Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 18, 2011

SHOPPING DI LANGKAWI

Hari kedua di Langkawi adalah hari yang memang aku shopping gila² di sana.
Disebabkan dah susun jadual camtu so kena la folo kan
Kalau tak, mana ada masa lagi nak buat shopping spree
Hari ke-3 dah nak bergerak ke area pantai pulak, takkan nak patah balik Kuah pulak kan..

Lepas balik dari Tanjung Rhu, kami patah balik ke Kuah ikut jalan yang kami datang.
Kiranya memang akan lalu Idaman Suri dulu la
Masa kat Idaman Suri, orang memang tak ramai
Nak parking pun senang.. memang parking betul² depan entrance.

Kami ke sini nak beli barang² yang member² hasben aku pesan je
Tapi coklat kami tak beli kat sini pun sebab tak banyak pilihan
Dah le tu sekarang strict sikit kat situ sebab takleh  tangkap gambar
Aku cuma beli whisk jenama TEFAL  & cadar cotton je... [kat sini pun dah habis RM90]
-Gambo google jer-

Lepas singgah Idaman Suri, aku ajak pi Pasaraya Teow Soon Huat [TSH]
Ada blogger kata kat pasaraya ni coklatnya murah sikit dari Haji Ismail Group [HIG]

Pasaraya TSH ni senang je nak jumpa. Bangunannya sebelah Hotel Langkasuka. Atau kalau korang jumpa Langakwi Parade, ha.. situ la TSH tu. Aku ingatkan TSH ni kecik jer, rupanya besar weh.. Dah macam pasaraya Billion kat rumah mak aku tu. 3 tingkat jugak le kalau tak silap aku. 

Kat TSH ni aku beli coklat jer. Tapi harganya lebih rendah dari Idaman Suri. Kira ok la. Tapi pada aku masih belum jadi heaven untuk chocolate lover berbanding dengan HIG. Kat sini pun almost RM150 aku belanja untuk coklat. Sebab tak puas hati lagi, aku ajak hasben aku pegi HIG pulak.

Bangunan HIG ni berlambak² kat Langkawi. Nak kecik nak besar semua ada. Actually aku mencari bangunan HIG yang paling besar tapi aku tersilap pegi cawangan HIG yang lain. Konon nak pegi HIG sebab nak beli beg troli tu la... Tapi bila aku sampai situ, nampak cam sikit je pilihan. Masa tu aku anggap maybe HIG dah downsize kot sebab last aku pegi pun tahun lepas. Maybe dia dah buat perubahan kat kedai tu. Disebabkan takde yang aku berkenan, aku kensel beli beg troli tu... 

Sekali bila kami keluar simpang, baru aku ternampak kedai HIG yang besar tu [yang aku cari² tu la]. Patut la aku rasa kedai HIG yang aku masuk tu cam pelik sikit. Tapi nak patah balik jalan tu one-way la pulak. Last² aku ajak hasben aku balik motel dulu. Petang² sikit baru kita pegi balik kedai HIG tu. Lagipun motel aku dekat sangat dah dengan HIG tu...

Sampai motel hasben aku beli nasi kat kedai sebelah tu, tapau  & makan dalam bilik je. Pastu dia kata dia nak tidur kejap sebab pening kepala.. [dah habis duit banyak memang la pening  ye dak??] Tapi aku pun letih juga so aku pun terlelap kejap smentara nak tunggu hari dah tak berapa panas untuk keluar balik sambung aktiviti shopping. Sementara tunggu hasben aku bersiap, meh aku nak rasmi coklat yang aku beli kat TSH tu.
Beli coklat ni pun sebab ramai blogger & forumer cakap coklat ni sedap..

Serius sedap coklat ni weh... rugi aku beli sikit.. 
Satu pek ada 3 keping = RM6.50 je

Dalam kul 5 petang, kami keluar semula tapi tak pegi HIG terus, tapi kami pegi  Dataran Lang [nanti aku buat entry]. Memandangkan cuaca pun masih terik, hasben aku ajak pegi Jetty Point sebab dia kata kat situ rokok murah sikit. So menapak la kami ke Jetty Point tu. 
 Peh.. lega dapat masuk tempat ekon.. Hilang peluh² aku.. 

