Semalam aku gi inteviu kat satu kompeni IT ni.. FICRA NOVA SN BHD
Aku baru je submit application pagi Jumaat lepas kat Jobstreet
tup2 petang tu dia call aku suh attend inteviu hari Isnin [semalam la tu].
Lokasinya dekat Danau Kota je
Aku dah le tak familiar dengan area sana
so lepas tanya direction bagai, aku pi gamble je la ke sana
sonang je rupanya jalan nak pegi sana
jalan pun tak jem [maybe sebab ramai orang cuti sempena Maal Hijrah kot]
Alhamdulillah aku sampai jugak ke sana dengan selamatnya.. hehehehe
Opisnya kat area sini la.. Platinum Walk [fes time aku sampai sini]
Opis kompeni kat tingkat 3, so kena naik lif lor.. Sampai2 je tekan loceng, bagi salam nak jumpa dengan XX, so duduk kejap. Pastu si XX datang ambik resume aku & suh aku isi borang.. Eh, lupa lak nak cakap, masuk je opis ni kena bukak kasut tau. Memang bersih la opis tu. Pastu environment dalamnya silent jer... [Cam boring skit lak environment dalam tu]
Banyak jugak mukasurat nak kena isi. Itu baru nak apply keje.
[Takkan tak leh tengok je kat resume aku tuh???.. Penat aku mengarang.]
Dah siap isi borang, aku tunggu je la budak tu panggil. Ni aku snap skit gambo dalam opis tu. Terglamer la budak tudung biru tu ...Nasib ko la... Aku kalau bab tunggu menunggu ni menyebabkan aku jadi mengantuk. Berapa kali duk menguap dalam tu. Sib baik la kat meja aku duduk tu ade katalog apebenda tah. So belek je la katalog tu 2-3 kali..
Tak lama pastu baru dia suh aku masuk bilik untuk inteviu. Alahai.... bosnya yang inteviu aku tu pun muda lagi. Ade la baya2 aku kot. Tah apa2 dia tanya & aku main taram je jawab. Heheheh.. Nasib la sape suh tak study before inteviu.. Tetiba terasa bunguks diri aku ni weiii. Well, aku bukan tak reti menda yang dia tanya tu, tapi disebabkan aku dah lama tak apply mende2 tu semua [cost accounting] so mana la aku nak ingat lagi kan.. Selama aku keje pun semua bidang aku buat tu tak melibatkan sangat kos accounting. Aku kan keje service sector, so tak de la pulak buat akaun by project la, work in progress la, kos barang dijual la. bla..bla.bla... boring!!!
Kesimpulannya, aku rasa memang aku takkan dapat keje tu..Kalau dia panggil aku jugak memang dia tu mereng ke bengong ke apa.. Wahahahah! Tapi kan, at least bertambah gak le pengalaman inteviu aku kan. Lagi satu, bertambah la jugak modal untuk aku berblog hari ni ye dak???
4 comments:
alamakkk, dekat umah saya.. kalau ada rezeki kat sana, lepas keje mana tahuu boleh roger2 comolot....
sw33tdarling.com
Amy, aku no hal punyo!!
COMOLOT? what is that?
can i comolot too?
Post a Comment