Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 23, 2011

Aku tak masuk rumah ko, ko jangan la masuk rumah aku


Tension, Bengang, Lemas, Panas
Ha.. tension & bengang tahap gaban dah aku ni



Kejadian ni takde kena mengena dengan semalam pun
sebab kejadian ni berlaku minggu lepas
masa cuti sekolah..
Tapi pagi tadi masa aku tengah delete2 sms lama, terbaca pulak sms terkini
tetiba sakit lak hati aku

Al-kisahnya begini...
Sempena cuti sekolah, biras aku pun ambil la cuti seminggu
nak pi berjalan2 Cameron Highland la, nak berehat la kononnya
disamping  nak melebarkan bontot yang dah sememang lebor tu
Tak kisah la kan, ko nak cuti ke apa
yang tak syoknya, bila dia bercuti tu macam2 la pulak agendanya

Tetiba satu petang dia sms aku tanya samada aku nak menyinggah Avon ke tidak
[aku kan tokei Avon kat lorong rumah aku tuh..heheheh]
aku jawab :  hari ni tak le kot. Kenapa ada nak beli barang ke?
Biras aku : Ha, ade nak beli barang sikit. Tadi pegi rumah ko tengok katalog.
Aku : dalam hati la (ko pegi rumah aku?? Takat katalog tu takkan takleh tunggu aku balik japgi)

Aku memang tinggalkan sejambak kunci rumah aku kat rumah mak mentua
kot2 la nak ambil susu pampers anak2-->  in case of emergency
tak pun kot2 laki aku MC ke, EL ke, senang le dia nak masuk rumah
sebabnya hasben aku tu bukannya suka mengusung kunci rumah sana sini
Untuk makluman korang, biras aku ni duk serumah dengan MIL aku

Jadi bila berlaku hal cenggitu, aku cam bengang la.
Pehal ko nak sibuk2 masuk rumah aku
di waktu ketiadaan aku pulak tu
Aku tak pernah pun tergedik2 nak terjah rumah ko, sibuk nak intai rumah ko ke apa masa ko pi keje
Yang ko pulak suka hati mak ayah ko, pi ambil kunci, masuk rumah aku, tak mintak izin lak tu
takkan sampai aku nak letak signboard no entry lak kot kan

aku tau la dia bukannya nak mencuri ke apa
tapi aku TAK SUKA orang2 melihat kondisi rumah aku yang ekcelinya amatlah tunggang langgang
[ye la kan, hari bekerja, nak kemas tara mana sangat]
---> dia kata tengok katalog jer, tah apa2 lagi dia tengok dalam rumah aku tu tak tahu le

Dulu masa aku mula2 kawen, dia pernah gak buat perangai cenggitu
Aku ada simpan album kawin dalam beg pakaian aku
Aku memang belum offer orang ramai tengok lagi album tu sebab aku pun belum khatam lagi menengoknya
tah cemana masa dia masuk bilik aku tu agaknya dia ternampak album tu
pastu terus ambil album tu dari dalam beg & terus bawa ke tempat orang ramai
aku cam bengang la jugak, dah le tak mintak permission aku
ko selongkar beg aku lagi... HANGIN satu badan tau

*** Korang ade ke ipar duai buruk perangai camtu??

11 comments:

mama maman aka yana said...

salam syani.... mendidih gak baca entry nih... ada ke patut suka suki masuk umah org.... bukan urusan penting pun.... teruknya perangai.... dah tu ckp ngan bangganya lak.... tolon la... [kalu dia diam2 tak la terasa sgt kot..]

belum penah kenal org cengini dan tak nak kenai org cengini.... huduh perangai dok jauh2.... hhhaaa.... i pun tumpang tak suka ok....

♥MAMASYAZA♥ said...

wah memang tak suka kalo ada perangai camni, buruk kalo manusia ada perangai camni

rasp said...

I memang tak kenan tul dgn spesis manusia pe'el gini.
Mmg i leh meroyan sis...

Queen said...

timing die sms tu salah..patutnya die sms sebelum masuk @ minta izin nak masuk..

bukan dah masuk baru cakap....

sabor jela

OneSimpleMother said...

ish, ish, ish.. tak baiknya dia buat camtu... kena sound kat dia elok2 la gitu kan. kalau jenis tk reti bahasa tu payahlah pulok.. :)

Eye_nee said...

menceroboh privacy namanya ni...bukan tak boleh tunggu sampai kamu pulang kerumah...

SYANI said...

Mama maman, mamasyaza & rasp,
Perangai dia yang satu ni memang menjengkelkan.. Sakit hati den!

SYANI said...

Queen,
Kalau dia sms untuk mintak izin, sure aku bagi dia pegi rumah aku tau.

SYANI said...

OneSimpleMother,
Kalau pada dia OK, tak semestinya OK pada orang lain kan?

SYANI said...

Eye Nee,
Betui cakap kamu... menceroboh!

Yana Halim said...

menceroboh boleh repot polisss.... huhu