Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 26, 2011

TIPS SUPAYA KEK LAPIS TAHAN LAMA

Tahun ni aku tak oder biskut raya pun [nak tunjuk terus beli jer]
cuma aku oder kek lapis untuk di bawa balik kampung raya nanti
Sampai 2 jenis aku order lak tu
Kek lapis tu dah selamat dah aku terima hari Selasa lepas




Tapi raya kan Selasa depan... ada dalam seminggu lagi tu
cemana nak make sure kek tu tak cepat rosak dan tahan dari serangan kulat & kulapok??

Ini tips yang aku cedok kat fb

1. Jika dah dapat kek, bungkus lagi dengan aluminium foil & simpan dalam peti sejuk.Keluarkan bila perlu untuk dipotong & dihidang aje.

2. Adalah diingatkan kek yang "rajin" keluar masuk peti ais pun (terdedah kepada suhu lembab & sejuk), akan menyebabkan kek lebih cepat menjadi rosak. Jadi potong la kek kepada  saiz lebih kecil untuk satu hidangan --> kalau kek korang tu besar. Tapi kalau kecil, tak payah la potong dah.

3. Semasa menghidang kek lapis anda, adalah sangat TIDAK digalakkan  diletakkan bercampur. Kalau boleh satu jenis kek untuk satu bekas.

4. Jika ingin memanaskan kek lapis, panaskan dalam microwave. Jangan panaskan dalam oven kerana oven akan menyebabkan kek menjadi kering. Kalau takde microwave, panaskan dalam periuk pengukus, kemudian sejukkan di bawah kipas. Tapi berhati2 dengan wap air yer..

Dengan mengikut tips ini, Insya-Allah kek lapis korang akan tahan lebih 1 minggu  di suhu luar @ lebih 1 bulan dalam peti sejuk. Tapi kalau letak dalam freezer, kek lapis boleh tahan dalam 2-3 bulan tau...

** Tips ini sangat membantu untuk aku. 

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

alohaiii ada kek yg dah siap potong duk dlm bekas, buh dlm peti ais sejak sebelum raya aritu.. ok tak erkk lagi kek tu?

Awza Jay said...

t.kasih berkongsi tipsnya