Kecil2 dulu memang selalu ditakutkan dengan citer hantu KumKum ni. Kalau tak silap aku, kalau terdengar orang bagi salam Assalamualaikum Kum Kum tu maknanya hantu kumkum la yang datang tu.. Eiiiii seram sejuk masa tu dibuatnya.
Kononnya hantu kumkum ni asalnya sorang pompuan cantik yang langgar pantang & akhirnya muka dia jadi buruk. Tapi masa aku sekolah rendah dulu ada jugak cerita camni tapi bukan panggil hantu kumkum, tapi panggil apa tah aku dah tak ingat. [Sapa ingat sila refresh memory aku ni ek..] Katanya masa tu pompuan tu keje kat kilang SEAGATE, Chemor pastu bila muka dia dah buruk, dia pakai purdah sebab nak sorokkan muka dia & sambil tu culik budak2 pompuan sebab nak makan darah anak dara sunti. Katanya dia naik kancil merah, so masa tu kalau nampak kancil merah mula la fobia. [Masa tu dah le aku gi sekolah agama naik basikal, siap lalu kawasan lombong yang agak sunyi lak tu]
Sampai sekarang tak tahu la kesahihan cerita tu betui ke idak. Ada yang kata betul, ada kata tipu semata2 nak takutkan budak2 dari keluar sorang2. Ntah le..
Semalam, sempat la nengok citer Sumpahan Kum Kum ni. Aku donlod je citer ni. Tak kuasa la nak beli CD bagai. Nak tengoknya sekejap je pun.
Memula tu cam tak berapa paham sikit la. Tapi towards ending baru la dapat tangkap sebab kewujudan hantu Kum Kum tu. Selalunya kalau tengok citer hantu Malaysia ni, hantu2 ni wujud sebabnya nak sampaikan sesuatu @ sebabkan dendam dan jugak berkaitan dengan amalam ilmu hitam.
Basically citer ni disebabkan dendam je la. Tu la sebab dia nak hapuskan keturunan Mak Som [lakonan Lydiawati]. Eh pompuan ni kan ke dah bertudung, pesal dia bukak tudung lak dalam citer ni??
-Ni scene masa pompuan yang dah terlanggar pantang tu nak mintak tolong Mak Som carikan cara nak cantikkan balik wajah dia-
Pada aku citer ni takle seram sangat. Rupa paras hantu tu pun idak le mengerikan sangat. Takde scene yang terkejut2 pun. Takut lagi tengok muka hantu dalam citer Karak tu rasanya..heheheh..
Overall, ok gak le citernya. Nak kata tak best, kira orait le, nak kata best pun, idak le jugak. Aku bagi 2.5 bintang je. Kalau nak tau sinopsis, kome google la sendiri. Aku malas nak taip panjang2.
** Tapi tak pulak diceritakan asal usul kenapa dia sebut kum-kum tu. Adik aku siap cakap macam nak main2kan perkataan assalamualaikum tu pulak.. Betui jugak kan???
6 comments:
tak tgk citer hantu..hehehe.penakut daa..
haah la, lydiawati bertudung kan... ermnn... ntah...
betulla.. dulu kat kawasan kampung saya pun kecoh pasal antu ni... naik kete merah.. ingat2 lupe la cite dia..
Mrs Eady,
Citer hantu Malaysia sekarang dah tak banyak yang seram..
Lierose,
Citer pasal hantu purdah to femes satu malaysia kalau tak silap..
ye..saya ingat cite hantu kum kum naik kancil kaler merah..hehehe..betul2 takut mase tu, skang bile pikir2 balik mcm tak logik plak..heheh
tgk citer ni dgn hubby tgh mlm.. xtakut pun..
Post a Comment