Khas untuk ibu2 yang bakal beranak tak lama lagi
Yang dah beranak pun boleh je baca
Yang belum kawen pun boleh baca.. no hal punya.... tambah pengetahuan kekdahnya..
Ekceli info ni pun aku just share dari blog DR TOTIN
Bagus la blog dia sebab banyak info...
Cara penulisan dia pun best..
Back to main point, aku yang tengah nak refresh memory meneran masa beranak dulu
Neves, gabra, semua ada sebab lagi 3-4 hari dah due
Tapi instinct aku rasa maybe aku akan overdue [tapi tak tahu la berapa hari]
sebab anak2 yang sebelum ni memang overdue 6-8 hari gitu..
Sekarang ni tengah menunggu tanda2 bersalin la
[ok from this part memang kopipes sebijik sejibon dari blog DR TOTIN sebab aku malas nak taip]
Apa tanda-tanda nak bersalin ye?
Nak beranak maksudnya. Bukan nak salin baju.
- Perut semakin terasa sakit dan mengeras-ngeras secara seragam dan teratur. Bukan mengeras sekejap ada skejap tak ada. Tetapi semakin kerap, setiap 10 minit ke, 10 minit mengeras 2 kali ke.
- Keluar lendir lendir darah.
- Keluar air jernih (Air ketuban), yang banyak sehingga membasahi kain anda. Korang jangan ingat korang terkencing pula dan buat don’t know sahaja. Itu air ketuban itu, baik pergi hospital sekarang juga!
- Terasa nak terberak. Oh itu sudah parah itu, jangan mengeran dulu, nanti terberanak pula. Cari hospital cepat!
Okey sekarang dah sampai di hospital. Doktor dah suruh baring dan mengangkangkan kaki.
Alamak, doktor cakap kepala dah nak terkeluar tu, apa yang perlu kita buat?
Relax, jangan gelabah.
Pushhhhh puuushhhhhhh.
- Cara posisi meneran yang tepat: Lutut berlipat dan kedua kaki berbuka. Jangan terkepit-kepit kelengkang tu ha macam mana baby nak keluar? Geram betul kalau patient buat begitu. Tangan pegang erat ke buku lali. Tarik buku lali saat meneran supaya at the same time membuka kelengkang anda.
- Meneran bila perut tengah tegang / sakit. Bila tak sakit tak payah meneran, tak guna.
- Sebelum meneran, tarik nafas panjangggggg sekali, dengan mulut tertutup.
- Apabila menerat, angkat kepala, letakkan dagu di atas dada, mata terbuka dan memandang perut sendiri. Yelah takkan nak pandang perut misi kat sebelah pula?
- Meneran seperti ingin berak? Bayangkan kau dah sembelit seminggu tak berak, bagaimana?
- Jangan menjerit-jerit. Memekak sahaja. Korang sembelit nak terberak menjerit-jerit dalam toilet ke? Tidak kan? Buat hilang tenaga je kalau menjerit.
- Jangan angkat pungung, badan menggeliat sana geliat sini. Buat penat je nanti.
- Jika dah merasa bayi betul-betul dah nak terkeluar (terasa panas dan terbakar di tempat sulit kita), teruskan meneran pelan-pelan tetapi konsisten, jangan meneran terlalu kuat. Ini dapat mengelakkan daripada kawasan sulit kita terkoyak rabak.
- Terus peluk baby saat sesudah melahirkan, dekatkan mulut bayi pada tek-tek korang supaya baby kenal puting mak dia sendiri. Tapi kalau misi/doktor bawa lari baby korang selepas melahirkan, itu maksudnya baby anda ada something wrong lah itu. Be cool, nanti baby dah okey, dia bagi korang balik.
- Jangan nak kissing-kissing hubby lepas nak bersalin. Balik rumah boleh buat. Annoying betul, aku nak menjahit tut-tut yang dah terkoyak itu pun tak senang.
** Ok dah paham semua ibuk2??? Harap dapat banyak info dari ilmu yang aku share kan... Kesilapan aku masa beranak Adib dulu ialah mengeluarkan suara masa meneran. Bukan menjerit tapi macam menahan suara di kerongkong. Hasilnya tekak aku sakit & suara aku hilang sementara.. Kali ni harap2 tak berulang lagi kesilapan itu...
4 comments:
terima kasih sharing the infos :)
errkkk! terus rasa takut!
cam diri sendirik jer nak beranak.. hahahaha..
okeh2.. amik sebagai panduan masa akan datang.. mekasih yer~
Kalau teran secara betul, tak sampai 5 minit baby dah kuar. Fiza pernah alami. Huhu... Penting! Kena tau ilmu meneran.
All the best along, in shaa Allah dipermudahkan nanti..
Post a Comment