Semalam masa on the way pergi kerja aku terperasankan sesuatu
Sesuatu yang ditunggu bertahun-tahun
Sejak aku pindah ke rumah sekarang
Akhirnya, selepas 4 tahun....
POKOK MANGGA AKU DAH BERBUNGA...
Pokok mangga ni jiran depan rumah aku yang bagi anaknya
Pastu aku suruh hasben aku tanam kat luar pagar
[sebabnya kalau tanam dalam pagar, berkemungkinan tinggi cepat mampus sebab tanah kawasan rumah aku tu tanah berbatu & tak berapa subur]
Tu dia bunga mangga.... Gambar ni aku snap dari dalam kereta je
Malas nak turun semata2 nak tangkap gambar
Tak sabar nak tunggu pokok mangga ni berbuah. Tak tahu mangga apa ni. Tapi kalau pokok diluar pagar ni pepaham je la risikonya sebab ntah sempat ke tidak merasa buahnya sebab berpotensi nak kena curi.. Kalau ada rezeki tahun ni, merasa la aku nak makan mangga pokok sendiri...
8 comments:
nanti keluar putik dia, bungkuslah. kalau buah mangga golden lily sedap betul rasanya. Adik akak kat kulim pun tanam kat luar pagar. Tapi alhamdulillah ada rezeki merasalah buahnya.
p/s: kat opis akak xleh donlod software tu. pastu kat rumah pulak x sempat nak buat. huhu...
bestnye ada pokok sndiri.. dah nak berbuah pulak tu.. harap2 sempat la merasa hasilnya kan
wah!! best n x sabar kan nak tunggu buah sulong..
fuhhh bila dah berbuah nanti boleh le menyicah fuhhh besttt tu kan
Kak Yana,
Tapi pokok tu ada kerengga la kak.. entah le cemana nanti.
Lierose,
Harap2nya cenggitu lah...
Adam Hawa,
Memang tak sabar, dah 4 tahun tunggu tu...
Mak Dara,
Tang mencicah tu memang feveret dari dulu lagi...
Post a Comment