Lepas ambil kereta sewa, terus bergerak ke Kuah untuk check-in hotel
[Ekceli untuk 2 malam pertama kami duduk motel je]
Malas nak duduk jauh dari pekan sebab senang nak gi shopping & cari makan
Lagipun aktiviti untuk 2 hari pertama banyak di area² Kuah je
Ini le kereta sewa kami sepanjang di Langkawi
Malas nak sewa kereta grand sangat, lagipun kami bukannya ramai
Minyak pulak dah memang ada setengah tangki so takde la kami kena isi minyak cepat². Lenjan dulu la minyak yang ada. Lagipun brader tu pesan masa hantar balik nanti pun make sure minyak setengah tangki jugak.
Hotel lak aku dah booking 2 bulan sebelum ke Langkawi
Untuk 2 malam pertama ni booking hotel murah² je
Sebabnya malam terakhir tu dah booking hotel yang agak grand
[nanti aku reveal]
Kami duduk di motel ni ---> SINARAN MOTEL
[ni gambo dah senja so gambo gelap sikit]
Kami sampai sini dah dekat pukul 7 mlm.
Memandangkan dah agak familiar dengan pekan Kuah, so dah boleh agak dah lokasi hotel ni
Ni gambo yang lebih clear...[diambil pada esok paginya]
Motel ni senang je nak cari...kalau korang jumpa je Grandview Hotel, maknanya dah dekat la tu
Nak lagi senang, motel ni betul² depan dengan Kondo Istana
Lagi satu trademarknya, bawah hotel ni PASARAYA HELLO..heheheh
Memang Hello duit aku sebab banyak melabur kat sini beli mainan si Adib..
Disebabkan kami berempat & nakkan selesa, aku booking triple room
Ada 1 single bed & 1 queen bed
Satu malam RM90 so total untuk hotel RM180
Yang bestnya hotel ni WIFI free... [takde password lak tu]
Kiranya korang boleh layan internet sepanjang masa selagi tak check out hotel..heheheh
[Senang le aku nak hapdet fb]
Sebelah motel ni jugak ada kedai makan, so tak susah nak cari makan la kat sini
Jom usha dalam bilik la apa yang ada
Sila abaikan 2 orang budak yang tengah melepak atas katil tu sambil main henfon abah depa..
Toilet memang bersih & sangat puas hati
Shower lak laju bukan main airnya... puas mandi oooo
Bilik aku di tingkat atas sekali [tingkat 2]
View dari bilik aku
Ni gambo awal pagi tu yang katil aku agak berselerak
Ni gambo dah tengahari sikit.. katil dah kemas
Takpe bukak langsir luas² sebab cermin tinted.. kalau malam memang kena tutup langsir la..
Bangunan depan tu ialah hotel Kondo Istana
Another view of Kondo Istana dari bilik aku
Sebelah kondo istana tu ada lagi hotel tengah buat
Tak tahu la hotel apa namanya nanti
Ekon bilik ni boleh tahan la sejuknya.. kiranya selesa la nak tidur
tilam bantal pun memang empuk sampai Adib malas nak bangun
Lepas check-in, mandi & solat, kami keluar ke pekan kuah untuk dinner
Kalau ikutkan nak je gi Wan Thai Restaurant yang depa kata sedap tu
tapi sebab perut pun masih kenyang akibat makan nasi petang tu
akhirnya aku ajak hasben aku cari EE Burger
EE Burger ni ramai gak blogger & forumer rekomen
Kiranya femes la kat Langkawi
Simpang nak ke food court belakang Bella Vista ni memang dekat sangat dengan motel aku duduk tu
Memula cari memang tak nampak langsung EE Burger tu
Bila tawaf kali kedua baru la perasan...
Ini pemandangan dari arah jalan yang kita lalu.. Kiranya pemandangan dari arah belakang kedai la ni.
Masa lalu kat sini kena slow² tau sebab banner dia ni agak terkebelakang sikit
[terpaksa pinjam blogger lain punya gambo sebab aku lupa snap gambo]
Ini pemandangan masa siang kot..
Food court ni betul² belakang hotel Bella Vista
Ni la dinner kami malam tu... semua burger dalam portion yang agak besar cam burger King tu
Jenuh nak menghabiskannya...
Yaya ---> Benjo special
Adib --> Chicken Oblong
Hasben ---> Burger Ayam Special
Aku ---> Chicken Chop
Selain makanan western, ada gak menu lain²..
Boleh tengok kat menu dia yang cam frame gambar tu
Memang puas hati makan kat sini
Total harga makanan kami dalam RM35.++
End of Day 1 di Langkawi
TOTAL DAMAGE HARI PERTAMA = RM 320.00++ [ni tak termasuk hotel + flight]
** Sambung gi jenjalan on 2nd day..
10 comments:
NAMPAK SELESA HOTEL TU... HARGA PUN BOLEH TAHAN....
bestnya.... bila la dela nk jalan2 ke sana... :(.. sana byak hotel... senang cari kan.....
akak pun penah try EE Burger tu..cepat sambung story..akak tunggu nih..
Sis,ada how to booking sinaran hotel ni ? Sbb dekat trivago xde review..lgi 1 dia dekat dengan hig hotel tak ?
Ekin Wahab,
Alamak dah lama tak pi Langkawi tak tahu la HIG hotel tu belah mana..hehehe
Saya book hotel ni pun main google je dik...
Sinaran hotel ni betul2 seberang jalan kondo istana..sebelah kondo istana tu hig hotel..
Dekat...hig hotel
Hig..dekat sinaran juga..seberng jln...
Hig..dekat sinaran juga..seberng jln...
Dekat...hig hotel
Post a Comment