Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 19, 2012

BABY STUFF YANG AKU TAK PERNAH ADA

Kalau jenguk blog2 new mummy ni memang terasa kalah beno
Ye la kan.. nak2 pulak anak pertama macam2 deme dok beli perkakas kat anak2
Aku dulu bukan le tak nak beli tapi selain bajet constrain, practicality juga penting bagi aku
Kalau takat nak pakai 2-3 bulan pastu simpan, tak kuasa la aku nak beli kan
Tapi la ni mak bapak ramai yang dah kaya raya... serba serbi nak ada untuk anak2.. ye dak??

Ada la yang tanya apa perkakas2 nak kena beli sempena anak pertama ni kan
[aku kan dah nak masuk anak ke-3... tetiba perasan cam dah experienced bebeno]
Jawapan aku senang je... apa korang nak beli, beli je la, bukan guna duit aku pun..hehehehe
Ye la kan, tepuk poket sendiri la... takkan nak tepuk poket orang lain pulak..

So tanpa segan dan silu, aku nak war2kan selama ni aku tak pernah beli benda2 ni untuk anak2 aku dan benda2 ni pun tak pernah wujud kat rumah aku.

 Apa nama benda ni ek??
Aku takat bentang toto kecik pastu bagi la soft toys kat baby..


 -Walker-
Tak pakai benda ni pun, laju je anak aku jalan
[Dua2 anak aku umur 9 bulan dah jalan dah]

 -Gendong baby-
Gendong atas lengan je.. tak reti  la aku pakai benda ni


-Potty-
Aku terus train guna jamban sebenar.. tak kuasa la aku nak pi basuh pulak potty ni lepas guna. Baik terus flush je kat toilet

-Car seat-
Sebelum ni aku rasa tak perlu sebab aku ni jarang drive long distance. Lagipun kalau dalam kereta anak2 aku lebih selesa berbaring. Tapi kali ni rasanya kena beli gak le sebab kapasiti kereta aku dah tak membolehkan pembaringan berlaku.. Ada sesapa nak jual murah2 kat aku tak??


Setakat ni kat rumah aku cuma ada stroller, buai, carrier a.k.a takung, bouncer & playpen je. Aku takde baby cot tu sebab beli playpen. Senang boleh lipat2 & boleh usung bawak balik kampung..hehehe. Tu pun beli masa Aleeya dulu. Adib pakai yang kakak punya je la. Tapi rasanya nak kena beli stroller baru kot sebab yang sedia ada tu rodanya dah tak berfungsi dengan baik.

Zaman la ni dah moden & canggih manggih kan, so memang banyak pilihan la kan. Itu terpulang la pada masing2. Kalau rasa perlu, korang beli je la. Cam sekarang kan glamer cloth diapers la, pam susu la, bedung la dan apa2 tah lagi. Semuanya nak mudah & senang zaman sekarang. Yang penting ada pitih semua boleh ye dak???

5 comments:

Me said...

setojuuuuuu semua benda need money... so tepuk poket sendiri la kan kan kan syani...

SYANI said...

Tau takpe... zaman la ni semuanya dah senang, tinggal nak sediakan duit jer..

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

hi lama x komen kat sini..asyik jadi silent reader je.

Yg 1st tu rasa membazir kot beli..sy dpt free je dr huggies tapi sudahnya dia bukan dok diam je dlm tu..merayap je.. katil baby pun dah bg kat adik ipar je...dia pun x guna sbb menyempitkan rumah.. tapi walker tu sgt2 penting pd sy sbb x kasi dia menyarap kat lantai dan kutip segala benda. Tp bila dah pandai bjln mmg berbungkus ler balik walker tu.

Apapun nak cadangkan beli nursing pillow. Hari tu pun sy baru beli stroller sbb dah jahanam.. Pastu beli Stroller pad yg sgt berguna pd sy.. aduh nak update kat blog tapi asyik x berkesempatan je....

:)

CIK JATT said...

saya ada semua tu except potty. tapi tu la, rasa macam membazir pun ada, sebab bukannya guna sangat pun. last2 donate jer kat adik ipar untuk anak2 diorang:)

Akak Kembang said...

car seat tu tak penah beli sb selalu pangku anak je