Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 26, 2013

PULANG KE RAHMATULLAH

Malam semalam mak aku sms
Katanya Tok Bah dah meninggal petang semalam
Innalillahi wainna ilaihi raji'un
Tok Bah tu merupakan nenek baru kitaorang
Wan [datuk aku] kahwin dengan Tok Bah selepas nenek aku meninggal.

Arwah nenek aku meninggal 2 minggu lepas Adib lahir
2 tahun lepas tu Wan aku kahwin pulak dengan Tok Bah
[kebetulan selang beberapa hari selepas cucu Tok Bah yang juga sepupu aku lahirkan anak]
Betul la kata orang setiap kelahiran pasti akan ada kematian saudara mara terhampir
Suratan @ kebetulan???? Wallahualam..


Walopun Tok Bah ni baru jadi nenek kitaorang lebih kurang 3-4 tahun
tapi kitaorang tetap anggap dia macam nenek kandung kitaorang
Tok Bah ni lemah lembut orangnya & pendiam je
Apa2 pun semoga Tok Bah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman & dikasihi Allah
Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah..



3 comments:

Rizziela said...

Alfatihah.. semoga tok bah ditempatkan dikalangan orang2 beriman

ibuayu said...

Al fatihah

eMMe said...

Salam Takziah Sis Syani...