Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 5, 2011

BALKONI BERASAP

Walaupun cuti raya start dari Sabtu
tapi aku & family balik ke Ipoh pagi hari Isnin [sehari sebelum raya]
bukan tak nak balik awal, tapi kerja2 di rumah berlambak2 tak siap

Kain baju nak dibasuh & dilipat
Sawang2 semua nak disapu
lantai semuanya nak kena mop
bilik ayor nak disental habis-habisan
bak kata semuanya kalau boleh nak buat sebelum hari raya
sekurang2nya bila balik dari kampung nanti rumah dah berkemas kan

Pepagi Isnin, sebelum bertolak singgah dulu rumah Cik Besah
Mintak ampun maaf segala dari mak bapak mertua
[aku kan menantu derhaka dalam diam... banyak dosa weh!!]
Hasben siap hulur duit raya lagi kat Cik Besah & Cik Zul serta anak2 buah
Abang ipar & biras aku lak masih bekerja.. so takde la nak salam jemaah sebelum raya
lepas raya je la kitaorang beraya dengan deme

Dalam kul 12tgh camtu baru kitaorang sampai Ipoh
Tengok mak & adik2 aku sibuk masak rendang, ketupat , nasi impit & kuah kacang
Kali ni mak aku tak masak banyak pun
Cukup la nak makan sepanjang hari raya pertama tu sampai licin

Sebelah petang singgah jap Billion sebab nak last minute shopping
Nak belikan seluar Yaya & kasut untuk dia
Kasut putih tu kasut si Adib
Kasut pepel tu plak kasut si Yaya
[Billion mari okeh..]

Yaya demo kasut baru
[tah cemana dia boleh berkenan kaler pepel lak sedangkan kaler pink pun ada]

Sebelah malam pulak, takde aktiviti nak buat lepas bukak pose
Aktiviti menyendat perut diberhentikan seketika
sementara nak disambung keesokan harinya

Untuk melegakan perut yang senak
sambil ibu2 melenggang perut senang lenang tanpa gangguan depan TV
kaum bapa bawak anak2 main bunga api kat atas

Mastermindnya sape lagi kalau bukan adik aku
habis dihangkut bunga api anak dia
stok bunga api anak2 aku dah dihabiskan malam sebelum tu
wah.. suka la budak2 tu main api


Budak2 kat rumah mak aku ada 3 orang ni jer
Yang lain tu dah tua bangka tapi perangai kebudak2an


Tengok otai main bunga api
Ni si Adib mengajar Haikal cara main bunga api tahap advance
pakai 2 belah tangan..hehehehe


Kanak2 ribena yang riang ria main bunga api
Si baju putih tu la anak sedara aku, Haikal namanya
Yang baju biru tu ayah si Haikal


Nampak tak tu, sampai berasap balkoni rumah opah..hehehehe


Udah2 le tu budak2 oi
pi masuk tido...
esok dah raya...

2 comments:

Qhaifa Nur said...

selamat hari raya buat syani sekeluarga

syoknya dpt main bunga api...

Yana Halim said...

eh? tak salam2 lagi, ek? ok. di bulan Syawal yg mulia ini, akak ingin memohon ampun dan maaf kat adik akak sorang nie jika ada salah dan silap. Selamat Berhari Raya buat dinde sekeluarga..

p/s: tingin nak pi Batang Kali... :)