Tarikh keramat untuk semua rakyat Malaysia [cuti umum tu..]
dan jugak tarikh keramat untuk adik aku sebab tarikh ni akan jadi tarikh anniversary dia.
Aku sekeluarga bertolak balik ke ipoh pada malam Khamis tu
bertolak dari Batang Kali dalam kul 11 mlm & sampai di Ipoh kul 2 pg
Esok pagi dalam kul 8.15 dah bertolak ke Masjid di Lahat
Katanya majlis nikah start pukul 9 pg
Sementara menunggu pihak perempuan & tok kadi sampai
posing la dulu apa yang patut
kat rumah tak dan nak posing beria2 pun...
Bersama adik bongsu...
[kami duk kat luar je.....]
Ni pulak hantaran dari dua2 belah pihak
Inilah pengantin lelaki...
Dia la yang paling awal bersiap masa kat rumah
[tak sabo la tu]
Pengantin perempuan pun sudah sampai
Kereta pengantin pun berhias sakan dengan reben & bunga
Janji pukul 9 tapi 9.30 pg pun tok kadi tak muncul2
masing2 menunggu dengan penuh kesabaran (ye le tu)
Resah pengantin lelaki...
Pengantin pompuan pun cuak gak....
Akhirnya tok kadi yang ditunggu2 pun sampai
dah dekat kul 10pg dah masa tu
Lepas bagi lecture ceramah lebih kurang
[tah apa2 tah slang si tok kadi. tak paham dibueknya]
Ingatkan orang Jawa, sekali Indon la pulek...
Sebelum nikah kena la cek dulu maskahwinnya tu
karang akad lain, kasi lain pulak jumlahnya
Pengantin pompuan diwalikan oleh adiknya sendiri
[adik ipar aku ni anak yatim ]
Akhirnya, dengan 2x lafaz, semuanya SAH!!!!
Alhamdulillah
Sembahyang sunat & sujud syukur pada Allah Ta'ala..
Syukur si pengantin..
Sekarang upacara yang paling disukai [sebab dah boleh pegang2 depan orang]
Upacara membatalkan air sembahyang
Sarung cincin-salam-peluk-cium
Berseri2 pengantin baru
SELAMAT PENGANTIN BARU, ACIK & PASANGAN
Aik?? Baru kawin si suami dah tinggalkan bini kat belakang???
Apa kes???
Dah nak ajak beransur pi balik rumah la tu...
Sebelum beredar dari masjid, harus lagi posing dengan orang kuat
Mak & abah pengantin lelaki [mak abah aku la tu]
Lepas majlis nikah, kami bergerak ke rumah pengantin perempuan pulak
Ada buat jamuan sikit... Lagipun hari tu hari Jumaat kan
kena la awal sikit, nanti nak pi semayang Jumaat pulak
Belum kul 12tgh kami dah makan lunch dah tau..
Lauk pauk semua ok...
Pengantin yang JUST MARRIED...
[Khemah pun tak lari dari tema merah... feveret kaler pengantin pompuan]
*** Habis dah kisah nikah, nanti sambung lak bahagian majlis bersanding
2 comments:
Selamat menempuh alam berumah-tangga moga berkekalan hingga akhir hayat
selamat pengantin baru utk pengantin .
Post a Comment