Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 31, 2012

RPLBM (PART 6) : MENARA TAMINGSARI

Lepas jenjalan kat The Stadhuys, sekali lagi menapak ke area Muzium Samudera.Tau ke kat mana?? Alahai... Kapal kayu besau kat tengah bandau tu le


Memula kononnya adik bongsu aku nak pegi muzium tu tapi dek kerana Pak Latif tak mau masuk, so semua pun tak mau masuk [dah tua bangka pun masih nak membontot abah & mak...hehehehe].
Yaya pun mulanya ajak juga ke situ. Ekceli aku pun malas nak masuk [kena bayau lak tu]. Kalau adik aku nak pegi, for sure la aku suruh Yaya ikut sekali. 

Kesudahannya terus la kami menuju ke kaunter Menara Tamingsari tu... Dah le hari panas terik walaupun masa tu belum pun kul 12 tengah hari. Bila sampai kat bangunan untuk beli tiket tu fuh.. lega.. sebab ada kipas.. Sejuk sikit badan. Tapi yang tak bestnya masa tu barisan punya la panjang... [Macam masa naik river cruise jugak]. Kami pun gigih la berbaris...

Rupanya kami berbaris kat barisan untuk naik menara tu. Bukannya untuk beli tiket. Kaunter tiket lengang je.Ada la 2-3 orang je yang tengah beli tiket.




Masih mengambil strategi macam kat river cruise, suruh adik aku yang beli tiket sementara yang lain2 berbaris.. Tiket kalau tak silap cuma RM10.. Kami ada 11 orang.  Duit tiket Angah yang sponser.. Thanks bro..
Lepas beli tiket pun barisan masih panjang lagi... Jenuh gak beratur.. Kat depan tu ada photographer yang akan ambil gambar. Free je tapi masa turun nanti terpulang le nak beli ke tidak gambar yang depa tangkap tu. [Idak le FOC namanya kan???]. Kitaorang siap elak2 lagi nak tangkap gambo. Abah aku siap sound lagi  'tak payah tangkap gambo la.. memang tak nak beli pun'...


Lepas beratur kat dalam bangunan, kena beratur kat luar bangunan lak. Kat sini baru la nampak menatang yang akan kita naik nanti.


 Up up & away..
 Tunggu turn nak naik. Nasib baik ada kerusi. Idak le lenguh kaki teman dibuatnya..



 Kami dah masuk dah...  Rasa macam naik LRT lak..hehehehe


 Sudah naik..... setiap orang akan dapat view la sebab mende ni akan berpusing 360 darjah kat atas tu. Ada la pusing 2-3 kali masa kat atas tu.

Naik mende ni takde la gayat pun sebab max ketinggian cuma 800m dari tanah... Gayat lagi naik kereta kabel kat Langkawi tu.. Tapi view memang cun la..


 Tu dia kapal besau..


 Nampak tak kereta kitaorang kat bawah tu?? Ce teka yang mana?


Dataran Pahlawan yang dah berubah wajah.. Dulu rasanya ada padang & kereta lembu berlegar kat kawasan ni..



 Nampak la laut Cina Selatan.. [ye ker???]
Aku baru tahu kat Melaka  ada feri nak ke Indon [Dumai]



 Tu la laluan River Cruise..



Adib khusyuk tengok pemandangan

Touch down!


Ok gak le naik menara ni. Orang kata kalau view malam lagi best sebab nampak lampu2. Next time boleh naik lagi kalau datang Melaka. Tapi yang tak bestnya kejap sangat la naik menatang ni. Rasanya 10 minit je dari memula naik sampai turun bawah.. Erm...

Lepas je turun, Adib muntah lagi. Sib baik ada longkang kat situ. Sian pulak tengok dia. Memandangkan cuaca amat terik, ketua rombongan ajak pi Dataran Pahlawan (DP). Nak lunch sekali kat food court situ.

Lepas lunch kitaorang jenjalan kat dalam building DP tu. Tapi memang tak larat nak jalan la weh... Besar sangat tempatnya. Lenguh kaki dibuatnya kalau nak jalan end-to-end. Lepas memasing letih [jenjalan dalam ni pun bukannya ada tujuan nak bershopping bagai].  Pasni mak aku ajak balik kampung abah aku kat Telok Mas.

11 comments:

Izwa Kamaruddin said...

haritu pegi benda ni tuutp sb maintenance yearly..hhuhuuu..

bunga_rose said...

penah naik masa tu preggy ank petama.. best tu best tp kejap sangat kan...cam tak bebaloi je RM10 hihih

Eliss said...

x pernah naik lagi menara tu.boleh masuk dlm list ni.

mr icham said...

ate...kelakor pulak tang abah cakap tak payah ambik le, kami pun tak nak...ha ha ha...satu lagi, mana pulak melaka ngadap laut china selatan...dah tentu2 le mengadap selat melake aje...akekeke...

SYANI said...

Mrs Eady,
Nampak gayanya nak kena pegi lagi la tu..hehehehe

SYANI said...

LieRose,
Ha'ah.. tak puas naik tu..kejap sangat

SYANI said...

Ellisme,
Pegi Melaka jangan lupa singgah menara ni..

SYANI said...

Mr Icham,
Ye ke... aku buta geografi..heheheh asal nama laut yang terlintas je aku mention..kui..kui

Akak Kembang said...

last gi mac thn lps..agak2 mac ni kena pegi lagik kot

dalila said...

time cuti2 perayaan tntu ramai org kan...

Ayu Ayunie said...

CNY tu plan nak jenjalan Melaka, tp tau dah sure ramai giler org..