Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 25, 2013

LAUK KHATAM QURAN

Malam Rabu lepas jiran belakang rumah Cik Besah ada buat bacaan Yasin kat rumah
Sempena Maulidur Rasul la gamaknya
Pastu dia ada la bagi pulut kuning kat aku sikit
tapinya rendangnya dah habis.. semata2 pulut kuning tu je la

Teringin nak makan pulut kuning tu sebenarnya tapi takde lauk nak lawan
So pagi semalam, terus masak kari telur
Nak masak ayam, ayam pun dah habis.. malas nak tunggu pegi pasar pulak
Last2 rebus telur la... nak jugak buat kari makan dengan pulut

Jeng...jeng..jeng...
Buat pulak kuah kari pekat2..nyum..nyum...
Sorry la presentation hodoh sebab ni kali kedua aku makan
Sebab tu piring tu dah comot2 sikit..hehehe
[tak sabar nak makan, baru teringat nak tangkap gambar]

Teringat masa aku sekolah agama kecik2 dulu
Kalau ada orang khatam Quran mesti ada pulut kuning ngan kari/rendang
Bila aku dah khatam Quran, suh mak aku masakkan pulut kuning dengan kari ayam
nak bawak pegi sekolah agama, pastu makan ramai2...
Nostalgia sungguh!

3 comments:

Ya ALiya said...

pulut kuning dah khatam alquran mmg tak dapat di pisahkan....

Qhaifa Nur said...

tak sabar nak tunggu anak-anak khatam qurban...

Rosmawani♥ said...

sedapnyer..ari tu pregnt teringin gak nak mkn... :P