Sementara hasben aku duk beli rokok, aku pi beli jagung cup tu.. 
Brand Nelson's ni memang ada kat Kedah je ke ha??? Sebab aku tak pernah jumpa kat tempat lain pun..

Adib & Yaya posing sambil makan jagung.

Pas makan berlegar² lagi dalam Jetty Point tu..  Aku pun posing gak le sekeping 2. Adib tolong kaver perut muncit mama dia..[Aku belajar teknik ni dengan MakcikRehan...heheheh]

Ooops.. jangan ingat aku mengandung tau.. Baju ni memang pesen kembang kat bahagian perut tu...Kang tak pasal² kontroversi lagi gambar cenggini..

Pas jenjalan kat Jetty Point, sambung berjalan ke Dataran Lang. Lepas habis melepak kat situ, kami bergerak semula ke kawasan perniagaan PANDAK MAYAH. Kat sini  nak tuju HIG tu la.. Kali ni dah konfem dah bangunan yang betul. 

Bangunan HIG yang besar ni adalah END LOT  & berwarna HIJAU
Depan HIG ni adalah LANGKAWI SAGA
So len kali kalau jumpa HIG yang bukan depan Langkawi Saga, salah le tu 


Ha... kat sini bila masuk baru betul kedainya... heaven untuk penggemar coklat & pinggan mangkuk
Tujuan utama nak beli beg troli a.k.a beg pramugari tu tercapai sudah
Disamping tu terbeli jugak coklat lagi kat sini... tapi nak compare harga dengan TSH, takde la beza sangat. Malah ada juga yang sama je harganya.. So kesimpulannya, takyah susah payah gi TSH pun takpe.. Better beli je kat HIG.. Lagi banyak choice..

Lepas habis shopping, perut pun dah lapar.. mula la nak cari makan
Kat belakang HIG ni ada kedai makan so kami tuju situ je la
 Cuma ada satu je kedai makan kat situ.. Namanya SELERA PULAU


PERHATIAN yer... adalah dinasihatkan tak payah le pegi kedai ni
Memang tak sedap langsung! Dah le mahal, sikit lak tu
Aku order nasi goreng paprik tapi yang sampai macam nasi goreng kicap
Kuah paprik pun rasa kuah kicap.. tah kat mana papriknya pun aku tak tahu
Anak² aku pun mintak kuetiau goreng, sekali hantar hitam pekat cam kuetiau kicap
Agaknya stok kicap depa belambak kot kat kedai...
Ini last le aku singgah kedai ni... aku tak rekemen langsung tau kat korang!

Selesai je makan, kami pun balik motel untuk tidur.. Sampai hotel sempat lagi layan Vokal Bukan Sekadar Rupa [sambil makan Whittakers sekeping lagi & sambil update fb..]

*End of Day 2*
Total Damage untuk hari kedua = lebih kurang RM800. [Peh... macam air duitku mengalir]



5 comments:

Akak Kembang said...

niat dihati nak pi Langkawi bulan 12 nnt..tpi asyik hujan jek sekarang ni.

adyputra said...

kak shani.. cekelat tu memang sedap nak mapuih.. lom jumpa lagi kat carefour tempat kami selalu pergi kat rumah ni.. dapat rasa pun hari tu bos bagi..

Mrs Z said...

oh..langkawi..bila lagi la dapat jejak kaki kat sana... mcm jauh padahal 1 negeri saja..

jom join ZieFauzi Simple Giveaway

Totie@Tomy said...

tak pernah pi lagi kat sana..meriahnya dapat shopping kat sana...

mr icham said...

lori kicap tertonggeng ke dalam kuali tue..muahaha..dah bosan pergi sini..trolley bag aku pun beli kat HIG nie...nelson corn in cup tue, kat penang pun ada...perlis pun ada...utara jer kot...