Sempena mendapat keberkatan hari Jumaat ni
saya nak bagi tazkirah sikit.. [feeling2 ustajah le konon]
sebagai memenuhi konsep SHARING IS CARING khen???
Lupa lak.. terlebih dahulu ASSALAMUALAIKUM =)
Perkataan seperti Assalamualaikum, Insya-Allah, Masya-Allah dan Alhamdulillah memang cukup sinonim dengan orang Muslim. Dek kerana perkataan2 ini acapkali terkeluar dari mulut kita, tak hairan le kaum lain yang berlainan agama juga turut menggunakan perkataan2 tersebut dalam percakapan seharian mereka terutamanya di tempat kerja yang lazimnya ramai dengan pekerja yang beragama Islam.
Namun begitu, Assalamuaikum, Insya-Allah dan Alhamdulillah sering digunakan pada masa yang betul. Bagaimana pula dengan perkataan Masya-Allah?? Penggunaan lafaz ini sering digunakan pada masa atau keadaan yang tidak sesuai. Bahkan dalam filem pun lafaz ni digunakan dalam situasi yang silap. Cuba tengok kartun kat bawah ni:
[sepatutnya gantikan Masya-Allah dengan Istighfar [Astaghfirullahalazim]
Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz Masya-Allah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contohnya ketika terlihat gambar2 sensored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.
Sebenarnya istilah Masya-Allah menunjukkan betapa kita kagum dengan keagungan ALLAH. Sepatutnya kita menggunakan lafaz ini bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya, sebagai tanda kita mengagumi kebesaran Allah.
Jadi penggunaan Masya-Allah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang sepatutnya kita lafazkan jika berhadapan dengan situasi yang tidak elok ialah ASTAGHFIRULLAHALAZIM (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun INNALILLAH (Kepada Allah kita kembali) ---> tak semestinya ketika dalam situasi kematian sahaja tau.
Semoga sama2 kita perbaiki kesilapan kita & sebar2kan lah kepada kawan2, ahli keluarga & orang2 disekeliling anda. Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.
** Takkan nak tunggu Maher Zain cipta & nyanyi lagu Masya-Allah pulak kot????
6 comments:
kena betulkan diri.....dr sekarang..bljr bahasa arab yg mudah2
trimakasih sbb share & highlightkan ini....
mmg kita selalu sebut MasyaALLAH je sebab senang ... lepas ni kena betulkan penggunaannya
setuju. sila kupaskan jugak penggunaan subhanallah. itu pon aku rasa org selalu salah situasi..kan?
Salam,
ada orang marah me bila me kata innallillah sebab adik dia xcden.
then kena terangkan innallilah diguna bila ada kecelakaan...
alhamdulillah...bertambah ilmu harini.bnyk perkara yang kita perlu sedar kesilapan kita.tapi mmg betul..masya'allah tu selalunya sesuatu yg kita kagumi mengenai kebesaran Allah
Post a Comment