Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 28, 2012

RPLBM (PART 4) : MELAKA RIVER CRUISE YANG OHSEM!!!!

Best part on day 1 di Melaka ---> RIVER CRUISE
Actually masing2 pun tak tahu nak naik dari mana. Jenuh gak mencari kaunter tiket River Cruise ni.Pakat main redah je la jalan yang ada.. Nasib la masa tu kereta tak banyak lagi kat jalanraya.

Memula ingatkan nak naik cruise ni kat tempat yang ada mini Eye Of Malaysia tu.Tau ke kat mana?? Kat sini la tempat memula kami  tuju.
 Sebenarnya tu cuma roda ala2 funfair tu je. Sebab lawa tu yang aku panggil mini Eye Of Malaysia


 Bangunan hotel ni ada lampu warna warni yang unik


 Kami dah dapat parking "baik" punya kat sini. Betul2 setentang dengan jambatan Old Bus Station


 Bukti Adib dah sampai Melaka..hehehehe

Dah alang2 sampai sini, ambil la gambar 10-20 keping... Gambar2 dibawah ni semua dari DSLR Acik..Yang kat atas tadi tu semuanya dari henpon aku.. So bandingkan je la  kualiti gambo2 tu semua..




View Jambatan Old Bus Station yang lebih clear.. Lawa kan jambatan ni


 Ini pulak jambatan apa tah tapi aku panggil jambatan pelangi sebab warna warni lampu kat bawah jambatan tu.


Bila sampai kat kaunter situ, rupanya situ kaunter untuk naik ferris wheel & pirate ship kat situ je. Kakak kaunter tu tunjuk la direction nak ke kaunter tiket river cruise tu. So terpaksa la kami patah balik ke kereta & bergerak ke tempat sebenar. Kalau ikutkan nak jalan kaki pun boleh tapi lenguh la kaki...

Akhirnya tiba juga di tempat sebenar. Lokasi sebenar kat Taman Rempah. Kalau rasa tak sure cari je la stesen monorel Melaka. Sebelah tu la tempat nak naik River Cruise ni. Sebenarnya ada 2 tempat nak naik RC ni. Satu lagi dekat dengan Muzium Samudera a.k.a Kapal Kayu yang besar kat tengah pekan Banda Hilir tu. 


Ini la stesen Monorel tu.. Nak naik monorel ni kena bayar gak la.. So korang ada 2 option la, nak naik river cruise @ monorel ni untuk menyusur Sungai Melaka tu.

Kat sebelah stesen monorel tu ada la gerai2 orang menjual macam2. Kopak jugak la dibuatnya dek anak2 aku. Asyik nak mainan je... Mahal lak tu berganda2 dari kedai biasa.

Kat sini parking agak banyak so takyah risau le kalau takde tempat parking. Lepas parking, harus la beli tiket dulu kan.. Tapi queue punya la panjang. Nak naik punya pasal, sanggupkan diri je la.. Nasib la malam kan so suasana sejuk sikit. Kalau siang sure menangis ketiak dibuatnya.

Barisan nak beli tiket....


Ni pulak barisan nak naik river cruise...


So nak cepat kena la merancang strategi kan... Suruh adik aku beratur beli tiket, sementara kami yang lain pi beratur untuk naik river cruise. Lepas adik aku beli tiket pun, barisan river cruise ni masih berjela2. So sementara menunggu tu kita posing je la dulu ek.. Kebetulan pulak budak2 dapat belon free. Suka la anak2 aku..



 Harga tiket untuk dewasa & kanak2.
Kami ada 8 dewasa, 2 kanak2 so total kena RM90 [mak sponsor duit tiket]


Ni kat pintu masuk

Family tak cukup korum...


Masa beratur... sempat lagi berfotogediks..




 Daddy's girls...



 Me and hubby


Me and abah..


 Bondaku yang setia beratur bersama.. Cool mom!


 Adik aku yang 2nd last

 Makudib!!




Akhirnya selepas beratur selama setengah jam... we are onboard..
 The journey begins!!!


Perjalanan dari jeti tu adalah selama 45 minit kalau tak silap & sejauh 9KM
Driver boat ni pun bawa agak slow so memang dapat menghayati keindahan pemandangan sepanjang sungai. Aku paling suka bila lalu kat Kg Morten. Cantik2 rumah diaorang dihias dengan lampu2. 




 Salah satu rumah kat Kg Morten. Kreatif kan??


Pastu akan lalu deretan bangunan yang penuh dengan mural2 & kawasan yang diconvert jadi restoran ala English style.. Lawa sangat..Pastu ada lalu kawasan yang ada air pancut berirama... Ruginya kami tak dan singgah kat situ . Next time pi Melaka harus terjah tempat air pancut tu.


 Memula tadi kami stop kat sini la...Jauh jugak dari jeti tu sebenarnya.. Kalau jalan kaki memang boleh pancit dibuatnya.


 Menghampiri jambatan pelangi...


 Adib yang tekun nengok lampu2 & bangunan warna warni



Kalau dah sampai Kincir Air ni kiranya dah hujung la tu. Kat kawasan ni boat tu akan buat U-turn & patah balik ke jeti yang kita naik tadi..




OVERALL... MEMANG BERBALOI BAYO RM10 UNTUK NAIK RIVER CRUISE NI!!!



** Lagi best naik waktu malam rasanya berbanding waktu siang...


4 comments:

mr icham said...

apesal tiket RM110???bukan ke 8 orang dewasa jer, 2 kanak-kanak???RM90 la kan...he he he...aku pun tak sure...

|| NaFiRaa || said...

bestnye dapat naik bot tuh.. teringin jugak nak naik.. ohhh..RM10 hengget jek.. ok lah tuh.. x de lah mahal sgt..

SYANI said...

Mr Icham... ha'ah la.. silap kira..hehehehe.. Dah betulkan kat entry tu dah..

SYANI said...

Nafiraa,
RM10 tu memang sangat2 berbaloi..