Ini bukan entry lucah tau ataupun cara2 mengajar anak2 darjah 1 cara2 buat seks pulak. Choy!
Nak citer satu conversation antara aku dan Yaya hujung minggu lepas. Aku dah lupa ingatan apa asal usul permulaan perbualan tu.
Yaya : Mama, nanti mama jangan panggil pepet tau
[korang semua sure tau pepet tu apa kan???]
Mama : Abis tu nak panggil apa?
Yaya : Cikgu suruh panggil GENITALS
Mama : Genital?? Kalau laki punya cikgu suruh panggil apa?
Yaya : Genital jugak le
[fuh... nasib cikgu tak cakap pasal vagina & penis pulak...hehehehe]
Yaya : Pastu cikgu cakap, kalau budak perempuan, orang lain tak boleh pegang sini, sini ngan sini [sambil tunjuk genital, punggung & dada]. Kalau budak laki pulak tak boleh kasi pegang sini je [sambil tunjuk genital]
Mama : Tau takpe... Ingat pesan cikgu tu... Jangan kasi orang pegang tau! Yaya pun tak boleh pegang orang punya...
**Entry aku ni agak terang & jelas butir2 perkataannya.. Ya-ampun kalau ada yang tak selesa baca entry ni...
** Bagus juga kalau kat sekolah dah alertkan budak2 pasal isu macam ni. Kadang2 kalau cikgu pesan depa ingat tapi kalau mak bapak sendiri pesan cepat beno lupanya...
4 comments:
kalau la cikgu perempuan yang tunjuk pasal semua tue, tiba-tiba budak perempuan kata cikgu punya lain kami punya lain (tang dada) macam mana pulak ek...tepuk dahi!!!
wah bagus la sekolah dah ajar menda2 camni.. klu kita mesti cam tak tau camne nak ajar hihihi
bagusnya.. zaman kite x de pun..
bagus la dh bgtau awal2.. zaman sekarang macam2 dugaan nk membesarkan anak kan sis.. harap2 anak2 kiter mampu menjadi anak yg soleh/solehah.. amin..
Post a Comment