Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 12, 2011

BAHAGIAN ADMIN TAK PRODUKTIF??

Baru je lepas membaca entry tahap bengang sorang hamba allah ni
Agaknya dia memang bengang dengan admin department kat opis dia kot
[to be precise, dia mention HR department]



Tapi sebagai seorang staf bahagian pentadbiran [account pun under admin kan??]
agak terasa jugak le dengan kata2 dia tu
sebabnya dia mengatakan staf2 pentadbiran terutamanya HR bukannya buat keje
tahu main fb 24 jam
tengok youtube 24 jam
tengok movie 24 jam kat komputer
kononnya staf2 admin ni tak menyumbang langsung kepada produktiviti syarikat
[walhal department depa pun 2x5 jugak]
ada ke patut??


Kawan aku dulu pernah cakap, kalau masuk bahagian admin 
[termasuk acct dept la tu]
bersedia la menjadi orang yang dibenci
sebabnya??? 
Orang admin sangat strict pasal attendance & cuti & MC
orang account/admin suka potong gaji
orang admin suka tahan stationery
orang admin suka tegur semua tak betul
orang admin suka kipas bos [ini amat tak setuju sekali]
orang admin itu, orang admin ini...
abis tu nak buat camno??? Dah itu le keje orang admin

Jangan la ingat orang admin ni kejam camtu sekali
Memang betul kitaorang bukan hardcore untuk syarikat
tapi kami membantu menguruskan syarikat
Nak repair jamban,panggil admin
nak tukar lampu, panggil admin
nak renew lesen, suruh admin
nak bayar saman, suruh admin
nak prepare gaji, suruh admin
nak slip gaji, nak apply loan semua mintak tolong admin/HR/Acct
nak itu, nak ini, benda remeh temeh semua suruh admin

Ni nak habaq mai
hangpa makan gaji, kami pun makan gaji
skop keje kome lain, skop keje kami lain
tapi itu tak bermakna orang admin tak produktif langsung
Memang kami tak bawak masuk income untuk syarikat
tapi kami selalunya menjaga kebajikan staf2 syarikat

Dah le tu, ada gak komplen depa takleh ngam @ bercampur dengan staf admin
selalunya mana aku pegi pun, staf dept lain yang rasa takut dengan bebudak admin
apesal yer???? Takut budak admin mereport pasal korang ker???

Kalau ada function jer, masing2 berlakon skema kalau budak2 admin ada
kalau manager2 lagi, laaaaaaaaaaaaaagi SKEMA nak mampus
pastu mula duduk dengan puak2 korang jer, takmo campur langsung
dengan andaian budak2 admin adalah sangat tak best & perasan bagus & sangat  tegas [eksyen la kunun]
hello!!!!!!! kami pun macam korang jugak
makan gaji & terikat dengan peraturan syarikat
so kalau kena tegur tu paham2 la sendiri salah masing2.

Kat opis korang ade ke kes & spesis cenggini?? 
Asobiyah tak kene tempat??

6 comments:

amiey lee said...

hahahah no komen sbb diri sendiri pun buat admin... plus jadi PA bos...tapi tak semua betullll huhu sedehhh le kalau ada org anggap gitu..

Dee said...

dee pun budak admin..setuju dgn sis..tp sib baik kat sini dee sorang je perempuan..so masalah2 spt tu xde..hehehe..

Unknown said...

sepanjang me kerja siripbiru ni, HRlah yg suka buat palat. tapi lepas kena sebat dia dah slow down...

opis sebelum ni pun HR palat. me masuk sepital dia potong gaji...

SYANI said...

Amiey Lee,
keje admin ni, buruk baik pun kene telan jugak.

SYANI said...

Dee,
Wah untungnya sorang je pompuan kat dept tu.. Sure dapat layanan baik ..hahaha

SYANI said...

Nurul Aznil,
HR ni memang kejenya memantau staf. Mana tak puas hati kena tanya depe. Kengkadang polisi syarikat dah macam tu, so kena la folo..