Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 5, 2012

FURAMA HOTEL @ TAIPING

Selama 2H1M di Taiping, kami menginap di Furama Hotel
Hotel ni terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping
Kiranya kalau nak ke Taman Tasik tu boleh la jugak jalan kaki
Tapi kalau nak ke Zoo Taiping, agak semput jugak le nak jalan..

Sekarang ni kat area Taman Tasik Taiping semua dah jadi one way. Kiranya kalau nak ke satu2 tempat tu, kena la tawaf satu lake garden.  Nanti aku citer part kitaorang jenjalan ke Taman Tasik. Tapi la ni aku nak citer pasal Furama Hotel ni dulu. [Entry ni ada banyak gambo tau...]


 Ni view dari tempat kitaorang parking kereta.



Hotel ni end lot & ada satu kawsan parking yang berpagar untuk orang yang menginap kat sini. So tak payah susah hati la pasal kereta korang. Dah le berpagar, ada guard lagi yang jaga bila waktu malam.




 Kawasan parking yang berpagar.... don't worry, ok.


Lepas parking, jom kita check-in dulu la...panas la kat luar ni..
Adib & bantal busuknya... takleh tak bawak.. Kalau tak malam nanti sudah nak tido.


Hotel ni adalah hotel cina. Dekorasinya juga ala2 chinese style gitu. Banyak koleksi dari CHINA & juga seluruh dunia.
Ni kat area lobby. Ada ruang untuk rehat & baca paper. Ada juga PC untuk sesape yang nak surf internet. Wi-Fi pun ada kat sini. Nampak tak PC kat belakang tu??




 Antara koleksi yang ada kat lobby


 Aneka keychain dari seluruh dunia.


 Pasu besar CHINA mari...

 Kat entrance Furama Hotel


 Dah dapat kunci jom aku tunjuk bilik pulak

Bilik kami semua kat tingkat bawah. Takyah susah2 naik tangga. Tapi biasa la ade je aku nak komplen pasal hotel ni... Memula ialah lokasi katil dalam bilik tu. Buka pintu terus nampak katil. Macam tak privasi la pulak. Dah le tu, kalau pintu bilik terbuka, orang yang lalu lalang akan terus nampak dalam bilik. So kena hati2 le kalau nak salin baju ke apa.
Dah le bukaan pintu tu mengadap ke katil. Kalau sebaliknya maybe lebih elok kot. Ada LCD tv & ada astro channel. Tapi banyaknya channel bahasa Cina la. TV3 pun tak ada. TV9, Astro Ria & Prima je ada. 

Kami punya bilik ada 1 queen bed & 1 single bed. Ekceli bukan katil pun. Cuma letak tilam atas platform je. Paham tak maksud aku??? Jap aku tunjuk.

Ni la platform tu... Yang lagi tah apa2 kan, ada ke pulak kat tengah2 tilam tu dibuatnya lubang. Memula aku tengok aku rasa cam pelik je dia buat camtu.

Tapi bila fikir balik, kalau nak senang, kita rapatkan je tilam tu. Luas sikit nak tidur. Tapi yang tak syok, tilam queen tu ok la lembut, tapi yang tilam single tu mak oi... keras giler.. terasa spring2nya tu. Sakit badan aku dibuatnya.

Selain tu ada meja & rak letak flusk, kopi & cawan. Telefon pun ada kalau korang nak request apa2 kat reception. Almari takde tau, cuma ada tempat sangkut ala ampaian tu je. Nasib baik la tuala provided sebab aku lupa bawak tuala.

Tisu pun dibekalkan tau... Ini je la amenities yang ada. Sabun, syampu, ubat gigi dsb sila la bawak sendiri tau.


Cermin & sinki a.k.a tempat mekap.. Ni kat tepi pintu tandas. Ada 2 ketul sabun May disertakan sekali.

Part palinng penting... toilet.
Toiletnya agak kecil tapi selesa la.. Yang penting BERSIH. 

Ni plak bahagian shower. Bahagian yang paling BEST kat hotel ni. Sebabnya air dia yang sejuk & deras. Mandi lama2 best kat sini. Sebabnya kepala shower tu guna kepala yang besar. So mandi memang macam mandi hujan. Air mencurah2 atas kepala. Sapa sakit kepala, syok le bersiram bawah shower ni. 

Lupa lak nak mention, bilik ni ada aircond tau & jugak ada anak panah kiblat. Walopun hotel cina, kemudahan untuk muslim juga disediakan.Contohnya cam dalam shower tu ada paip rendah untuk ambil wuduk.


Sebelum sampai bilik aku ada satu cermin besar tau. Best la kalau nak tangkap gambar full at sini. Aleeya pun suka sangat la main depan cermin ni.


Ok, habis citer hotel... jom la jenjalan lak. 

1 comment:

lieyalatif said...

yg penting selesa...sbb kite ni kalo gi bercuti bukan nak tdo hotel pun kan...lebih nak jalan2 sebenarnye...hotel plak asalkan selesa tuk berehat dah cukup dah...