Ni sebenarnya citer masa aku balik Ipoh minggu lepas
Balik rumah mak aku kali ni kami tak berjalan ke mana pun
[pi pasaraya Billion depan rumah pun dah mujur]
Petang² pun asyik hujan jer...
Dek kerana asyik memerap dalam rumah maka aktiviti utama kami ialah
makan-tengok TV-tidor
Yang bestnya kalau balik Ipoh, baru boleh tengok ASTRO
[rumah aku kan takde ASTRO]
Jangan salah anggap kata aku kedekut tau
Malas nak pasang sebab aku rasa tak berbaloi pun untuk aku pasang
Pegi keje Subuh, balik Isyak, bila masanya nak nengok TV?
Masa kat Ipoh ni la baru aku berkesempatan nak tengok
WEDDING OF THE YEAR
Bukan 1 tau, tapi 2 wedding
Wedding yang pertama
Sampai keluar ayaq mata tau tengok wedding ni
OSBON memang best la...
Wedding yang kedua yang aku tengok ni mengambil masa lebih kurang 5-6 jam
Lama la sebab nengok dari start si lelaki melamar si pompuan. Sape???
Perkahwinan Fairy Tale si Kim Kardashian tu le...
[jangan le gelakkan aku... aku tau kome semua dah lama tengok dah]
Walopun depa dah nak bercerai [lepas kawin selama 72 hari], aku tetap jugak nak tengok apa la yang grand sangat wedding minah tu sampai kosnya USD10juta...
Ok... memang grand giler la kan...
Kris Humpries tu cam giant kan?? Cam Frankenstein pun ada
[aku pun rasa depa ni tak sesuai..ntah le]
Yang aku pelik tu, even dah duduk sekali, tidur sekatil pun & ada rasa tak puas hati tapi tetap nak teruskan wedding jugak.. Nampak sangat depa ni suka cari publisiti jer..
Kos juta² akhirnya berpisah juga...
4 comments:
itu lah dunia artis hollywood...
kawin cerai kawin cerai...
ermmm...
kawin cerai dah jadi mcm kebiasaan pulak...
me pon x pernah tengok jugak majlis perkahwinan artis omputih tuh.. heheehhe
Post a Comment