Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 29, 2012

CERITA RAYA & KORBAN

Alhamdulillah, sempena Raya Aidiladha baru ni
Abang ipar aku dah selamat buat korban seekor lembu
Walaupun nama aku & anak2 tersenarai, tapi aku tak andaikan yang aku buat korban
Sebabnya bahagian aku & anak2 tu abang ipar aku yang sedekah
[kiranya cam tumpang nama je...]
Insya-Allah, bila ada rezeki lebih tahun2 akan datang, aku & suami akan buat korban pulak

Tahun ni punya sambutan raya pun tersangat la sempoi
Takde la meriah mana pun cuma cam biasa la masak2 nasi impit & rendang
Sedara mara pun ada gak la yang datang
[Kiranya cam tak habis2 la duduk dapur kan..hehehehe]
Aku tolong sikit2 je... ate mak buyung tak berapa larat nak diri lama2

Sama cam tahun lepas, beli lembu & sembelih di Selayang
Pastu lepas potong2 sumbat dalam Kembara, angkut bawa balik Batang Kali
Kat rumah Cik Besah baru la ade adegan lapah melapah
Tu keje orang lelaki la kan.. main dengan pisau, parang, kapak dsb
Yang pompuan2 ni kejenya ma...sak je la...
Ok la, layan dulu gambar2 masa melapah lembu
Lembu kali ni kecik je... Tak banyak isi pun
Keje melapah kejap je la..

 Satu sudah siap, tinggal lagi 3..
Mandur cam biasa ---> Cik Besah & Cik Zul

 Jelingan si lembu..

 Ni Alisya, anak jiran belakang rumah Cik Besah
Sepatutnya si Adib yang tangkap gambar dengan kepala lembu tu
Tapi si Adib tak nak tengok kamera lak masa ni..

Lepas lapah melapah tu, bahagian tulang kami buat sup
Malam tu masing2 pakat makan sup tulang la
Biras aku siap buat Nasi Minyak & Daging masak kicap
huhuhu.... kenyang.. sampai keras perut aku dibuatnya..

** Kalau ikut bulan Islam, setiap hari raya Haji, ialah birthday Aleeya
Kalau ikut2kan, dah 8 tahun la anak dara aku tu..

4 comments:

Qhaifa Nur said...

buat sup sudah semestinya....
amboi tgk kepala lembu tuh...
siapa yg dapat ni...

(^_-)V said...

owh yaya ni hari jadi dalam bulan Islam same la macam mak cik..hehehe

Izwa Kamaruddin said...

wahhh meriah!!

Anonymous said...

kepala lembu tu !