Alhamdulillah hujung minggu lepas Amira dah selamat jumpa atuk, opah, maksu, makcik, pakcik & Alisya kat ipoh.. Ni la first time Amira balik Ipoh [dulu balik Amira dok dalam perut lagi]
Aku ni pun dah lama tak mengisahkan perkakas baby kalau pi berjalan
Kalau boleh semua nak usung.. takut2 ada yang tertinggal
Sampai penuh bonet kereta dibuatnya [walhal nak balik sehari je]
Tak kisah le tu.. janji ada semua untuk keselesaan si kecik
Memula ingatkan nak bagi dia baring atas toto je dalam kereta
Tapi rasa cam tak muat pulak seat belakang nanti
Last2 kasi je dia duduk dalam takung kuning ni
Ok je dia layan blues dalam tu..hahahaha
Takde la meragam pun... pas bagi susu dia tido je dalam kereta
Dah exit kat Simpang Pulai, baru la dia cam tak selesa
Cam ni rupanya... berkerut2 dahi
Rupanya cik gebu ni berak la pulak
Ala.. dah dekat nak sampai rumah opah dah ni
Kita basuh & mandi terus la ka rumah opah kan...
Sampai rumah opah tengok2 Pakcik, makcik & Alisya dah ada kat sana
Dah besar dah Alisya rupanya.. dah 6 bulan
Bonding time with one another
-gambo cilok dari fb adik ipar aku.. mintak ijin yer..-
Cenonitnya kamu Amira.....
Amira dah dah meniarap kot... Asyik mengiringkan badan je... Bila tak lepas menjerit2 dia satu rumah..hehehehe.. Alisya pun tunjuk la skil meniarap kat Amira [ewah.. mentang2 dah expert]
Malam pulak, si Amira dok menangis sebab kepanasan.. Bila buka baju, tinggal barut & pampers baru la boleh sengih2. Ya ampun.. memang panas giler rumah mak aku ni... Dah le kipas angin pun sentimental je anginnya.... Aircond adalah sangat2 diperlukan... Atok & Opah sila pasang ekon sebelum raya ni ye.. Kami pakat nak balik ramai2 tahun ni..hehehehe... Kalau tak tido hotel je la kami kot..kui.kui..kui..
6 comments:
Comelnya Amira..putih melepak!!! gerammm
amboi... demand ngan opah nampak nk ekon yee
sama mcm umah mertua aku hr tu. merasalah tengah2 malam masuk dlm kereta bukan aircond sebab nayla tak mo tido kepanasan.huhuhu
musim panas jugak sekarang nih kan~
seronoknya amira balik kg...
panas dan berjerebu juga...
geramnyer tgk baby2 ni hehehe
Post a Comment