Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2011

MENJEJAK DINOSAUR

Ahad lepas dah bawak budak2 pi tengok dinosor kat Pusat Sains Negara
Ekcelinya, tadika Aleeya nak buat rombongan ke PSN tu hujung minggu ni
tapi kan, cam tak berapa yakin lak aku nak lepas si Yaya
pegi berpoya2 dengan geng sekolah tu
ye la kan, kang hilang ke anak aku, makan ke anak aku,
payah la cikgu nak mengisahkan berak kencing budak2 lagi..
Kalau dekat2 ke KKB [Kuala Kubu Bharu] ke, Rawang ke...
idak le aku risau sangat
ni sampai ke KL ni aku rasa berat hati nak bagi Yaya pegi

Untuk memujuk Yaya sebab aku tak bagi dia ikut
aku & hasben promise nak bawak dia
only the four of us... senang citer
mana nak berenti, mana nak kencing, mana nak berak, mana nak makan
suka hati je la

Aku ade la terbaca beberapa blog yang tulis depa ke PSN
aku ni dah le tak pernah menjejak kaki ke sana
so panduan banyak aku dapat dari member2 & jugak blog2 tu la
Kitaorang kuar rumah pukul 8.30 pagi so sampai di PSN dalam kul 9.45pg
[ada sesat sikit la]
Ini pun blogger lain ada cakap, datang awal so senang nak dapat parking
lagipun orang tak berapa ramai lagi time ni.

Lepas parking, kitaorang pun masuk la PSN
beli tiket dulu yer... dewasa kalau tak silap RM10, kanak2 = RM5.00
Tapi aku ambil family pakej  2 dewasa + 2 kanak2 = RM25.00

Kat main entrance je dah ade akuarium ala2 aquaria
suka la anak2 aku dapat tengok ikan

kasi can laki tuan blog & hanak2 bergambo dulu
tuan blog terpaksa jadi photographer je..

Lepas nengok2 ikan masuk dalam lagi ada la alat2 eksperimen yang boleh dicuba
macam2 ada.... tapi yang ni paling suka
sebab baru tahu berat badan sebenar..heheheh
kalau timbang kat rumah kot2 la tak betui kan

Berat badan ditentukan dengan kandungan air dalam badan

Semua kena cuba
dimulakan dengan hasben, pastu aleeya, pastu si adib... last baru aku
Ini timbangan si Adib... ringan kan.. nampak sangat kering anak aku
aku punya toksah citer la... bukan angka belakang yang ubah
tapi angka yang depan...keciwa..
pastu masuk lagi ke dalam.. macam2 lagi le perkakas korang akan jumpa
boleh kata semua benda nak try buat eksperimen

Yang ni pulak tuas untuk angkat berat
Si Adib duduk atas tu, abah dia jadi tukang tarik tali

Lepas pegi area situ, maka kami pun pergi la kat tempat yang utama
masa nak masuk kat sini la baru kasi tiket tu
buat yang tak nampak pebenda yang aku bulatkan tu
meh aku habaq... pameran ni akan dilanjutkan sehingga 12 June 2011
patutnya pameran ni habis pada 31 Mei tapi sebab permintaan yang terlalu tinggi maka dilanjutkan sehingga habis cuti sekolah nanti.

Memula masuk ke tempat tu, korang akan disambut oleh sekor dinosour yang besar
Aku bab nama2 dinosor ni aku fail sikit
sib baik la subjek sejarah ngan sains dulu tak kena hafal nama2 dinosor
kat ruang legar ni ada 2 ekor dinosaur tau
dan kat ruang inilah Adib buat perangai
tak nak jalan & tak nak masuk
takut le tu tengok dinosor.. hahahaha
kat rumah bukan main eksyen lagi!
aku suh tangkap gambar dengan dinosor pun tak nak
Aleeya jugak yang steady.. you go girl!

On the way nak naik aras kedua, kena la ikut laluan dia
kat sini baru la nampak sekor lagi dinosor
T-Rex kot kalau tak silap
hodoh tul rupa ko nih.... 
Ni masa T-Rex tengah mengaum
terbuka luas je mulut dia..


Ok.. dah sampai sini kita harus la posing dulu kan
Adib langsung tak nak pandang dinosaur..
takut sangat.. asyik nak berkepit celah kangkang je
Aleeya rilek je...

 
Si Adib dah start nak menangis la tu... appara ini budak..

Lepas round2 kat tingkat atas & tengok banyak lagi dinosor dalam bilik gelap
[masa kat sini dah kena dukung dia sebab dia melalak pulak]
si Adib pun dah cam ok sikit
kitaorang ajak la budak2 ni pegi kat section lain pulak
ni kat bahagian bunyi & alat muzik
khusyuk mengetuk2 benda alah tu
syok sangat agaknya sampai hasben aku pun join sekali

pas main ketuk2, main la pulak piano gergasi ni
pijak je atas kekunci tu berbunyi la dia
tapi bila ramai yang menyebok sama, si Adib & Aleeya pun blah le dari situ

Lepas pegi tempat tu singgah lak kat playland kat area ruang legar tu
Bila dapat main kat sini, lupa la segala ketakutan dinosor tu
sampaikan tak perasan yang dinosor tu betul2 atas kepala depa..hahahaha

Anak dinosor baru menetas... oh.. it's a GIRL!!!!
Pas anak dinosor keluar dari telur, dia pun naik atas ulat beluncas gergasi
nak gi mana tu???

Anak dinosor yang jantan ni pulak nak jadi transformer konon
dah le tak cukup tinggi
sampaikan kena panjat badan robot ni.. sian...
[nampak tak kaki Adib kat celah2 kaki robot tu]


Sebab tak dapat main sepuas hati kat piano gergasi
Adib naik je la jambatan piano ni.. jadi la...
walopun takde bunyi yang keluar tapi rupa cam piano pun jadi le
[dah lupa akan dinosor baru leh senyum camtu]
Lepas naik jambatan, nak rempit naik bot la pulak
siap ada teropong lagi tu
nak teropong dinosor ke???
Kapal dah hilang kat laut
kena balik naik penyu je la [eh... itu kura2 ke penyu??]
masa ni baru dia perasan dinosor tu ada dekat dengan dia
terus ajak aku & hasben balik... adoi..

Kami kat sana ada la dalam 3 jam
so far, ok la jugak aktiviti kekeluargaan kali ni
pasni kita nak ke mana pulak bang???? [en suami sila jawab]


2 comments:

uncle gedek said...

Budak2 join tak aktiviti sains experiment tu...?

Bes kan?

lily lotus said...

patutnya biar jerlah pameran ni kekal kat situkan..huhuhu