Masa menggoogle tadi terjumpa la iklan dok promote citer MAE NAK
[Nak tayang kat wayang hujung bulan ni rasanya]
Tengok gambar pompuan bawak anak lebih kurang cam citer NANG NAK
Ada yang pernah tengok citer Nang Nak tak???
Aku tengok trailer kat youtube pun rasanya ceritanya pun lebih kurang sama dengan Nang Nak
Cumanya MAE NAK ni rambutnya panjang, yang NANG NAK dulu rambutnya pendek
Lagi satu pelakon yang jadi suaminya tu yang citer Nang Nak lagi hensem...hehehehe
Cerita ni cerita hantu Thailand. Aku memula tengok dulu masa aku kat UUM. Kan ke dekat dengan Siam..hahahaha. Tu yang asyik nengok citer Thailand tu.. Nasib le ada translation.. Pada aku idak le scary sangat hantunya, cuma banyak scene terkejut2 je. Tapi dalam ala2 seram tu, boleh juga menangis.. ye la kan.. sedih tengok kesetiaan si isteri yang tetap tunggu hasben dia walopun dia dah mati masa beranak. Yang suaminya pulak boleh tak tahu yang isterinya tu dah lama mati.. [suami dia kan pegi perang]. So selama dia balik ke kampung lepas perang tu, yang melayan dia tu ialah hantu isteri dia. Bila orang cakap isteri dia hantu, dia tak caya.
Bab2 ending tu bila masing2 kena berpisah, memang sedih ooo.. Bab tu la yang sampai nangis2 tu. Cis sentimental sungguh aku ni.
Korang pegi la tengok trailer MAE NAK kat youtube pastu korang compare dengan NANG NAK tahun 1999 tu. Mana lagi best.. Tapi rasa cam nak tengok juga citer MAE NAK tu..
3 comments:
errrr...takmo tgk cite antu... kat Nuffnang pun dok promot cite Mae Nak, Sis tgk le, nnt citer ek, heeeee
alah....lieya penakot....mmg sumpah tak tengok punyeeee hahahaahah
saya nih penakot.. entah berani ke tak nak tengok citer hantu gittu.. hehehehe
Post a Comment