Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

LANGKAWI 2011 (DAY 3) --> AWANA PORTO MALAI

Dah habis ber'go-kart'  kami teruskan perjalanan menyusur sepanjang² airport sampai le ke are Pantai Cenang.
Aku tak suka sangat duduk Pantai Cenang ni sebab terlalu sesak [pada aku la]
Lagipun aktiviti pantai ni aku tak berapa suka sangat
Sejak dah beranak pinak ni, nak mandi laut pun dah malas
Takat main di gigi² air tu pun dah mujur

Masa jenjalan kat sini memang ramai la tourist mat saleh & tok arab
Saje je jenjalan tengok suasana Pantai Cenang waktu tengahari
Ekceli kalau siang tak berapa happening kot , tapi malam memang havoc la dengan macam²
Dah alang² sampai sini, kami teruskan perjalanan sampai ke Tanjung Malai
Kalau tengok peta.. dah paling hujung le tu
Kat situ la ada Awana Porto Malai...
tempat yang banyak kapal² mewah & cruise dok landing...

Kami tak masuk parking lot hotel pun, cuma parking kat satu kawasan lapang
Memula cam nak ambil angin je kat sini 
tapi last² menapak jugak masuk ke kawasan hotel
Ini view dari tempat parking.. Itu la bot yang buat cruise tu  
[Aku pernah tengok dalam citer MAKSIMA kat TV3]


Kalau ikutkan, dia cakap kawasan ni hanya untuk orang yang menginap kat sini
Tapi pedulik apa kan?? Dah takde guard pun, so selamba badak je la kami masuk
Kalau dia tanya cakap je la kami baru nak cek-in..hehehehe
Dari tempat parking kami, boleh je terus tembus kat dek ni... 
Kat sini la kot tempat yang lawa  nak tengok pemandangan laut
Tapi kenapa tempat ni cam terbiar je..
Dah le tak nampak kelibat orang pun..

Nampak tak kerusi tu? Span pun dah ternampak
Tapi sebabkan pemandangan tu yang cantik.. lepak jugak le kat sini
Nampak tak kereta MyVi kami tu kat bawah pokok???


Rupanya panjang lagi dek tu. Kat area yang hujung² baru la ada orang & meja kerusi untuk orang santai & makan². Kat sini dah nampak ada la kapal² mewah duk bersidai... tapi kami tak jalan sampai hujung tu pun sebab hasben dah ajak patah balik...

Sebelum balik, tangkap la gambar dulu sekeping dua buat kenang²an..
Bukti dah sampai kat sini... 


Anak² pun kena posing gak....




Ok.. dah jom gi makan pulak... lapo dah perut..

2 comments:

amiey lee said...

heee smaal dulu kta stay kt area pekan sennag sikit..

bila ada anak2 susah nk stay kt tmpat2 mcm tu...

SYANI said...

Memang lagi senang duduk pekan. Kalau hanimun ke baru la sronok duduk kawasan pantai..

** Singgah Porto Malai semata² nak tangkap gambo..heheheh