, terpaksa la dia pegi sekolah juga
Siap atuknya bekalkan Minyak Angin Cap Kapak sepanjang berada kat sekolah
Tapi setakat semalam, Aleeya dah beransur baik

Amira pun selsemanya dah kering sikit
Cuma dah kena batuk pulak
Sian juga malam2 asyik terbatuk2
Bila anak2 tak sihat ni, parents pun tak lena tido dibuatnya
Kejap2 mesti terjaga bila anak2 terbatuk la merengek la
Aleeya terkentut masa tido pun aku boleh terjaga... ish...ish...

Pesanan khidmat masyarakat:





1 comment:

Anonymous said...

musim kot, moga semuanyer cepat sembuh yer !