Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 17, 2011

LANGKAWI 2011 (2ND DAY) --> WILDLIFE PARK & BIRD PARADISE

Hari kedua ni akan penuh dengan aktiviti jalan². 
Memandangkan aku dah print map Langkawi awal² so memang dah plan nak gi mana untuk hari kedua ni.
Kalau ikut map ni, motel yang kitaorang duduk di kawasan no 40 [Bayview Hotel] ---> klik gambo untuk tumbesaran...
So sepanjang hari ni kami akan berjalan di area belah kanan peta ni sahaja

Tempat first sekali kami pegi masa keluar hotel ialah gi breakfast dulu la
Kedai sebelah motel tu tak bukak pulak waktu pagi so kena la cari tempat lain untuk makan
Finally kitaorang jalan sampai ke Idaman Suri [kat sebelah tu kan ada gerai makan..]
Idaman Suri dengan motel aku ni memang dekat sangat dah.
[HIG pun dekat jugak.. kiranya motel ni memang kat tengah² la..]

Lepas breakfast, kami terus straight ke WILDLIFE PARK & BIRD PARADISE
Awal giler sampai situ.. 8.30pg... tempat tu pun baru nak bukak
Jadi pelancong yang first sampai situ ...heheheh
Malu pun ada gak kat pekerja situ... nampak sangat terujanya..
Sepanjang 3 kali sebelum ni ke Langkawi, ini la first time singgah sini.
[tujuan pegi Langkawi kali ni pun sebenarnya nak pegi tempat yang belum pernah pegi lagi]



Kat depan entrance tu ada la patung burung bangau ni. Adib ingat bangau betul. Dia pegi tengok dekat² rupanya batu.. Hehehehe... Bajet berani la tu sampai nak pegi tengok dekat².

Sebelum masuk ambil dulu brochure... aku memang suka ambil mende² gini kalau gi jenjalan. 

Sebelum masuk kena beli tiket dulu. Tunjuk IC sekali baru dapat murah sikit [hampir separuh harga tiket].
Kami 4 beranak kena bayar RM32 [dewasa RM12, kanak² RM8]. Adib dia tak caj sebab aku cakap Adib baru 3 tahun..hehehe [untung jugak anak² spesis kecik ni].

 Sebelum masuk, posing dulu la yer
[bahan bukti dah sampai sini..]

Sebelum masuk tu jugak ada burung kakak tua 6-7 ekor. Jinak² lak tu..Tapi masing² takut nak pegang. Takut kena patuk..hehehe

Bila dah masuk, ada pulak budak tu promote suh beli makanan burung/binatang. Satu pek tu RM6. Katanya semua binatang kita boleh bagi makan. So hasben aku pun beli la satu. Dalam satu beg kertas tu ada 3 jenis makanan.
 Binatang pertama yang dapat makanan free dari hasben aku...

Memang jinak burung² kat sini.. Kebetulan pulak pepagi camtu memang pekerja² tengah nak bagi burung makan. Seronok tengok binatang makan.


 Itik pun ada... Mencicit depa berebut makanan yang kitaorang lempar..


Cubaan berani Aleeya nak bagi makan ayam tak berjaya sebab kena patuk dengan ayam ni... Bergenang air mata menahan sakit.. Pastu langsung tak nak bagi makan burung dah.. Takut sakit la tu.


Aku dengan bungkusan makanan burung...
Oh ye, kat sini kalau hujan memang tak payah risau sebab sepanjang perjalanan tu memang berbumbung. 

Lepas tengok ayam, masuk pulak ke sangkar burung cinta ni.. [Love birds]
Sangkarnya memang luas & burung terbang bebas je dalam tu
Yang risaunya, jangan la depa berak atas aku.. dah le pakai tudung hitam...
 Burung yang comel & berwarna warni....

Hasben  aku kasi makan lagi... Aku tak bagi pun sebab aku geli...

Ada banyak lagi la burung² dalam tu. Tak tertangkap gambo dibuatnya.. Banyak sangat. Pas jenjalan dalam sangkar, pi pulak bahagian kolam ikan.. Adib suka sangat la kalau dapat tengok ikan & bagi ikan makan.

 Ikan  kap yang berebut² makan.

Ni ikan arapaima & arowana... Ikan keli pun ada.. besar² jugak. Tapi idak le besar cam kat zoo @ aquaria tu..

Sebelah kolam ikan tu ada pulak kandang arnab. Makanan binatang ada tak habis lagi so kami habiskan kat arnab je la. Letih dah aku mengusung beg kertas tu..
 Habiskan je la apa yang ada dalam beg kertas tu..


Adib & Yaya takut kena terpa dek arnab, tu yang berdiri atas batu tu... Tah apa² la anak aku tu..

Ekceli kat sini ada kambing, keldai & ostrich. Tapi Adib dah nangis² ajak balik. Baru jalan sejam dah nak ajak balik pulak dah.. Sabo je la... Sebelum exit akan lalu pulak sangkar monyet. Kebetulan ada pulak pekerja tengah bagi makan kat monyet² tu.  Tak sempat nak tangkap gambo sebab si Adib dah melalak. Hish... sabo je la... Tak dapat nak menghayati hidupan liar langsung!

Lepas keluar dari situ, kami ke destinasi seterusnya pulak..... GALERIA PERDANA..

11 comments:

Qhaifa Nur said...

senang ada map...
ari tu ke langkawi tak sempat masuk sini..

rasp said...

tak pernah ke sini lagi...
nakkkkk gggiii laaanngggkawwwiii...

adyputra said...

suka.. suka dengan entry langkawi kak syani kali ni.. lepas ni ada sambungan lagi tak.. hehe

SYANI said...

Kak Qhaifa,
Nampaknya kena datang Langkawi la baru boleh singgah sini..hehehehe

SYANI said...

Rasp,
Jom Langkawi.. memang best!!!

SYANI said...

Adyputra,
banyak entry lagi nih... letih nak mengarang satu²

Yana Halim said...

kat sini belum sampai lagi. Akak suka syani tulis detail2. senang nak buat rujukan...

SYANI said...

Kak Cho,
Saya memang suka tulis detail.. saya pun senang nak rujuk masa akan datang.

munna said...

bilalah nak pergi langkawi ni....

redzuan said...
This comment has been removed by the author.
redzuan said...

Hi... Warmest greeting from Langkawi WildLife Park - Bird Paradise. Thanks a lot for visiting us during your holiday..
What a nice blog do you have and a very beautiful family. Thanks also for giving a great impression about our place.
We are looking forward for your visit again next time. have a nice day =)